12/05/2026
KARNIVAL STEM 2026 GENERASI MADANI.
Anjuran PPD Hulu Langat dengan kerjasama bersama German Malaysian Institute sebagai infrastruktur strategik bagi program kali ini.
Dengan dedikasi daripada team Creative Multimedia di ketuai oleh Encik Nur Sophian salah seorang Pensyarah bagi subjek Grafik & komposisi serta di bantu oleh Puan Noor Halimi Rose merupakan Ketua Program CRM dalam menjayakan aktiviti teknikal bersama adik-adik daripada SMK Bukit Rinching dengan sesi "Memperkenalkan asas bagi kecerdasan buatan (AI) dalam Multimedia.
Kami teruja bilamana adik-adik lagi teruja untuk mencuba sendiri kecerdasan buatan (Ai) dengan lebih teratur dan hemat. Semoga segala ilmu yang di sampaikan dapat adik-adik guna kan sebaiknya di masa akan datang!๐ฅณ