23/07/2026
[PERKHIDMATAN BAS PULANG MENGUNDI: PRN NEGERI SEMBILAN 2026]
Tarikh: 23 JULAI 2026
Assalamualaikum wrt. wbt.
Salam sejahtera,
Salam Kampus Barakah.
Perkara di atas adalah dirujuk.
Seperti sedia maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan berlangsung pada 1 Ogos 2026. Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Selangor (MPP UIS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan (PRISMA) akan melaksanakan inisiatif pengangkutan bas secara percuma kepada mahasiswa UIS yang akan pulang ke negeri masing-masing khususnya bagi anak negeri Negeri Sembilan.
Berikut merupakan pautan Google Form bagi pelajar yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tersebut.
🔗Pautan: https://forms.gle/mx3avj8Jmja5yKFQA
📌Tempat adalah terhad kepada 44 orang mahasiswa anak negeri Negeri Sembilan sahaja.
📍Tarikh tutup pendaftaran: 29 Julai 2026
Sekian, terima kasih.
“MAHASISWA PEMACU TRANSFORMASI”
Yang menjalankan tugas,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2026/2027
UNIVERSITI ISLAM SELANGOR