22/10/2026
FIESTA LESTARI MADANI UniSZA 2026 PERKASA BUDAYA KELESTARIAN KAMPUS
Besut, 22 Oktober 2026 โ Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan mampan menerusi penganjuran Fiesta Lestari MADANI UniSZA 2026 yang berlangsung di Auditorium Ibnu Khaldun, Kompleks Akademik dan Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pro Canselor UniSZA, Yang Berbahagia Tan Sri Datoโ Dr. Mohd Yusof bin Haji Md Noor, dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi universiti, rakan strategik, penaja serta warga UniSZA.
Antara pengisian utama program ialah pelancaran tiga inisiatif strategik kelestarian UniSZA, iaitu Polisi Strategik Kelestarian Kampus, Buku Eksplorasi Biodiversiti Taman Rimba Ilmu Tanah BRIS (TRIBE) dan platform digital Sustain Hub UniSZA.
Pelancaran ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperkasakan pengurusan kampus hijau, memelihara biodiversiti serta mengintegrasikan teknologi digital bagi menyokong agenda kelestarian.
Buku Eksplorasi Biodiversiti TRIBE mengetengahkan hasil penyelidikan kepelbagaian biologi ekosistem tanah BRIS, manakala Sustain Hub UniSZA dibangunkan sebagai platform digital yang merangkumi sistem pemetaan pokok, pengurusan kampus hijau dan pusat rujukan kelestarian.
Majlis turut diserikan dengan persembahan Silat Gayong, deklamasi puisi bertemakan kelestarian, tayangan montaj serta penyampaian penghargaan kepada rakan strategik dan penaja yang menyokong penganjuran program.
Penganjuran Fiesta Lestari MADANI UniSZA 2026 diharap menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan lestari dalam kalangan warga universiti, sekali gus memperkukuh peranan UniSZA sebagai institusi pendidikan tinggi yang komited terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Kementerian Pendidikan Tinggi
Zambry Abd. Kadir
Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin
Pejabat Pengarah Kampus Besut Unisza-FB Rasmi