22/10/2023
[STUFF IIUM]
[STUFF's BLOG]
KEM BINA SEMANGAT SMK TELOK GADONG
Assalamualaikum wbt STUFFians!
Pada 22 hingga 23 September 2023, kami telah dijemput oleh pihak Sekolah Menegah Kebangsaan Telok Gadong untuk mengadakan Program Kem Bina Semangat. Program ini berlansung selama 2 hari dan melibatkan sebanyak 63 orang pelajar dari SMK Telok Gadong. Program ini dianjurkan oleh ahli-ahli Biro Energizer Module(EM) iaitu sebanyak 20 orang mahasiswa kelab STUFF IIUM. Program yang telah diadakan ini bertemakan Kepimpinan dan Sahsiah murid. Murid- murid yang terlibat adalah Pengawas sekolah sahaja. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang amanah-amanah yang diberikan sebagai seorang pengawas sekolah. Murid-murid diagihkan kepada 8 kump**an dan setiap kump**an dibantu oleh 2 orang fasilitator.
Pada hari pertama, program dimulakan pada pukul 3 petang. Modul pertama adalah bertemakan ice breaking dimana game ini murid-murid haruslah bergerak secara rawak kemudian apabila facilitator arah untuk berhenti, mereka perlu mencari mereka perlu mencari pelajar dengan ciri-ciri yang disebut oleh fasilitator. Module ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah di antara mereka. Kemudian baru lah bermulanya Latihan Dalam Kump**an (LDK) yang pertama iaitu Jaga Hari Ratumu dimana game ini pelajar haruslah membawa bola pingpong di atas cawan yang diterbalikkan dengan hanya menggunakan tali dan getah sahaja dan juga dihalang oleh halangan2 seperti meja dan kerusi.
Kemudian program diteruskan dengan LDK 2 iaitu Explorace. Dalam explorace kali ini, terdapat 4 checkpoint, checkpoint yang pertama ialah Lukis Guna Minda, di mana game ini pelajar harus melukis gambar menggunakan topi yang telah dilekatkan marker pen. Kemudian pelajar-pelajar lain harus meneka lukisan itu. Checkpoint kedua ialah Gol!!!dimana game ini pelajar harus menendang bola ke dalam gol sambil mengepit belon di celah kaki mereka. Checkpoint ketiga ialah Teka-teki pening, di mana game ini pelajar harus meneka teka-teki untuk mengasah critical thinking mereka. Checkpoint yang terakhir ialah Cari Perbezaan, dimana game ini pelajar perlu mencari perbezaan di antara dua gambar dua gambar ini diberikan kepada dua kump**an yang berbeza. Mereka tidak boleh menunjuk gambar masing-masing kepada kump**an lawan. Mereka harus mencari perbezaan gambar dengan hanya berkomunikasi di antara mereka.Setelah selesainya LDK 2. Pelajar dibenarkan untuk bergerak ke surau untuk solat dan pengurusan diri.
LDK 3 p**a diteruskan pada malam tersebut. LDK 3 dinamakan sebagai "SHHH DENGAR BAIK BAIK". Dalam game ini, pelajar harus melukis ciri-ciri yang diberitahu oleh fasilitator kemudian mereka harus meneka apakah barang itu. Setelah itu selesai sudah program untuk hari pertama. Pelajar- pelajar divenarkan untuk p**ang ke rumah.
Pada keesokan pagi, hari dimulakan dengan energizer dan sarapan pagi. Kemudian, program diteruskan dengan Sharing Session tentang "Kepimpinan, Tanggungjawab dan Ciri-ciri Pemimpin Sekolah". Sharing session ini disampaikan oleh Program Manager iaitu Br. Amer Syadi. Setelah itu, LDK 4 dijalankan iaitu Sesi Membuka Hati Dan Minda. Pada sesi ini, pelajar sama2 berbincang dengan para fasilitator tentang masalah-masalah dan halangan yang mereka hadapi sepanjang menjadi pengawas sekolah. Mereka juga berbincang cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dengan bantuan para fasilitator. LDK yang terakhir ialah 3,2,1 Action! Setiap kump**an diberikan situasi masalah dalam sekolah. Kemudian pelajar haruslah melakonkan situasi itu dengan menunjukkan cara-cara seorang pengawas menyelesaikan masalah dalam situasi yang diberikan.
Program ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK TELOK GADONG.
Dari program ini, kami bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk menjadi pengawas yang lebih berdisiplin dan tegas, malah kami juga dapat melatih diri kami untuk menjadi fasilitator yang lebih baik.
Saya, Amer Syadi bin Jumat Hamidi, Program Manager untuk Kem Bina Semangat SMK Telok Gadong amat berterima kasih kepada pihak STUFF kerana memberikan saya peluang untuk mengetuai program ini. Tidak lupa juga kepada pihak SMK Telok Gadong kerana telah menjemput kami untuk megadakan program ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih juga kepada komiti-komiti saya iaitu Zaim, Sharil, Hazym, Irfan, Fadhil, Haziq, Basyir, Aiman, Farha, Aineen, Aisar, Farid, Yusuf, Nia, Sabrina, Farah, Ahmad, Ima dan Arina kerana mereka sanggup mengorbankan cuti mereka untuk menjayakan program ini.
Yang Benar,
AMER SYADI BIN JUMAT HAMIDI,
PENGURUS PROGRAM,
KEM BINA SEMANGAT SMK TELOK GADONG.