02/08/2026
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Nur Aisar Akmal Bin Mohd Rizal, pelajar Semester 3, Diploma Kejuruteraan Mekanikal, atas kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Naib Johan dalam Acara UAV (Unmanned Aerial Vehicle) sempena 2026 Guijiang Cup China-ASEAN Vocational Skills Competition yang telah berlangsung di Guizhou, Republik Rakyat China.
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Politeknik Seberang Perai, malah turut mengharumkan nama Politeknik Malaysia serta negara di persada antarabangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan sentiasa mengejar kecemerlangan dalam bidang kemahiran, teknologi serta inovasi.
TAHNIAH PELAJAR POLITEKNIK SEBERANG PERAI! π²πΎ
Seluruh warga Politeknik Seberang Perai (PSP) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:
NUR AISAR AKMAL BIN MOHD RIZAL
atas kejayaan mengharumkan nama Politeknik Seberang Perai dan Malaysia apabila berjaya meraih Naib Johan dalam acara UAV sempena 2026 Guijiang Cup China-ASEAN Vocational Skills Competition yang berlangsung di Guizhou, Republik Rakyat China.
Kejayaan ini merupakan bukti keupayaan pelajar TVET Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa melalui kecemerlangan, inovasi dan semangat juang yang tinggi.
Politeknik Seberang Perai turut merakamkan penghargaan kepada para jurulatih, pegawai pengiring, pihak pengurusan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang penyertaan ini.
Penghargaan istimewa juga diucapkan kepada Persatuan Alumni Politeknik Seberang Perai atas sokongan dan tajaan yang telah diberikan dalam menjayakan penyertaan ini.
Syabas dan tahniah! Terus terbang tinggi, capai impian dan harumkan nama PSP, POLYCC serta Malaysia di persada dunia.