Pondok Darul Ihya’

Call Directions Website Contact the university

Pondok Darul Ihya’ Pondok Darul Ihya’

>terbuka kepada muslimin dan muslimat
>berumur 10 tahun dan ke atas

Alhamdulillah....Petang ini warga Pondok Darul Ihya’ menikmati jamuan pulut durian bersama durian segar yang dibawa khas...
11/07/2026

Alhamdulillah....

Petang ini warga Pondok Darul Ihya’ menikmati jamuan pulut durian bersama durian segar yang dibawa khas dari Dabong.

Jazakumullahu khairan kepada tuan kebun atas sumbangan durian yang begitu istimewa, siap dihantar terus ke pondok. Semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik serta membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Semoga jamuan ini mengeratkan ukhuwah dan menggembirakan hati para asatizah serta para pelajar. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas nikmat rezeki yang dikurniakan.

🌹 Tahniah Abdullah Fahim 🌹Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Abdullah Fahim yang telah berjaya mena...
18/06/2026

🌹 Tahniah Abdullah Fahim 🌹

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan Abdullah Fahim yang telah berjaya menamatkan sabak ulang 30 juz al-Quran.

Beliau merupakan antara pelajar terawal yang memulakan hafazan al-Quran di pondok ini dan kini berjaya bergelar hafiz al-Quran. Kejayaan ini pastinya menjadi satu kebanggaan buat ibu bapa, para asatizah serta seluruh warga pondok.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan kekuatan, kesihatan, kefahaman dan istiqamah kepada beliau untuk meneruskan perjuangan dalam bidang al-Quran. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk menamatkan syahadah al-Quran dan seterusnya menjadi pelajar pertama pondok yang berjaya memperoleh syahadah.

“Al-Quran tidak akan pernah meninggikan seseorang melainkan dengan izin Allah dan kesungguhannya dalam menjaganya.”

Tahniah dan syabas. Semoga terus cemerlang dan menjadi contoh serta inspirasi kepada generasi pelajar yang akan datang. 🤲📖✨

13 Ramadan 1447 @ 3/3/2026Tadarus Pelajar Pondok
03/03/2026

13 Ramadan 1447 @ 3/3/2026
Tadarus Pelajar Pondok

4/2/2026MAJLIS KHATAM HAFAZAN 30 JUZ DAN KHATAM BACAAN AL QURAN PELAJAR PONDOK DARUL IHYA
04/02/2026

4/2/2026
MAJLIS KHATAM HAFAZAN 30 JUZ DAN KHATAM BACAAN AL QURAN PELAJAR PONDOK DARUL IHYA

🌹 Sambutan Maulidurrasul 1447H/2025 Pondok Darul Ihya’Semoga hati kita sentiasa dipenuhi cinta dan rindu kepada junjunga...
07/09/2025

🌹 Sambutan Maulidurrasul 1447H/2025 Pondok Darul Ihya’
Semoga hati kita sentiasa dipenuhi cinta dan rindu kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Dulu… ketika para sahabat ditanya, “Sejauh mana kamu mencintai Rasulullah ﷺ?”
Mereka menjawab, “Demi Allah, baginda lebih kami cintai daripada ayah, ibu dan seluruh manusia.”

Cinta itu bukan sekadar kata.
Bilal bin Rabah, walau diseksa dengan batu panas di padang pasir, tetap menyebut, “Ahad… Ahad…” kerana hatinya terikat dengan kalimah yang diajar Rasulullah ﷺ.

Saidina Abu Bakar p**a, sanggup menemani baginda di gua Tsur, menahan gigitan ular, hanya kerana kasih dan setia kepada Rasulullah ﷺ.

Itulah tanda kasih sebenar — pengorbanan, ketaatan, dan air mata rindu walau jasad baginda telah tiada.

Hari ini, kita p**a diuji…
Adakah cinta kita kepada Rasulullah ﷺ hanya di bibir?
Atau kita buktikan dengan sunnahnya, akhlaknya, dan doa agar tergolong dalam umat yang mendapat syafaatnya?

Semoga kita terus istiqomah mengamalakan sunnah nabi S.A.W

Khidmat pelajar pondok bersama org kg menggali kubur untuk arwah pok teh kelar joha..semoga diampuni segala dosanya dan ...
22/08/2025

Khidmat pelajar pondok bersama org kg menggali kubur untuk arwah pok teh kelar joha..semoga diampuni segala dosanya dan dirahmati Allah..antara guru al quran di kg dan juga imam surau kelar joha

Alhamdulillah program rehlah pelajar pondok darul ihya’ di telaga bijih..nampak ceria semua.semoga balik ke madrasah ter...
23/07/2025

Alhamdulillah program rehlah pelajar pondok darul ihya’ di telaga bijih..nampak ceria semua.semoga balik ke madrasah terus bersemangat untuk belajar n mengahafal.mencari ketenangan dan melihat keindahan alam ciptaan Allah..semoga diberkati Allah

17/07/2025

Bangunlah dengan syukur. Bergeraklah dengan sabar. Berdoalah tanpa henti dan Jangan biarkan mentari mendahului sujudmu.salam jumaat yg barokah😌

Address

Kg. Kekabu/Joha
Kampong Pasir Mas
17000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Darul Ihya’ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pondok Darul Ihya’:

Shortcuts

Share