Pejabat Bendahari UTHM

Directions Website

Pejabat Bendahari UTHM Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

12/09/2026
LAWATAN KERJA KE JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)Adalah dimaklumkan bahawa lawatan kerja ke J...
12/09/2026

LAWATAN KERJA KE JABATAN BENDAHARI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan kerja ke Jabatan Bendahari, UPSI bagi melihat pelaksanaan pengurusan kewangan adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10-11 September 2026
Tempat : Jabatan Bendahari UPSI

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan pelaksanaan pengurusan kewangan, pengukuhan tadbir urus serta transformasi proses kerja di Jabatan Bendahari, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Lawatan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman dan membincangkan isu serta cabaran semasa dalam pengurusan kewangan universiti awam, termasuk aspek kecekapan operasi, pendigitalan, kawalan dalaman, pengurusan hasil dan perbelanjaan serta kelestarian kewangan.

Lawatan ini diharap dapat membantu melaksanakan proses penambahbaikan serta menjadi rujukan dalam usaha memperkukuhkan sistem, proses dan amalan tadbir urus kewangan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), selaras dengan keperluan semasa dan aspirasi transformasi pengurusan universiti.














๐Ÿ“ข MAKLUMAN GOTONG-ROYONG PERDANA 1 PEJABAT BENDAHARIAssalamualaikum dan salam sejahtera warga Pejabat Bendahari.Sukacita...
13/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN GOTONG-ROYONG PERDANA 1 PEJABAT BENDAHARI

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Pejabat Bendahari.

Sukacita dimaklumkan bahawa Gotong-Royong Perdana 1 Pejabat Bendahari akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.30 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Ruangan kerja masing-masing dan sekitar kawasan Pejabat Bendahari
๐Ÿงน Peralatan: Mohon bawa peralatan pembersihan sendiri (sekiranya ada)
๐Ÿ‘• Pakaian: Baju MTUN Merah + Biru

Program ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih, kemas dan kondusif selaras dengan amalan EKSA.

โœจ โ€œBersama Kita Bersih, Bersih Itu Indah.โ€

Sehubungan itu, semua warga Pejabat Bendahari dijemput hadir dan memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua. ๐Ÿค

๐ŸŒŸ LOCK THE DATE! ๐ŸŒŸReady,set *JOM BRISK WALK* Jom berjalan sambil bersembang, berpeluh sikit, dan ber-happy ramai-ramai! ...
13/08/2026

๐ŸŒŸ LOCK THE DATE! ๐ŸŒŸ

Ready,set *JOM BRISK WALK*
Jom berjalan sambil bersembang, berpeluh sikit, dan ber-happy ramai-ramai! ๐Ÿ˜„โœจ

๐Ÿ“… 13 Ogos 2026 (Khamis)
โฐ 8.00 pagi
๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ Laluan 1.5 km โ€“ ringan, santai & penuh vibe ceria!

Anjuran: Kelab Staf Pejabat Bendahari

Datang dengan semangat, balik dengan mood lebih sihat! ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’–
Jumpa nanti! ๐ŸŽ‰

19/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri โœจ๐ŸŒ™

Di hamparan Syawal yang penuh barakah, tatkala takbir bergema mengalun syahdu, Aidilfitri hadir menyucikan hati, menjernihkan jiwa, dan menyeimbangkan kembali โ€œakaunโ€ kehidupan dengan penuh keikhlasan.

Seluruh warga Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga UTHM dan masyarakat yang diraikan.

Semoga setiap rezeki yang mengalir diberkati,
setiap amanah kewangan yang dipikul dipermudahkan, dan setiap usaha diimbangi dengan kejujuran serta integriti, ibarat penyata yang telus lagi seimbang di sisi-Nya.

Andai ada kekhilafan dalam urusan dan layanan, terkurang dalam memberi yang terbaik, kami dengan rendah hati memohon kemaafanโ€ฆ

Maaf Zahir dan Batin. ๐Ÿคฒโœจ















๐ŸŒน UCAPAN SELAMAT BERSARA ๐ŸŒนPejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan d...
16/02/2026

๐ŸŒน UCAPAN SELAMAT BERSARA ๐ŸŒน

Pejabat Bendahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara kepada:

โœจ En. Norza Iskandar Helmi bin Abdullah
(5 Februari 2026)

โœจ Pn. Juritah binti Jasman
(20 Februari 2026)

โœจ Pn. Sarina binti Kasnon
(1 Mac 2026)

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan bersama UTHM. Segala usaha dan dedikasi yang diberikan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta dalam fasa baharu kehidupan.

Ikhlas daripada
Pejabat Bendahari UTHM

16/01/2026

Perpindahan Unit Hasil & Kawalan Kredit dan Unit Akaun Pelajar ke blok C2-016.

07/01/2026

Tahniah & Terima kasih diucapkan kepada En. Ismail bin Haron (Bendahari UTHM) atas kepimpinan dan sumbangan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mesyuarat Bendahari MTUN. Selamat menjalankan amanah kepada En. Rosdi bin Puteh (Bendahari UNIMAP) sebagai Pengerusi baharu. Semoga terus cemerlang. ๐Ÿ™Œ















PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA PEJABAT BENDAHARI BAGI TAHUN 2026Perhimpunan ini dibuat pada hari Isnin setiap minggu.Tarikh : ...
05/01/2026

PERHIMPUNAN PAGI PERTAMA PEJABAT BENDAHARI BAGI TAHUN 2026

Perhimpunan ini dibuat pada hari Isnin setiap minggu.

Tarikh : 05 Januari 2026
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Pejabat Bendahari UTHM Kampus Parit Raja.















Address

Tanjung Malim
Kampong Perak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Bendahari UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share