Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut Pustakawan Kanan : Dr Hazura
Pembantu Pustakawan Kanan : En. Ameen, En. Baharin & Cik Dila
Pembantu Pustakawan : En. Baihaqi & En. Farhan

Menyediakan perkhidmatan Perpustakaan :

Sirkulasi, Katalog, dan perkhidmatan bahan maklumat.

Sorotan sepanjang Program 3-Minute Thesis di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut.Ilmu • Inovasi • InspirasiPerpu...
24/06/2026

Sorotan sepanjang Program 3-Minute Thesis di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut.

Ilmu • Inovasi • Inspirasi
Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, bersama membina budaya ilmu.
“Uncover Wisdom at PWB"

24/06/2026

Program 3-Minute Thesis telah selesai dilaksanakan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut.
Terima kasih kepada semua peserta, urus setia, juri dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Ilmu • Inovasi • Inspirasi
Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, bersama membina budaya ilmu.
“Uncover Wisdom at PWB"

Assalamualaikum semua...Esok 24 Jun 2026 (Rabu).. datang ramai-ramai menyaksikan ye...
23/06/2026

Assalamualaikum semua...
Esok 24 Jun 2026 (Rabu).. datang ramai-ramai menyaksikan ye...

16/06/2026

📚✨ Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), UniSZA Kampus Besut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Noor Komando atas sumbangan dua buah buku berjudul:

📖 Pakmal: Latihan di Bumi Asing Zindabad
📖 Telanok: Kisah Benar

Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkayakan koleksi perpustakaan serta memberi peluang kepada warga UniSZA dan para pembaca untuk menimba ilmu, pengalaman dan inspirasi melalui karya yang dihasilkan.

Semoga jasa dan keprihatinan tuan dalam menyokong budaya ilmu dan pembacaan akan terus diberkati serta menjadi manfaat kepada masyarakat. 🌟

15/06/2026

🎥✨ RANGKUMAN HARI ARKIB PWB, UniSZA KAMPUS BESUT 2026

Dari memelihara warisan hingga meneroka inovasi, Hari Arkib PWB, UniSZA Kampus Besut 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna. 💙

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir serta peserta yang mengambil bahagian dalam Kuiz Hari Arkib. Sambutan dan sokongan yang diberikan amat kami hargai. 🙌✨

Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan arkib dalam memelihara sejarah, maklumat dan warisan untuk generasi akan datang.

📖 Arkib Dijaga, Maklumat Terpelihara, Masa Depan Terjamin.

Jumpa lagi di program-program PWB, UniSZA Kampus Besut yang akan datang! 🌟

PAMERAN HARI ARKIB PWB KAMPUS BESUT MELABUHKAN TIRAIAlhamdulillah, Pameran Hari Arkib PWB Kampus Besut 2026 telah berlan...
10/06/2026

PAMERAN HARI ARKIB PWB KAMPUS BESUT MELABUHKAN TIRAI

Alhamdulillah, Pameran Hari Arkib PWB Kampus Besut 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk hadir, melihat dan menghayati pameran bertemakan "Evolusi Teknologi: Dari Masa Lalu, Memacu Masa Depan". 🌍💻

Pameran ini bukan sahaja membuka ruang untuk mengenali sejarah dan perkembangan teknologi, malah mengingatkan kita akan pentingnya arkib sebagai khazanah ilmu yang memelihara memori dan warisan untuk generasi akan datang. 📖✨

Semoga perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menambah kesedaran tentang peranan arkib dalam mendokumentasikan perjalanan masa lalu demi membina masa depan yang lebih gemilang.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan anda. Jumpa lagi dalam program dan pameran yang akan datang! ❤️

Gambar lain klik disini - https://photos.app.goo.gl/GmWpjUK5uPb8kKuP8

09/06/2026

Address

Jerteh
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6096993311

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut:

Share