Pusat Pengurusan Bencana USM

Pusat Pengurusan Bencana USM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Pengurusan Bencana USM, College & University, Kampus Induk Universiti Sains, Kampong Sungai Gelugor.

Laman Rasmi Facebook Unit Pengurusan Bencana (Nerve Centre) Universiti Sains Malaysia

Laman ini sebagai medium hebahan berkaitan Prosedur Standard Operasi (SOP) di dalam kampus termasuk pengurusan Bencana,Isu Krisis dan Kesukarelawanan.

USM PERKUKUH AGENDA PENGURANGAN RISIKO BENCANA NEGARA BERSAMA NADMA25 Mei 2026Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Un...
25/05/2026

USM PERKUKUH AGENDA PENGURANGAN RISIKO BENCANA NEGARA BERSAMA NADMA

25 Mei 2026

Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Unit Pengurusan Bencana di bawah Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) telah menghadiri Bengkel Libat Urus Pelan Tindakan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang berlangsung di Tenera Hotel & Suites, Bangi, Selangor.

Bengkel strategik ini diadakan bagi memurnikan pelan tindakan negara ke arah memperkukuh kesiapsiagaan, tadbir urus dan daya tahan masyarakat dalam menghadapi ancaman bencana serta perubahan iklim. Pelan strategik yang dibincangkan memberi fokus kepada lima teras utama iaitu meningkatkan pemahaman risiko, memperkukuh tadbir urus, memperluas pelaburan dalam pengurangan risiko bencana, meningkatkan kesiapsiagaan tindak balas dan pemulihan serta memperkasakan penglibatan komuniti.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), YBhg. Dato’ Meor Ismail Bin Meor Akim, yang menekankan kepentingan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan tinggi, industri dan komuniti dalam membentuk negara yang lebih resilien terhadap bencana.

Selain itu, bengkel turut memberi penekanan kepada indikator antarabangsa berkaitan perubahan iklim dan pengurusan bencana yang menggalakkan perancangan bersama dalam menghadapi bencana akibat perubahan iklim di peringkat tempatan dan serantau.

Penglibatan aktif USM dalam bengkel ini membuktikan komitmen universiti dalam memperkukuh agenda kelestarian, kesiapsiagaan komuniti dan pengurusan risiko bencana sejajar dengan aspirasi nasional serta peranan USM sebagai universiti yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat dan pembangunan mampan negara.

08/05/2026

HANTAVIRUS ??

15/04/2026

UPB USM TERLIBAT TABLE TOP EXERCISE BERSAMA PENGURUSAN BENCANA PULAU PINANG DENGAN KERJASAMA PETRONAS

14 April 2026 | Seberang Jaya, Pulau Pinang
Unit Pengurusan Bencana Universiti Sains Malaysia (UPB USM) telah menghadiri dan terlibat secara langsung dalam Simulasi Bencana dan Table Top Exercise (TTX) anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama PETRONAS.
Dalam program ini, UPB USM mewakili NGO telah memainkan peranan sebagai pemerhati serta penyumbang input operasi, selain turut diberi kepercayaan bersama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB),BOMBA,PDRM dan agensi penguatkuasaan lain
Taklimat awal disampaikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara berkenaan Arahan NADMA No. 1, manakala Sapura Energy membentangkan fungsi sistem komunikasi Government Integrated Radio Network (GIRN) dalam koordinasi kecemasan.

PETRONAS turut berkongsi pengalaman serta perancangan pasca-bencana berdasarkan insiden terdahulu di Putra Heights, sekali gus memperkukuh kefahaman peserta terhadap pengurusan krisis berskala besar.
Simulasi ini akan diteruskan dengan latihan penuh melibatkan senario pelepasan gas di Taman Siakap pada 18 April, yang dijangka menguji tahap kesiapsiagaan dan kecekapan tindak balas semua agensi terlibat secara menyeluruh.
Penglibatan ini mencerminkan komitmen UPB USM dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana melalui kolaborasi strategik, latihan bersepadu dan perkongsian kepakaran di peringkat negeri dan nasional. Malah, UPB USM turut menyokong pendekatan perancangan bersama (co-operative planning) dalam menghadapi bencana berkaitan perubahan iklim melalui kerjasama erat dengan pihak kerajaan, selari dengan usaha memperkukuh sistem kesiapsiagaan yang lebih inklusif dan bersepadu.

Selain itu, UPB USM juga berperanan untuk memaklum dan menyokong pihak kerajaan di peringkat tempatan dan negeri dalam aspek amaran awal serta pemantauan risiko bencana berkaitan perubahan iklim, sekali gus membantu meningkatkan keupayaan respons dan mitigasi secara lebih berkesan.

17/03/2026

18 Mac 2020
Hari Pertama Pengumuman PKP sekatan Perjalanan Merentas Daerah/Negeri
6 tahun lalu
Apa pengalaman tidak dpt dilupakan?

Tinjauan Segera Hadanah USM Perkukuh Langkah Pencegahan WabakPULAU PINANG, hari ini (11.00 pagi) — Satu tinjauan segera ...
02/03/2026

Tinjauan Segera Hadanah USM Perkukuh Langkah Pencegahan Wabak

PULAU PINANG, hari ini (11.00 pagi) — Satu tinjauan segera telah dijalankan di Hadanah USM bagi menilai keperluan penambahbaikan fasiliti serta memperkukuh langkah pencegahan wabak, khususnya bagi mengelakkan kejadian berulang melibatkan kes cirit-birit dan penyakit berjangkit lain.

Tinjauan ini telah dihadiri oleh Prof. Azlan, Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), yang diiringi oleh Mohd Faizal bin Md Osman, Timbalan Pendaftar BJIM.

Taklimat Awal Fokus Kawalan Wabak

Tinjauan dimulakan dengan taklimat awal yang disampaikan oleh Mohd Salman bin Tuan Mohd Jaffar, Ketua Unit Pengurusan Bencana USM.
Menurut beliau, objektif utama tinjauan adalah untuk mengenal pasti faktor persekitaran yang berpotensi menyumbang kepada penularan wabak, menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti, serta memastikan tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera dan bersepadu.

Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan pencegahan awal dan tindakan pantas amat penting bagi menjamin kelangsungan operasi pusat jagaan tanpa perlu penutupan akibat wabak.

Penilaian Fasiliti Libatkan JPPF

Dalam tinjauan tersebut, wakil Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF) USM yang diketuai oleh Zairil Azhar bin Zainol turut hadir bagi menilai keperluan pembaikan fasiliti secara langsung. Kehadiran JPPF membolehkan cadangan pembaikan dikenal pasti di peringkat awal dan dilaksanakan dengan kadar segera.

Rombongan lawatan telah disambut oleh Ustaz Zayd bin Zhari, Pengarah Pusat Islam USM selaku ketua pengurusan Hadanah.

Lindungi Operasi Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Hadanah merupakan pusat jagaan kanak-kanak seawal usia dua bulan hingga enam tahun, yang majoritinya terdiri daripada anak-anak warga Universiti Sains Malaysia. Sehubungan itu, kawalan wabak yang berkesan amat penting bagi memastikan perjalanan operasi harian pusat ini dapat diteruskan dengan lancar.

Dalam pada itu, ibu bapa turut diingatkan agar sentiasa memberi kerjasama dengan tidak menghantar anak ke pusat jagaan sekiranya mengalami gejala seperti HFMD, cirit-birit, demam atau simptom penyakit berjangkit lain.

Komitmen Berterusan USM

Unit Pengurusan Bencana USM menegaskan komitmen berterusan untuk bekerjasama rapat dengan semua jabatan berkaitan bagi memastikan sebarang risiko wabak dalam kampus dapat dikawal, dicegah dan ditangani secara menyeluruh demi kesejahteraan warga universiti.

Teks dan Gambar Disediakan oleh :
Muhammad Redzuan Bin Mohd Suhaidi

UPB USM Pantau Rapi Situasi HFMD di Pusat Asuhan, Langkah Pencegahan DipertingkatPulau Pinang — Unit Pengurusan Bencana ...
01/03/2026

UPB USM Pantau Rapi Situasi HFMD di Pusat Asuhan, Langkah Pencegahan Dipertingkat
Pulau Pinang — Unit Pengurusan Bencana (UPB) Universiti Sains Malaysia telah menjalankan tinjauan dan penelitian menyeluruh susulan rentetan kes serta laporan yang diterima daripada staf universiti berkaitan penularan penyakit Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD) di sebuah pusat asuhan dalam kampus.
Berdasarkan situasi semasa, sebanyak enam (6) kes HFMD telah dilaporkan pada minggu lalu. Semua laporan terperinci berkaitan kes berkenaan telah dikemukakan secara rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tujuan tindakan lanjut serta pemantauan berterusan.
Hasil penilaian awal mendapati trend jangkitan menunjukkan peningkatan mendadak selepas musim cuti sekolah, yang dipercayai berpunca daripada pergerakan kanak-kanak ke pelbagai lokasi awam serta interaksi rapat sesama mereka dalam tempoh tersebut.
Sehubungan itu, Unit Pengurusan Bencana USM memaklumkan bahawa pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa, selain beberapa tindakan awal telah diambil bagi mengekang penularan kes, termasuk penilaian risiko di lokasi terlibat, semakan pematuhan prosedur kesihatan serta kerjasama rapat dengan pihak pengurusan pusat asuhan.
UPB USM turut menegaskan komitmen berterusan pihaknya untuk sentiasa cakna terhadap isu melibatkan wabak, khususnya yang berpotensi memberi kesan kepada staf dan warga kampus, selaras dengan usaha pencegahan awal dan keselamatan komuniti universiti secara menyeluruh.

NerveUSM@Komuniti: Perkongsian Ilmu Keselamatan Bersama NelayanKUALA MUDA – Program NerveUSM@Komuniti telah dilaksanakan...
14/02/2026

NerveUSM@Komuniti: Perkongsian Ilmu Keselamatan Bersama Nelayan

KUALA MUDA – Program NerveUSM@Komuniti telah dilaksanakan bersama komuniti nelayan melibatkan seramai 30 orang peserta dari Kuala Muda dan Teluk Air Tawar menerusi Kursus Pertolongan Cemas dan Pengurusan Kecemasan Air.
Program ini dianjurkan hasil jemputan komuniti nelayan kepada Unit Pengurusan Bencana USM bagi berkongsi pengetahuan dan kemahiran berkaitan kecemasan air, pertolongan cemas serta pengurusan haiwan berbisa—antara kursus teras yang sebelum ini dilaksanakan kepada warga USM.
Turut hadir sebagai tenaga pengajar jemputan ialah Kapten Redzuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, yang juga berpengalaman menjalankan latihan kecemasan kepada warga USM. Program ini diharap dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan komuniti nelayan ketika berhadapan situasi kecemasan di perairan.

27/01/2026

Met Malaysia Melaporkan Cuaca Panas dan Kering Berlanjutan Sehingga 31 Jan

🐍 KURSUS PENGURUSAN HAIWAN BERBISA @ USM 🐍19 Disember 2025Disangka tali rupa-rupanya sawa…Disangka mainan, rupanya berbi...
19/12/2025

🐍 KURSUS PENGURUSAN HAIWAN BERBISA @ USM 🐍

19 Disember 2025

Disangka tali rupa-rupanya sawa…
Disangka mainan, rupanya berbisa! 😅

Tahukah anda?
Semua haiwan reptilia yang dipamerkan dalam Kursus Pengurusan Haiwan Berbisa ini BUKAN replika, BUKAN patung, dan BUKAN pinjam zoo — tetapi tangkapan sebenar dalam kawasan kampus USM sepanjang bulan Disember sahaja! 😱

Lebih 5 ekor ular sawa, tidak termasuk ular tedung serta spesies berbisa lain, berjaya ditangani dan dijadikan bahan pembelajaran secara langsung kepada peserta.

Walaupun kehadiran pelajar dan staf kurang memberangsangkan, peserta yang hadir nyata bertuah kerana didedahkan dengan:
✅ Kaedah mengenal pasti kawasan berisiko
✅ Teknik mengelakkan zon bahaya
✅ Pengenalan spesies reptilia berbisa
✅ Pengalaman melihat dan memegang reptilia sebenar

Kursus ini telah berlangsung pada 19 Disember 2025 bertempat di Dewan Banquet, USM,
anjuran Unit Pengurusan Bencana, BJIM sebagai langkah kesiapsiagaan dan kesedaran keselamatan dalam kampus.

📢 Ingat!
Ular tak kenal jawatan, tak kenal Pusat Pengajian …
Kalau terserempak, ilmu inilah yang menyelamatkan diri

Jangan tunggu nampak ular baru nak belajar.
Ilmu pengurusan haiwan berbisa boleh bezakan panik atau selamat!

Media UPBUSM

https://forms.office.com/r/3YrX39kbXm *PENYERTAAN LATIHAN PENGURUSAN HAIWAN BERBISA SIRI 3*Unit Pengurusan Bencana, Baha...
12/12/2025

https://forms.office.com/r/3YrX39kbXm

*PENYERTAAN LATIHAN PENGURUSAN HAIWAN BERBISA SIRI 3*

Unit Pengurusan Bencana, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Latihan Pengurusan Haiwan Berbisa Siri 3/2025, bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan, keselamatan serta keupayaan staf dan pelajar dalam menghadapi insiden melibatkan haiwan berbisa di kampus.

Sehubungan itu, kepada yang berminat boleh daftar segera. Tempat terhad!!!

Dihadirkan haiwan tangkapan dalam kampus untuk para peserta.

Address

Kampus Induk Universiti Sains
Kampong Sungai Gelugor
11800

Telephone

+6046532267

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Bencana USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengurusan Bencana USM:

Share