Smart Manufacturing TVETMARALUMUT

Smart Manufacturing TVETMARALUMUT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Smart Manufacturing TVETMARALUMUT, College & University, INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT, Kampong Lumut Kiri.

Smart Manufacturing TVETMARA Lumut
Where Smart Manufacturing Begins

Connecting Industry • Education • Innovation
Design • Additive Manufacturing • Robotics • Digital Engineering • Smart Factory

Design • Fabricate • Innovate

26/08/2026

🤝 JALINAN KERJASAMA INOVASI SMK AHMAD BOESTAMAM & TVETMARA LUMUT | MEMPERKASA STEM, TVET DAN INOVASI

📍 SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan
📅 26 Ogos 2026

Alhamdulillah, Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan Pintar) – DNS, TVETMARA Lumut sekali lagi berpeluang menyumbang kepakaran kepada komuniti melalui penglibatan dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TVETMARA Lumut bersama SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan.

Inisiatif yang diselaraskan melalui Jawatankuasa CSR TVETMARA Lumut ini dilaksanakan dalam bentuk perkongsian kepakaran, bimbingan dan konsultasi teknikal tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada pihak sekolah, sekali gus memberi ruang kepada kepakaran pensyarah TVETMARA Lumut dimanfaatkan dalam pembangunan projek inovasi pelajar.

Melalui inisiatif ini, pensyarah Program DNS bersama pensyarah TVETMARA Lumut daripada bidang berkaitan telah memberi khidmat kepakaran bagi membantu pembangunan projek GAIA BOT AI oleh pasukan Future Foundry, SMK Ahmad Boestamam, sebagai persediaan menyertai Junior Food Security Innovation Challenge (J-Sinc) Peringkat Daerah 2026.

Sepanjang sesi berlangsung, pasukan TVETMARA Lumut berpeluang meneliti prototaip yang telah dibangunkan, melihat sistem dan mekanisme dalaman serta mengadakan perbincangan bersama guru dan pelajar berkaitan aspek reka bentuk, mekanikal, sistem, pengoperasian serta ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi projek tersebut.

🤝 JALINAN KERJASAMA INOVASI

Lebih bermakna, inisiatif CSR ini berkembang kepada satu Jalinan Kerjasama Inovasi antara SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan dengan TVETMARA Lumut, yang disempurnakan melalui penandatanganan oleh Hjh. Rusina binti Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Ahmad Boestamam, bersama Mohd Hasfarizan bin Md Hashim yang mewakili Pengarah TVETMARA Lumut.

Dalam majlis tersebut, Mohd Hasfarizan bin Md Hashim telah menandatangani dokumen jalinan kerjasama mewakili Pengarah TVETMARA Lumut, bersama Pengetua Cemerlang SMK Ahmad Boestamam, Hjh. Rusina binti Abdullah.

Jalinan ini menjadi simbol komitmen kedua-dua institusi dalam memperkukuhkan kerjasama melalui perkongsian kepakaran, pemindahan pengetahuan, pembangunan inovasi serta pendedahan kepada bidang STEM, TVET dan teknologi kejuruteraan.

👨‍🏫 Pasukan pensyarah TVETMARA Lumut yang terlibat:

• Mohd Hasfarizan bin Md Hashim
• Muhamad Za’im bin Othman
• Ahmad Zuhriy bin Usoh @ Yusoff
• Zaidi bin Sulor
• Mohd Kamal Ariffin bin Kamarul Bahrin
• Idris bin Ishak

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Pn. Niram Mazuin bt Mohamed Bederi, guru penyelaras projek SMK Ahmad Boestamam, atas usaha beliau sebagai penghubung utama yang merealisasikan pertemuan, sesi konsultasi dan jalinan kerjasama pada hari ini.

Tidak dilupakan penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah, guru-guru pembimbing serta para pelajar Future Foundry atas sambutan, komitmen dan keterbukaan dalam berkongsi pembangunan projek GAIA BOT AI bersama pasukan TVETMARA Lumut.

💡 Kerjasama seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar sekolah mendapatkan pendedahan kepada pendekatan penyelesaian masalah berasaskan kejuruteraan dan teknologi, malah membuka ruang kepada institusi TVET untuk memainkan peranan sebagai rakan kepakaran kepada sekolah dan komuniti dalam membangunkan idea menjadi penyelesaian sebenar.

Semoga Jalinan Kerjasama Inovasi SMK Ahmad Boestamam – TVETMARA Lumut ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program bersama dalam bidang Smart Manufacturing, STEM, TVET, teknologi dan inovasi pada masa hadapan.

Daripada idea kepada inovasi.
Daripada inovasi kepada penyelesaian sebenar.

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (PEMBUATAN PINTAR)**
Where Smart Manufacturing Begins











PROGRAM CSR TVETMARA LUMUT | PERKONGSIAN KEPAKARAN 3D MODELLING & 3D PRINTING BERSAMA GURU SMK SERI MANJUNGAlhamdulillah...
24/08/2026

PROGRAM CSR TVETMARA LUMUT | PERKONGSIAN KEPAKARAN 3D MODELLING & 3D PRINTING BERSAMA GURU SMK SERI MANJUNG

Alhamdulillah, selesai sudah Kursus Peningkatan Pengetahuan Guru dalam Penggunaan dan Pengoperasian Mesin Pencetak 3D yang telah dilaksanakan pada 22 Ogos 2026 bertempat di Smart Manufacturing Center dan DNS MakerSpace Lab, TVETMARA Lumut. Latihan ini disampaikan oleh En Mohd Hasfarizan Md Hashim pensyarah Program DNS

Program yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa CSR TVETMARA Lumut ini merupakan hasil kerjasama antara Jawatankuasa CSR TVETMARA Lumut dan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan Pintar) dalam usaha memperluaskan perkongsian kepakaran serta pemindahan pengetahuan teknologi kepada komuniti pendidikan.

Seramai 10 orang guru SMK Seri Manjung (SMeSMa) telah menyertai kursus ini.

Sepanjang program, para peserta didedahkan secara teori dan *hands-on* kepada keseluruhan proses pembangunan produk menggunakan teknologi pembuatan digital, bermula daripada:

🔹 Pengenalan kepada Additive Manufacturing dan 3D Printing
🔹 Asas **3D Modelling menggunakan Autodesk Fusion**
🔹 Menghasilkan reka bentuk *personalised name tag*
🔹 Mengenali komponen dan melakukan *first setup* mesin pencetak 3D
🔹 Menukar model digital kepada format STL/3MF
🔹 Pengenalan kepada proses *slicing*
🔹 Tetapan asas seperti orientation, layer height, infill dan support
🔹 Sehinggalah peserta menjalankan sendiri proses **3D Printing** bagi reka bentuk yang telah dihasilkan

Pendekatan ini memberi peluang kepada peserta memahami keseluruhan aliran kerja:

**IDEA → 3D MODELLING → SLICING → MACHINE SETUP → 3D PRINTING → PHYSICAL PRODUCT**

Majlis penutup program turut diserikan dengan kehadiran **Pengetua SMK Seri Manjung, Dr. Muhammad Husaini bin Abdullah**, yang seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta serta tenaga pengajar dan pembantu pengajar yang telah menjayakan kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada **Cikgu Abdul Hafiz bin A Hamid**, selaku guru yang mengurus dan menyelaras pelaksanaan kursus bersama pihak SMK Seri Manjung.

Terima kasih kepada pihak **SMK Seri Manjung** atas kepercayaan yang diberikan kepada TVETMARA Lumut untuk berkongsi kepakaran dalam bidang **3D Modelling, Additive Manufacturing dan 3D Printing**.

Semoga program seperti ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kolaborasi antara **TVETMARA Lumut dan institusi pendidikan**, khususnya dalam memperkasa kemahiran guru dan pelajar dalam bidang teknologi pembuatan digital serta Smart Manufacturing.

**Bersama berkongsi kepakaran, memperkasa pendidikan dan membina bakat masa hadapan.**








Hari ini punya aktiviti di DNS
19/08/2026

Hari ini punya aktiviti di DNS

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGASWarga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar, TVETMARA Lumut mengucapk...
10/08/2026

SELAMAT DATANG & SELAMAT BERTUGAS

Warga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar, TVETMARA Lumut mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Tn. Hj. Soffian bin Hj. Mustafa atas pelantikan sebagai Pengarah TVETMARA Lumut.

Kami mengalu-alukan kehadiran Tuan Pengarah sebagai peneraju baharu TVETMARA Lumut dan berharap kepimpinan beliau akan terus memperkukuhkan kecemerlangan institusi serta membawa aspirasi TVETMARA ke tahap yang lebih tinggi.

Bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar, kami amat mengharapkan sokongan dan bimbingan Tuan Pengarah dalam meneruskan usaha membangunkan program yang sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri, khususnya dalam bidang Smart Manufacturing, Automation, Robotics, Additive Manufacturing, Digital Manufacturing dan teknologi Industri 4.0.

Kami juga berharap dapat terus memperluaskan kerjasama bersama industri, sekolah dan komuniti, memperkasa kompetensi pensyarah serta menyediakan lebih banyak peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengalaman, kemahiran dan pendedahan yang selari dengan keperluan industri masa hadapan.

Insya-Allah, seluruh warga program bersedia untuk memberikan kerjasama dan komitmen dalam mendukung kepimpinan Tuan Pengarah serta bersama-sama meneruskan agenda kecemerlangan TVETMARA Lumut.

Selamat datang ke TVETMARA Lumut, Tn. Hj. Soffian bin Hj. Mustafa.

Semoga amanah dan kepimpinan baharu ini dipermudahkan serta membawa lebih banyak kejayaan, inovasi dan peluang baharu kepada institusi, warga kerja dan para pelajar.

Daripada:
Warga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar
TVETMARA Lumut, Perak

“Bersama Membina Bakat, Menjana Masa Hadapan.”

Setinggi-tinggi Penghargaan & Selamat Maju Jaya.Warga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar, TVETMARA ...
10/08/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan & Selamat Maju Jaya.

Warga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar, TVETMARA Lumut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Lukman Hakim bin Hasan, Pengarah TVETMARA Lumut, atas segala jasa, kepimpinan, kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan sepanjang beliau menerajui TVETMARA Lumut.

Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, program kami telah menerima sokongan yang amat bermakna dalam usaha membangun dan memperkukuhkan program, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik, memperkasa kemahiran pensyarah, memperluaskan jaringan kerjasama bersama industri serta membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para pelajar untuk meneroka teknologi dan keperluan industri masa kini.

Bagi kami, sokongan seorang pemimpin bukan sahaja diukur melalui kelulusan dan keputusan yang diberikan, tetapi juga melalui kepercayaan kepada pensyarah untuk mencuba, membangun dan membawa program ke hadapan. Kepercayaan serta ruang yang diberikan oleh beliau telah menjadi antara pemangkin kepada perkembangan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar sehingga ke tahap yang ada pada hari ini.

Banyak perjalanan masih perlu kami teruskan, namun segala asas, sokongan dan dorongan yang telah diberikan akan kekal menjadi sebahagian daripada perjalanan program ini.

Kepada En. Lukman Hakim bin Hasan, kami mendoakan semoga terus diberikan kejayaan, keberkatan dan kecemerlangan dalam menggalas amanah baharu di TVETMARA Johor Bahru.

Terima kasih atas segala jasa, sokongan dan kepercayaan.
Selamat maju jaya di tempat baharu.

"Budi yang disemai, akan terus mekar dalam setiap kejayaan yang menyusul.”

Daripada:
Warga Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar
TVETMARA Lumut, Perak

BelangsungkawaAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada pelajar Diploma Teknolog...
05/08/2026

Belangsungkawa
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar (3A), saudara MUHAMMAD AZIM BIN KHAIRUL ANUAR, telah kembali ke rahmatullah pada 20 Julai 2026.

Sehubungan dengan itu, Unit Sosial & Kebajikan MPP TVETMARA Lumut membuka tabung kutipan kilat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh saudara Azim dan keluarganya.

Bagi yang berhasrat untuk menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui QR Code yang disediakan. Segala sumbangan yang diterima akan diserahkan sepenuhnya kepada pelajar berkenaan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan setiap sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah. 🤲

Belangsungkawa.Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa bapa kepada pelajar Diploma Teknologi Kejur...
05/08/2026

Belangsungkawa.
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa bapa kepada pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar (2A), Nursyazliyana Suraya Binti Saiful Bahrin, telah kembali ke rahmatullah pada Jam 9.16 pagi bertarikh 5 Ogos 2026 .

Unit Sosial & Kebajikan DNS TVETMARA Lumut membuka tabung kutipan kilat bagi membantu meringankan beban saudari Nur Syazliyana dan keluarganya.

Sumbangan boleh disalurkan melalui QR Code yang disediakan. Segala sumbangan akan diserahkan sepenuhnya kepada beliau.

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dikurniakan ganjaran oleh Allah SWT.

Al-Fatihah buat Allahyarham. 🤲

PELAJAR DNS TVETMARA LUMUT BERDAFTAR DI PLATFORM INDNEX22 Julai 2026| DNS MakerSpace Robotic  Alhamdulillah, selesai sud...
22/07/2026

PELAJAR DNS TVETMARA LUMUT BERDAFTAR DI PLATFORM INDNEX

22 Julai 2026| DNS MakerSpace Robotic

Alhamdulillah, selesai sudah sesi pendaftaran pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan Pintar (DNS) Semester 3 dan Semester 5 ke dalam platform IndNex, yang telah dikendalikan bersama wakil industri daripada Pebble3D Sdn. Bhd.

Program ini merupakan salah satu inisiatif kolaborasi industri antara TVETMARA Lumut dan Pebble3D Sdn. Bhd. (Pebblereka 3D ) dalam memperkukuhkan hubungan antara institusi TVET dengan ekosistem industri digital.

Apakah itu IndNex?

IndNex ialah sebuah platform rangkaian industri yang menghubungkan pelajar, graduan, institusi pendidikan dan pihak industri dalam satu ekosistem digital. Platform ini memberi peluang kepada pengguna untuk membina profil profesional, mengembangkan rangkaian industri, berkongsi pengetahuan, serta meningkatkan kebolehpasaran melalui akses kepada peluang kolaborasi, pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Melalui penyertaan dalam platform ini, pelajar DNS berpeluang membina identiti profesional mereka lebih awal, memperluaskan jaringan bersama pemain industri serta mengikuti perkembangan teknologi dan keperluan semasa sektor pembuatan pintar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pebble3D Sdn. Bhd. atas komitmen dan sokongan berterusan dalam menjayakan agenda kolaborasi bersama TVETMARA Lumut. Semoga kerjasama strategik ini terus memberi manfaat kepada pembangunan kompetensi pelajar serta melahirkan graduan TVET yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran Industri 4.0 dan Industri 5.0.


Address

INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT
Kampong Lumut Kiri
32040

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134353317

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Smart Manufacturing TVETMARALUMUT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Smart Manufacturing TVETMARALUMUT:

Shortcuts

Share