Universiti Teknologi MARA - Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

Call Directions Website

Universiti Teknologi MARA - Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan Media Rasmi - Laman ini khusus untuk semua yang berminat mengikuti perkembangan UiTM KSB,SLY & TI

Tahniah Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan atas pelaksanaan progr...
25/09/2026

Tahniah Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan atas pelaksanaan program yang memberi manfaat positif kepada para pelajar.

Alhamdulillah proses pendaftaran pelajar baharu UiTM Cawangan Selangor berjalan dengan lancar sepanjang 2 hari (23 - 24 ...
25/09/2026

Alhamdulillah proses pendaftaran pelajar baharu UiTM Cawangan Selangor berjalan dengan lancar sepanjang 2 hari (23 - 24 September 2026). Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga diucapkan kepada Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Pembantu Minggu Destini Siswa (PMDS), serta unit-unit lain yang komited dalam menyantuni para mahasiswa baharu.

Kami mendoakan para mahasiswa dapat menjalani kehidupan kampus dengan harmoni dan sejahtera. Semoga anak-anak sekalian berjaya membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama keluarga, agama, bangsa dan negara. Selamat maju jaya daripada kami Pengurusan UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan.

KAMPUS SUNGAI BULOH BERIKAN SAINGAN HEBAT DALAM FESRA FIT@UCS 202622 September 2026 โ€“ Kontinjen Kampus UiTM Sungai Buloh...
24/09/2026

KAMPUS SUNGAI BULOH BERIKAN SAINGAN HEBAT DALAM FESRA FIT@UCS 2026

22 September 2026 โ€“ Kontinjen Kampus UiTM Sungai Buloh, serta Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian mencipta pencapaian membanggakan apabila muncul sebagai Naib Juara Keseluruhan Festival Sukan dan Rekreasi (FESRA) FIT@UCS 2026 dengan kutipan 7 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa.

Pencapaian ini cukup bermakna apabila kontinjen KSB yang diketuai oleh En.Kamarul Aini berjaya memberikan saingan sengit kepada pasukan HASA, khususnya apabila kedua-dua kontinjen mencatatkan jumlah 7 pingat emas yang sama dengan juara kejohanan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, disiplin dan komitmen tinggi warga Kampus mampu menghasilkan prestasi yang membanggakan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penolong Rektor, Dekan, atlet, pengurus pasukan serta semua warga kampus yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah dirakamkan kepada Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan(PSKK) selaku penganjur FESRA FIT@UCS 2026 atas komitmen dan dedikasi terutama pada pengerusi/Ajk PSKK dalam memastikan penganjuran festival ini berlangsung dengan baik, lancar dan cemerlang.

Teruskan momentum, Teruskan kecemerlangan!

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น




Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua mahasiswa baharu ke UiTM Cawangan Selangor. Selamat menjalani kehidupa...
24/09/2026

Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada semua mahasiswa baharu ke UiTM Cawangan Selangor. Selamat menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa dan menikmati perjalanan kehidupan kampus yang menyeronokkan. Mulakan langkah awal anak-anak sekalian dengan penuh tekad dan semangat juang yang tinggi. Mudah-mudahan kalian semua akan pulang dengan kejayaan yang cemerlang.

KENYATAAN SEBUT HARGA/ TENDER DI UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH:RN/UITMSB/06/2026TAWARAN MENJALANKAN PERKHID...
24/09/2026

KENYATAAN SEBUT HARGA/ TENDER DI UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH:

RN/UITMSB/06/2026
TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN KAFETARIA DI GERAI NO.2 KOLEJ KEDIAMAN 2 (RC2) UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH

RN/UITMSB/07/2026
TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN KAFETARIA DI PUSAT PAKAR PERUBATAN (LUAR) UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH

RN/UITMSB/08/2026
TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI DI TAPAK VM KSB 001 LOBI BANGUNAN FAKULTI PERUBATAN UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH

RN/UITMSB/09/2026
TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI DI TAPAK VM KSB 003 LOBI PUSAT PAKAR PERUBATAN UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH

RN/UITMSB/10/2026
TAWARAN MENJALANKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN MESIN LAYAN DIRI (MESIN KOPI) DI TAPAK CM KSB 003 ARAS 1 FAKULTI PERGIGIAN UiTM CAWANGAN SELANGOR KAMPUS SUNGAI BULOH

Tarikh Iklan : 23/09/2023 (Rabu)
Tarikh Tutup : 06/10/2023 (Selasa, pada 12:00 Tengahhari)
Harga : RM30.00 Senaskah

Janji temu boleh dibuat dengan menghubungi bahagian Jawatankuasa Ruang Niaga UiTM Kampus Sungai Buloh - Selayang di talian / di emel 03-6126 7552 En Kamarul Aini Hassan Basri ([email protected]) / 03-6126 7500 Pn Ayu Dalina Rahim ([email protected]) / 03-6126 7576 Cik Nurul Izzah Ahmad Shawal ([email protected]).

17 September 2026 (Khamis)Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Bersempena dengan Pertandingan Sudu...
18/09/2026

17 September 2026 (Khamis)

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Bersempena dengan Pertandingan Sudut Hiasan Merdeka Peringkat UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh 2026 pada 17 September 2026 bertempat di Auditorium 1, Fakulti Perubatan.

Pertandingan Sudut Hiasan Merdeka ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan serta memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga UiTM.

Pertandingan ini disertai oleh Unit di bawah Pejabat Penolong Rektor, Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Cardiovascular Advancement and Research Excellence (CARE) Institute, UiTM Private Specialist Centre (UiTMPSC) dan Pusat Perubatan UiTM (PPUiTM).

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น




SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Pengurusan dan seluruh warga UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang da...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Pengurusan dan seluruh warga UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026. Marilah bersama-sama kita mengekalkan keharmonian, perpaduan dan kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น





LAWATAN NAIB CANSELOR KE KAMPUS SELAYANG  15 September 2026 | SelasaKampus Selayang, berbesar hati menerima kunjungan YB...
15/09/2026

LAWATAN NAIB CANSELOR KE KAMPUS SELAYANG

15 September 2026 | Selasa
Kampus Selayang, berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, dalam satu sesi lawatan bagi meninjau perkembangan, kemudahan serta prasarana yang terdapat di kampus.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada YBhg. Naib Canselor untuk melihat secara lebih dekat keadaan fasiliti dan persekitaran kampus, di samping mendapatkan gambaran berkaitan keperluan kampus.

Pihak kampus amat menghargai keprihatinan dan kunjugan YBhg. Naib Canselor ke kampus dan meluangkan masa berinteraksi secara langsung dengan warga kampus.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น




UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAANSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Digital Fusion atas pencapaian Pingat Em...
11/09/2026

UCAPAN TAHNIAH DAN PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Digital Fusion atas pencapaian Pingat Emas dalam pertandingan Innovation Showcase sempena UiTM Quality & Innovation Summit 2026 yang telah dianjurkan pada 7 - 10 September 2026, bertempat di Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM (ILD), Bandar Enstek. Kumpulan ini telah mempamerkan dua projek inovasi iaitu Sistem Pengurusan Program (Event4U) dan UCS ICT Inventory Management System (UIIMS).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kumpulan Digital Fusion. Semoga kumpulan ini terus cemerlang dalam menghasilkan inovasi di masa akan datang.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น, ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น





-UCS

10/09/2026

Majlis Serahan Bendera Kontinjen UiTM Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan sempena Festival Sukan dan Rekreasi (FESRA) 2026 telah berlangsung pada 10 September 2026. Selamat maju jaya kepada semua atlet yang bertanding.

Address

Universiti Teknologi MARA Kampus Sungai Buloh
Kampong Sungai Buloh
47000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60361267000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Teknologi MARA - Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share