Media UMT

Media UMT Press Release/Press Statement/News about UMT Media UMT adalah laman sosial rasmi milik UMT - Universiti Malaysia Terengganu.

Semua pengurusan maklumat media UMT akan dikongsikan di laman sosial ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Media, Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di talian +6096685086 atau emelkan kepada [email protected].

Astro Awani | 12 Mei 2026 | Anugerah Ikon Siswa UMT iktiraf mahasiswa cemerlang
12/05/2026

Astro Awani | 12 Mei 2026 | Anugerah Ikon Siswa UMT iktiraf mahasiswa cemerlang

Anugerah Ikon Siswa 2025 UMT menghimpunkan mahasiswa terbaik merentas akademik, kepimpinan dan khidmat masyarakat.

Malaysiagazette | 12 Mei 2026 | Dari tangki ternakan ke pasaran: Mahasiswa akuakultur UMT asah bakat keusahawanan
12/05/2026

Malaysiagazette | 12 Mei 2026 | Dari tangki ternakan ke pasaran: Mahasiswa akuakultur UMT asah bakat keusahawanan

Menurutnya, setiap ahli pasukan memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti dan memastikan perniagaan dapat diurus dengan lebih teratur.

Malaysia Gazette | 11 Mei 2026 | UMT angkat keunggulan mahasiswa idaman pada Anugerah Ikon Siswa
11/05/2026

Malaysia Gazette | 11 Mei 2026 | UMT angkat keunggulan mahasiswa idaman pada Anugerah Ikon Siswa

Anugerah Ikon Siswa (AIS) 2025 merupakan sebuah acara berprestij yang menjadi medan tertinggi pengiktirafan terhadap kecemerlangan, kepimpinan, sahsiah unggul dan keupayaan mahasiswa dalam mencorak perubahan yang signifikan kepada universiti, masyarakat serta negara.

๐๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ค๐ข ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ˆ๐ค๐จ๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“KUALA ...
10/05/2026

๐๐ž๐ง๐ ๐ฅ๐ข๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐š๐ค๐ญ๐ข๐Ÿ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ค๐ž๐ฉ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ค๐ข ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐ˆ๐ค๐จ๐ง ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

KUALA NERUS, 10 Mei 2026 โ€“ Keperibadian unggul, kepimpinan berwibawa serta kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang seimbang membolehkan mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu, Muhammad Zaki Anuar diangkat sebagai penerima Anugerah Ikon Siswa Unggul sempena Majlis Anugerah Ikon Siswa 2025 yang bertemakan Mengangkat Keunggulan Mahasiswa IDAMAN.

Pelajar program Sarjana Muda Sains Akuakultur dengan Kepujian dari Fakulti Sains Perikanan dan Akuakultur UMT itu menerima pengiktirafan tersebut atas kecemerlangannya dalam aspek kepimpinan mahasiswa, pembangunan sahsiah, penglibatan aktif dalam kokurikulum serta komitmen tinggi dalam mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang.

Menurutnya, anugerah yang diterima bukan sekadar simbol kejayaan, sebaliknya menjadi amanah besar untuk terus membawa nama baik universiti dan memberi inspirasi kepada mahasiswa lain.

โ€œAnugerah ini amat bermakna buat saya kerana ia menjadi penghargaan terhadap perjalanan sebagai seorang mahasiswa yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap amanah yang dipikul.

โ€œSaya percaya kepimpinan bukan hanya tentang memegang jawatan, tetapi bagaimana kita mampu memberi manfaat kepada orang lain dan meninggalkan nilai yang baik kepada masyarakat,โ€ katanya.

Muhammad Zaki turut menzahirkan rasa syukur dan terharu atas pengiktirafan tersebut serta menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil doa dan sokongan ramai pihak sepanjang perjalanan akademiknya.

Keunikan beliau sebagai ikon mahasiswa terserlah menerusi pendekatan kepimpinan yang menekankan nilai integriti, disiplin dan semangat kerja berpasukan, sekali gus menjadikan beliau contoh kepada mahasiswa lain.

โ€œApabila usaha tersebut dihargai melalui anugerah ini, ia menjadi satu penghormatan besar dan motivasi untuk saya terus menyumbang kepada universiti serta masyarakat,โ€ ujarnya lagi.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Dr. Mohd Izani Mohd Zain menyifatkan pengiktirafan yang diterima Muhammad Zaki selari dengan agenda universiti dalam memperkasa mahasiswa sebagai aset negara dan generasi pelapis masa hadapan.

โ€œUMT sentiasa komited dalam melahirkan mahasiswa holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut memiliki nilai kepimpinan, jati diri, sahsiah tinggi serta kemampuan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

โ€œMahasiswa seperti Muhammad Zaki mencerminkan aspirasi universiti dalam membentuk generasi pelapis yang berdaya saing, berintegriti dan mampu menjadi pemimpin masa depan yang membawa impak positif kepada negara,โ€ katanya.

Beliau turut berharap kejayaan tersebut akan menjadi inspirasi kepada mahasiswa lain untuk terus aktif membangunkan potensi diri, berani memimpin serta memanfaatkan pengalaman di universiti sebagai platform membina masa depan yang lebih cemerlang.

Berita Harian | 10 Mei 2026 | 22 penyelidik sertai kajian saintifik di hutan paya gambut
10/05/2026

Berita Harian | 10 Mei 2026 | 22 penyelidik sertai kajian saintifik di hutan paya gambut

ROMPIN: Seramai 22 penyelidik antara 120 peserta mengikuti Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Paya Gambut di Hutan Simpan Resak, Pekan, selama lima hari bermula semalam.

Utusan | 9 Mei 2026 | FSPA UMT perkukuh semangat berpasukan
10/05/2026

Utusan | 9 Mei 2026 | FSPA UMT perkukuh semangat berpasukan

kitareporters.com | 7 Mei 2026 | Sesawang TAPAi dan aplikasi Think Quran! Inovasi UMT lonjakkan ekonomi OKU, bantu pemul...
10/05/2026

kitareporters.com | 7 Mei 2026 | Sesawang TAPAi dan aplikasi Think Quran! Inovasi UMT lonjakkan ekonomi OKU, bantu pemulihan banduan!

https://kitareporters.com/menara/w9aAnKAObv

Kejayaan inovasi penyelidik Universiti M

Malaysiagazette | 7 Mei 2026 | FSPA UMT perkukuh semangat kerja berpasukan di Tasik Kenyir
07/05/2026

Malaysiagazette | 7 Mei 2026 | FSPA UMT perkukuh semangat kerja berpasukan di Tasik Kenyir

Sepanjang program, peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk sesi perkongsian pengurusan, aktiviti interaktif berkumpulan serta aktiviti pembinaan pasukan di Pusat Penyelidikan dan Lapangan UMT, Tasik Kenyir dan Pulau Herba.

06/05/2026
๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง, ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐งDi sebalik angka 25 itu, tersembunyi ribuan cerita yang tidak pernah tertul...
06/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง, ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ซ๐›๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฃ๐š๐ฒ๐š๐š๐ง

Di sebalik angka 25 itu, tersembunyi ribuan cerita yang tidak pernah tertulis, dimana kisah tentang impian yang bermula dari kosong, tentang pengorbanan keluarga dan tentang keberanian melangkah keluar daripada takdir yang pernah dianggap tetap.

Bagi kebanyakan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mungkin hanya sebuah universiti di pinggir laut. Namun ia lebih bermakna bagi mereka yang pernah menapak di sini, kampus UMT di pesisir pantai.

Mohd Azam Mat Yaacob, alumni program Sarjana Muda Sains Samudera tahun 2002, masih mengingati hari pertama beliau menjejakkan kaki ke kampus ini. Anak tukang kebun sekolah dari Machang itu datang dengan harapan sederhana, hanya mahu mengubah nasib keluarga.

โ€œSaya tak pernah bayangkan dunia di luar kampung saya. Tapi UMT buka mata sayaโ€ฆ laut bukan sekadar tempat cari rezeki, tapi ruang untuk saya bina masa depan,โ€ katanya perlahan.

Hari ini, beliau yang juga pemegang Sarjana Proses Pesisiran Pantai berdiri sebagai Pengurus Makmal Alami & Galeri INOS UMT menggalas tanggungjawab menyumbang kepada usaha pemuliharaan ekosistem laut di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Langkah kecil yang penuh iltizam yang akhirnya membawa makna yang besar dalam perjalanan hidup, mendorong masyarakat untuk lebih berusaha mencipta kejayaan.

Sepanjang 25 tahun, Universiti Malaysia Terengganu telah melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi berjiwa besar yang kembali membina komuniti, mencipta peluang ekonomi dan membawa nama negara ke persada dunia.

Namun kekuatan sebenar UMT tidak hanya terletak pada angka graduannya, tetapi pada nilai kemanusiaan yang dibina di setiap sudut kampus meliputi dalam kelas, di lapangan dan dalam interaksi yang membentuk siapa mereka hari ini.

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, UMT bakal membuka pintunya kepada komuniti melalui penganjuran Karnival UMT 25 Tahun pada 25 hingga 26 Jun ini. Penganjuran sambutan ini bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi menghimpunkan kenangan dan harapan dalam satu ruang yang sama.

Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung dengan sajian pameran inovasi dan keusahawanan, kepada persembahan seni dan aktiviti komuniti sekaligus menjadikan karnival ini sebagai jambatan antara masa lalu dan masa depan.

Bukan sekadar itu, ia adalah ruang untuk orang ramai merasai sendiri denyut nadi sebuah universiti yang telah berkembang bersama masyarakat.

Kerana akhirnya, 25 tahun ini bukan tentang institusi semata-mata. Ia tentang manusia yang mana setiap langkah kecil yang membawa kepada perubahan besar, tentang setiap mimpi menjadi realiti.

Dan seperti ombak yang setia menyentuh pantai Terengganu, perjalanan Universiti Malaysia Terengganu akan terus bergerak ke hadapan melakar sejarah, kisah, harapan dan masa depan yang belum selesai.

๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐ค๐ž ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎDi sebuah bilik darjah sederhana di SK Sungai Berua, tawa kanak-kanak Orang Asli kedeng...
06/05/2026

๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐ง๐๐จ๐ง๐ž๐ฌ๐ข๐š ๐ค๐ž ๐‡๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

Di sebuah bilik darjah sederhana di SK Sungai Berua, tawa kanak-kanak Orang Asli kedengaran, diselang-seli loghat Terengganu dan bahasa Indonesia yang bertemu tanpa sempadan. Di hadapan kelas, seorang mahasiswa antarabangsa berdiri bukan sekadar mengajar tetapi sedang belajar tentang erti kehidupan sebenar.

Detik itu menjadi antara pengalaman paling bermakna dalam Inbound Mobility Program 2026, anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) dengan kerjasama strategik Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia.

Program selama 14 hari bermula 19 April itu bukan sekadar pertukaran pelajar. Ia adalah perjalanan yang membuka mata, menyentuh hati dan mengubah perspektif tentang dunia, manusia dan makna sebenar ilmu.

Seramai 10 mahasiswa cemerlang dari UNAIR dipilih menyertai program ini, yang menggabungkan pendekatan hibrid bagi mengenali tradisi, keunikan, silang budaya di Terengganu.

Namun, kekuatan sebenar program ini bukan pada strukturnya, tetapi pada pengalaman yang dilalui.

Di SK Sungai Berua, Hulu Terengganu dan SK Sungai Pergam, Kemaman, para peserta bersama pelajar UMT melaksanakan modul pembelajaran interaktif serta kesedaran kesihatan kepada komuniti Orang Asli.

Di sinilah teori bertemu realiti.
Di sinilah ilmu menjadi manusiawi.

Seorang pelajar dari UNAIR, Tifanny Beladin Wana Firdaus berkongsi dengan penuh emosi.

โ€œSaya datang ke sini dengan niat untuk belajarโ€ฆ tapi sebenarnya saya yang banyak belajar daripada mereka. Cara mereka hargai pendidikan, walaupun serba kekurangan, buat saya rasa kecil. Ia ubah cara saya melihat hidup.โ€

โ€œBila saya ajar mereka di kelas, saya nampak diri saya sendiri waktu kecil. Bezanya, mereka perlu berjuang lebih keras. Sejak hari itu, saya janji pada diri bahawa ilmu yang saya ada mesti memberi manfaat kepada orang lain.โ€

Peserta turut dibawa melawat fasiliti penyelidikan utama UMT seperti Hatcheri AKUATROP dan Galeri INOS untuk menyelami dunia biodiversiti marin yang menjadi kekuatan universiti ini.

Daripada ekosistem laut hingga ke pembangunan komuniti, satu mesej jelas terserlah iaitu kelestarian bukan hanya tentang alam, tetapi juga tentang manusia.

Ibra Dwi Prayoga dari UNAIR mengupas isu ketagihan merokok sebagai krisis kesihatan mental dalam kalangan belia, manakala Dr. Norhayati Ab Manaf dari UMT menekankan kepentingan memperkasa komuniti Orang Asli melalui pendidikan, budaya dan kesihatan.

Perkongsian turut diperluas oleh Jayanti Dian Eka Sari yang membincangkan isu perkahwinan bawah umur di Indonesia serta kesannya terhadap kesejahteraan mental generasi muda.

Diskusi ini bukan sekadar akademik, ia mencetus kesedaran dan tanggungjawab dalam kalangan peserta sebagai agen perubahan.

Di sebalik semua aktiviti, hubungan kemanusiaan yang terjalin menjadi memori paling berharga.

โ€œSaya tak sangka boleh rasa begitu โ€˜diterimaโ€™ walaupun ini negara asing. Dari makanan, loghat, sampai cara orang di sini melayan kami, semuanya buat saya rasa seperti di rumah sendiri.โ€

โ€œBila bekerja dengan pelajar antarabangsa, saya sedar dunia ini jauh lebih luas daripada apa yang saya bayangkan. Tapi dalam masa sama, kita semua berkongsi nilai yang sama, nak bantu masyarakat, nak buat sesuatu yang bermakna.โ€

Menurut Pengarah Program, Dr. Norhayati Ab Manaf, kolaborasi ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan warisan budaya Terengganu ke peringkat antarabangsa.

Namun hakikatnya, impaknya jauh lebih besar.

Ia membina empati.
Ia menyatukan budaya.
Ia melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu โ€” tetapi peduli.

Inbound Mobility Program 2026 ini membuktikan bahawa Universiti Malaysia Terengganu bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi sebuah jambatan yang menghubungkan dunia melalui ilmu dan kemanusiaan.

Dan bagi mereka yang terlibat, perjalanan ini mungkin agak singkat, tetapi kesannya akan kekal seumur hidup.

โ€œKami datang sebagai pelajarโ€ฆ tapi pulang sebagai manusia yang lebih memahami dunia.โ€

Address

Bahagian Perhubungan Korporat Dan Media, Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia
Kampong Kuala Setiu
21300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Media UMT:

Share