Kolej Vokasional Melaka Tengah

Call Directions Website

Kolej Vokasional Melaka Tengah INSPIRING • PROFESSIONAL • PASSIONATE
“Memperkasa Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Melalui Pelaksanaan Program Yang Berkualiti.”

Kolej Vokasional Melaka Tengah menyediakan pengajian vokasional dan kemahiran untuk pelajar-pelajar lepasan PT3.

🏆🥇 TAHNIAH TEMPAT PERTAMA TERAS CHAMPIONSHIP 3.0 🔥🥊 Kategori: Female | Umur 17–21 Tahun | Berat 44–45 kg📆 27 September 2...
27/09/2026

🏆🥇 TAHNIAH TEMPAT PERTAMA TERAS CHAMPIONSHIP 3.0 🔥

🥊 Kategori: Female | Umur 17–21 Tahun | Berat 44–45 kg
📆 27 September 2026

Warga KVMT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Arissa binti Arizal, pelajar 2SMPI, Program Teknologi Pemesinan Industri, atas kejayaan meraih Tempat Pertama dalam Teras Championship! 🏆👏

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang tinggi. Teruskan melakar kecemerlangan. 💪✨

Tahniah Nur Arissa! Teruskan mencipta kejayaan! 🌟🏆

24/09/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE PROGRAM SARJANA MUDA BAGI LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK II 2026/2027 (Feb/Mac 2027)

Berikut adalah lapan (8) Universiti Awam (UA) yang menawarkan saluran ambilan kedua bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik II 2026/2027:

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) : pengambilan.uitm.edu.my
2. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM):https://eadmission.iium.edu.my/
3. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM): https://wapps.uthm.edu.my/intake/
4. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM): https://etasjilv2.usim.edu.my/
5. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM): https://www.utem.edu.my/kemasukan
6. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA): https://admission.umpsa.edu.my
7. ⁠UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP): https://e-kemasukan.unimap.edu.my
8. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI): https://ebitara.upsi.edu.my/login

Jangan lupa ikuti 👉🏻 Tiktok BKPA UPU untuk maklumat lanjut!

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PA & SEMAKAN FAIL PB OLEH BPLTV📆 24 September 2026 (Khamis)🕐 8.30 pagi📍 Kolej Vokasional ...
24/09/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PA & SEMAKAN FAIL PB OLEH BPLTV

📆 24 September 2026 (Khamis)
🕐 8.30 pagi
📍 Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT)

Pegawai yang hadir:

- Pn. Nilawati binti Sulaiman
Ketua Penolong Pengarah, Unit Pentaksiran dan Penilaian DVM, Kluster Pembangunan Kurikulum & Program TVET, BPLTV
- Pn. Nur Hamizah binti Mohd Mahidi
Penolong Pengarah, Unit Pentaksiran dan Penilaian DVM, Kluster Pembangunan Kurikulum & Program TVET, BPLTV

Lawatan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan Pentaksiran Akhir (PA) serta menyemak pengurusan dan dokumentasi fail Pentaksiran Berterusan (PB) bagi memastikan pelaksanaan pentaksiran di KVMT dilaksanakan dengan teratur, sistematik dan selaras dengan ketetapan yang ditetapkan.





SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR (PA) DVM SEMESTER 3 (AMBILAN 2025)🗓TARIKH UJIAN:24 September hingga 12 Oktober 2026📃PA...
23/09/2026

SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR (PA) DVM SEMESTER 3 (AMBILAN 2025)

🗓TARIKH UJIAN:
24 September hingga 12 Oktober 2026
📃PAUTAN JADUAL PA:
https://www.facebook.com/share/p/14uaZPkxjgX/

‼️JANGAN LUPA‼️
HADIR SEAWAL JAM 7.30 PAGI UNTUK TAKLIMAT & PERSEDIAAN MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN.
Sila bawa bersama :
✅KAD PENGENALAN;
✅ALAT TULIS; dan
✅ALAT (KALKULATOR) & DOKUMEN TAMBAHAN mengikut keperluan ujian yang diduduki.

HARAP MAKLUM:
✅Sila PATUHI Peraturan Menduduki PA.
✅Ibu bapa & penjaga DIMINTA CAKNA akan pelaksanaan PA ini.

USAHA, DOA & TAWAKKAL
Semoga para pelajar 2 DVM Ambilan 2025 memperoleh kejayaan yang cemerlang & berjaya.






JASA DIKENANG, BAKTI DISANJUNGSELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARUPN. NORNAZIRA BINTI FAUZI📆 23 September 2026 (Rabu)📍 Bili...
23/09/2026

JASA DIKENANG, BAKTI DISANJUNG
SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BAHARU
PN. NORNAZIRA BINTI FAUZI

📆 23 September 2026 (Rabu)
📍 Bilik Pensyarah Jabatan Pendidikan Umum

Warga Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Nornazira binti Fauzi atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di KVMT.

Segala bakti dan kenangan yang tercipta akan sentiasa terpahat dalam ingatan warga KVMT. Semoga Pn. Nornazira terus melakar kecemerlangan, dipermudah segala urusan dan diberikan kejayaan dalam melaksanakan amanah di tempat baharu.

Selamat melapor diri dan selamat bertugas di SMK Melor pada 28 September 2026.
Jasa dikenang, bakti disanjung. Selamat maju jaya! 🌷




PELAKSANAAN PROGRAM PENSIJILAN KECERDASAN BUATAN (AI) IBM SKILLSBUILD KEPADA PELAJAR KV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA📆...
23/09/2026

PELAKSANAAN PROGRAM PENSIJILAN KECERDASAN BUATAN (AI) IBM SKILLSBUILD KEPADA PELAJAR KV KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

📆 23 September 2026 (Rabu)
🕐 8.00 Pagi – 5.00 Petang
📍 Makmal Bestari

👨‍🎓 Pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) terlibat:
⚡ Pelajar Elektrik – 1SETE
🔌 Pelajar Elektronik – 1SETN

Program ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan pendidikan TVET. 🤖💡

Pelaksanaan pensijilan ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk memperkukuh kompetensi digital, meningkatkan daya saing serta mempersiapkan diri menghadapi keperluan industri yang semakin berkembang berteraskan teknologi AI. 🚀🎓

Semoga program ini dapat melahirkan pelajar TVET yang berkemahiran, berdaya saing, inovatif dan bersedia mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0. 🌟










🔎 TINJAUAN KEBERADAAN PENSYARAH & FOKUS KESEJAHTERAAN PELAJAR SERTA PEMANTAUAN KOLEJ KEDIAMAN KVMT OLEH JEMAAH NAZIR KPM...
21/09/2026

🔎 TINJAUAN KEBERADAAN PENSYARAH & FOKUS KESEJAHTERAAN PELAJAR SERTA PEMANTAUAN KOLEJ KEDIAMAN KVMT OLEH JEMAAH NAZIR KPM

📆 21 September 2026 (Isnin)
🕐 8.30 Pagi
📍 Kolej Vokasional Melaka Tengah (KVMT)

🏫 Jemaah Nazir KPM yang hadir :
👤 Tn. Mohd Zulkifli bin Baharun
👤 Tn. Zainuddin bin Jamia'an

Tinjauan dan pemantauan ini memberi tumpuan terhadap keberadaan pensyarah, kesejahteraan pelajar serta pengurusan Kolej Kediaman KVMT bagi memastikan persekitaran pembelajaran dan kehidupan pelajar sentiasa kondusif, selamat dan berkualiti.

MAJLIS PERSARAAN 🌹❤️Hjh. Normawati binti Shamror📆 18 September 2026 (Jumaat)🕐 10.30 Pagi 📍 Dewan Bunga Raya, KVMT Seluru...
18/09/2026

MAJLIS PERSARAAN 🌹❤️
Hjh. Normawati binti Shamror

📆 18 September 2026 (Jumaat)
🕐 10.30 Pagi
📍 Dewan Bunga Raya, KVMT

Seluruh warga KVMT mengucapkan Selamat Bersara buat Hjh Normawati binti Shamror, Pensyarah Program Teknologi Elektronik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan dalam mendidik dan membimbing para pelajar. Sumbangan dan dedikasi Hjh Normawati amat bermakna dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan dalam kehidupan bersama keluarga tercinta. Jasa dan kenangan akan sentiasa terpahat di hati warga KVMT. ❤️

✨ Terima kasih atas segala pengorbanan dan khidmat bakti. Selamat bersara! ✨








🏫✨ PROGRAM LAWATAN KV PENGKALAN CHEPA KE KOLEJ KEDIAMAN KVMT📆 17 September 2026 (Khamis)🕐 2.30 Petang📍 Kolej Kediaman KV...
17/09/2026

🏫✨ PROGRAM LAWATAN KV PENGKALAN CHEPA KE KOLEJ KEDIAMAN KVMT

📆 17 September 2026 (Khamis)
🕐 2.30 Petang
📍 Kolej Kediaman KVMT

🤝Warga KVMT mengalu-alukan kehadiran rombongan Kolej Vokasional Pengkalan Chepa (KVPC) dalam program lawatan ke Kolej Kediaman KVMT.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh jaringan kerjasama. 💚✨

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERKUNJUNG!

📢 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KV MELAKA TENGAH BERHAD KALI KE-38📆 17 September 2026 (Khamis)🕐 10.45 Pagi📍 Dewan Bun...
17/09/2026

📢 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KV MELAKA TENGAH BERHAD KALI KE-38

📆 17 September 2026 (Khamis)
🕐 10.45 Pagi
📍 Dewan Bunga Raya KVMT

🤝 Memperkasa Koperasi, Memacu Kebersamaan, Membina Kecemerlangan.

Mesyuarat ini menjadi wadah untuk memperkukuh tadbir urus, membentangkan pencapaian serta merancang hala tuju Koperasi KV Melaka Tengah Berhad agar terus berkembang dan memberi manfaat kepada seluruh warga KVMT.






Address

Jalan Tun Telani
Kampong Bukit Katil
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 17:00

Telephone

+6062326190

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Melaka Tengah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share