22/04/2025
Sorotan Kem Kepimpinan Siswa Kolej FELCRA 2025: “Kepimpinan Bertauladan Pemacu Aspirasi Siswa Global”
24-26 Januari 2025 - Seramai 25 orang siswa/siswi yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024/ 2025 dan wakil-wakil Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan menyertai kem ini yang telah berlangsung dengan jayanya di Kolej FELCRA dan Kem Rekreasi Intan Suraya Sg. Siput.
Objektif kem ini membentuk potensi diri siswa menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, berdaya saing dan berwawasan dalam mengatur dan menggerakkan organisasi. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu manghasilkan graduan berpengetahuan dan kompeten dalam pengajian serta berkemampuan untuk aplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian.
Modul Kepimpinan ini digunakan untuk mengasah potensi kepimpinan siswa/siswi melalui pelbagai aktiviti interaktif, latihan kemahiran praktikal, dan bimbingan dari para mentor yang berpengalaman. Sekaligus memberi gambaran secara langsung dalam menghadapi cabaran sebagai seorang pemimpin untuk menghadapi situasi dunia sebenar.
Semoga para pemimpin siswa/siswi Kolej FELCRA lebih bersemangat dalam menggalas tanggungjawab kepada Kolej
FELCRA.