Kolej Dar al-Hikmah

Kolej Dar al-Hikmah Kolej Dar al-Hikmah (KDH) adalah sebuah Institut Pengajian Tinggi swasta yang dimiliki oleh Bina Ilmu Sdn Bhd.

Diasaskan pada tahun 1989 sebagai Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI) dan kemudian dijenamakan semula kepada Kolej Dar al-Hikmah pada 2002. PENGENALAN

Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dahulu dikenali sebagai Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI). Ia mula beroperasi pada tahun 1989 dan merupakan kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia. Matlamat KDH adalah untuk membangun tradisi i

lmu memugar kegemilangan Tamadun Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Bagi memenuhi hasrat itu KDH menyediakan kursus-kursus asas Islam sebagai subjek wajib kolej dan menggabungkannya dengan program profesional/akademik untuk melahirkan sumber manusia yang beriman, berilmu, berketrampilan, berakhlak, komited dan berdaya maju. VISI
Sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang Unik dan Cemerlang dalam melahirkan Generasi Ilmuwan Ulul ‘Albab untuk mengangkat martabat ummah. MISI
�Menghasilkan graduan cemerlang yang holistik dan seimbang melalui program pentarbiahan di peringkat pengajian tinggi
�Memperkasakan penyelidikan ketamadunan dan pemikiran Islam kontemporari
�Mencerdas dan memberdaya umat yang berkepedulian sosial tinggi
�Mensejagatkan nilai-nilai khayra ummah dan budaya hidup damai bersama dalam masyarakat global

28 Mei, 2026: Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Norma Md Saad atas sumbangan seekor kambing korban kepada p...
29/05/2026

28 Mei, 2026: Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Norma Md Saad atas sumbangan seekor kambing korban kepada para pelajar KDH. Majlis penyembelihan telah diadakan pada hari raya kedua. Para pensyarah, staf dan pelajar telah bersama bergotong-royong menyembelih, melapah daging dan seterusnya memasak. Daging telah dimasak secara babeku dan tulang dibuat sup. Para pelajar bersama menikmati hidangan yang disediakan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Abu Bakar Mohamad dan Pn. Hj. Karimah Harun dari Bandar Baru Bangi yang telah menyumbang 40 kg daging korban kepada Kolej. Moga Allah SWT merahmati dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada Prof. Dr. Norma, Dr. Abu Bakar, Pn. Hj. Karimah dan keluarga.

27 Mei, 2026: Para pelajar Kemboja tajaan MAIWP di KDH yang tidak pulang bercuti telah bersama menunaikan solat sunat Ei...
28/05/2026

27 Mei, 2026: Para pelajar Kemboja tajaan MAIWP di KDH yang tidak pulang bercuti telah bersama menunaikan solat sunat Eidul Adha di Masjid UIAM di Gombak. Mereka sangat teruja dapat berjamaah bersama warga UIAM dari berbagai negara. Mereka juga sempat melihat majlis penyembelihan lembu korban diperkarangan asrama UIAM.

Usai dari UIAM, para pelajar menziarahi kediaman saudara Ketua Eksekutif. Mereka disambut mesra oleh saudara Ketua Eksekutif dan isteri. Para pelajar sempat bertakbir hari raya, membaca surah yasin diikuti dengan jamuan ringan. Ziarah turut diceriakan dengan kehadiran para pelajar Kemboja dari UIAM.

Para pelajar sangat berbahagia dengan aktiviti yang diaturkan disepanjang hari raya pertama. Pihak pengurusan Kolej sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar dan berharap aktiviti sebegini akan merapatkan silaturahim dan meninggalkan kenangan manis kepada semua pelajar yang terlibat.

🌙🐄 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🐄🌙Seluruh warga Kolej Dar Al-Hikmah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilad...
26/05/2026

🌙🐄 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 🐄🌙

Seluruh warga Kolej Dar Al-Hikmah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Firman Allah SWT:

﴿ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴾

"𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐨𝐫𝐛𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡."
(Surah al-Kawthar: 2)

Semoga segala amal ibadah, korban dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT. 🤲✨

𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
Daripada Warga Kolej Dar Al-Hikmah.

21/05/2026

✨ 5 Amalan Mudah Dalam 10 Hari Zulhijjah 🌙

10 hari pertama Zulhijjah merupakan antara hari yang paling dicintai Allah untuk kita memperbanyakkan amal ibadah 🤲

Antara amalan yang boleh dilakukan:
✅ Perbanyakkan takbir
✅ Membaca al-Quran
✅ Bersedekah
✅ Puasa sunat Arafah
✅ Berdoa & beristighfar

Jangan lepaskan peluang untuk merebut ganjaran dan keberkatan pada hari-hari terbaik ini ❤️

Semoga Allah menerima setiap amal kebaikan kita. آمين ✨

20/05/2026

⚠️ Nak berqurban tahun ini? Jangan terlepas sunnah ini ✨

Bermula 1 Zulhijjah, disunatkan untuk tidak memotong rambut dan kuku bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah qurban 🤲

Semoga Aidiladha kali ini lebih bermakna dengan penghayatan sunnah Rasulullah ﷺ 🌙

16 Mei, 2026: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Zawati Omar dan Puan Zahrah Tompang yang menerimah Anugerah Pengh...
19/05/2026

16 Mei, 2026: Syabas dan tahniah diucapkan kepada Puan Zawati Omar dan Puan Zahrah Tompang yang menerimah Anugerah Penghargaan atas perkhidmatan selama 30 tahun bersama Agensi ABIM. Puan Zawati mula berkhidmat pada tahun 1995 manakala Puan Zahrah mula berkhidmat pada tahun 1996. Turut menerima anugerah ialah Ustaz Mohd. Nasir Mohd Tap atas perkhidmatan selama 20 tahun. Beliau mula berkhidmat pada tahun 2006.

Pihak Kolej sangat berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh para pensyarah dan kakitangan pentadbiran. Dengan berbagai cabaran yang dihadapi oleh pihak Kolej, para pensyarah dan staf masih terus komited menyumbang dan berbakti kepada Kolej.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau melahirkan rasa bangga atas sumbangan PKPIM, ABIM dan WADAH dalam usaha membangun umat.

MULTAQA PETUGAS JAMAAH DIRASMIKAN OLEH MENTERI AGAMA & MAJLIS ANUGERAH PETUGAS JEMAAH

Alhamdulillah, perhimpunan perdana Multaqa Petugas Jamaah anjuran Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ) telah berlangsung dengan penuh gemilang dan dirasmikan secara rasmi oleh YB Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam ucapan perasmian, beliau memuji impak komitmen kebajikan yang digerakkan oleh YKPJ serta seluruh petugas dalam mendukung aspirasi kebajikan masyarakat selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Pertemuan ukhuwwah ini turut menerima amanat khas daripada En. Mohd Halimi, Ketua YKPJ serta diserikan dengan majlis penghargaan penuh makna:

- Pengiktirafan Luar: Meraikan petugas yang merangkul anugerah hebat seperti Johan Belia Negeri Kedah.

- Anugerah Khidmat Setia: Penghormatan buat saf penggerak yang telah berkhidmat melangkaui dekad (10, 20, dan 30 tahun!).

- Pesara Gerakan: Sanjungan kasih buat para pejuang yang telah bersara dalam khidmat setelah menyerahkan seluruh keringat dan setia bersama jamaah.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah! Pengurusan yang profesional, penghargaan yang adil, serta kebajikan yang disokong padu oleh pimpinan negara adalah bukti gerakan Islam sentiasa memuliakan jasa para amilinnya.

"Mendepani Cabaran, Membina Peradaban"

🌷 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 🌷“𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ د...
15/05/2026

🌷 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 🌷
“𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐁𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐍𝐚𝐝𝐢 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚”

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

“𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐭 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐥𝐦𝐮.”
(Surah Al-Mujadilah: 11)

✨ Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesungguhan dan keikhlasan dalam mendidik generasi ummah.
Semoga segala usaha menjadi amal soleh yang berterusan dan diberkati Allah SWT.

𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚
Warga Kerja Kolej Dar al-Hikmah

📞 03-8920 3510
🌐 hikmah.edu.my
📧 [email protected]

“𝐌𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮𝐰𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐟𝐞𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐔𝐥𝐮𝐥 𝐚𝐥-𝐀𝐥𝐛𝐚𝐛”

Address

Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Dar al-Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Dar al-Hikmah:

Share