17/08/2026
16 Ogos 2026 | Kaherah, Republik Arab Mesir ๐ฒ๐พ๐ช๐ฌ
Alhamdulillah, berkesempatan mewakili delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam satu kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Republik Arab Mesir, bersempena dengan Program Tahsin Bersanad & Tadabbur Al-Quran 2026.
Delegasi UNITEN telah disambut mesra oleh Yang Berbahagia Tuan Ahmad Zuwairi Yusoff, Menteri Penasihat merangkap Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, yang mewakili Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.
Kunjungan ini menjadi medan yang amat bermakna untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama strategik dan peluang kolaborasi antara Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan UNITEN, khususnya dalam memperkukuh jaringan antarabangsa, pembangunan pelajar serta pelaksanaan program yang memberi nilai tambah kepada komuniti dan institusi.
Pertemuan ini juga membuka ruang kepada penerokaan inisiatif bersama yang berpotensi memperluas pengalaman global pelajar UNITEN, di samping memperkukuh hubungan institusi dan jaringan Malaysia di Republik Arab Mesir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah atas sambutan yang begitu mesra, perkongsian yang bernilai serta kesediaan untuk meneroka ruang kerjasama bersama UNITEN.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat, strategik dan berimpak pada masa hadapan, insya-Allah.