29/07/2026
Kunjungan Hormat & Perbincangan Strategik Jabatan Tanam Semula FELDA bersama Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli).
Pada 29 Julai 2026, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli) telah menerima kunjungan delegasi Jabatan Tanam Semula (JTS) FELDA bagi membincangkan isu Konflik Antara Manusia dan Gajah (Human-Elephant Conflict, HEC) serta cadangan pembangunan Bank Makanan Gajah (Elephant Food Bank) sebagai pendekatan mengurangkan konflik manusia dan gajah di kawasan rancangan FELDA.
Delegasi FELDA diketuai oleh En. Sani bin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Tanam Semula, bersama En. Mohd Akmal bin Mohd Yunos (Penolong Pengarah Kanan), Pn. Norshahira Azni binti Jamzili (Penolong Pengarah), En. Mohd Ardi bin Baharom (Pengarah Wilayah Gua Musang), En. Zulkaffli Hashim (Timbalan Pengarah Wilayah Gua Musang), Pn. Khairul Izzah binti Abu Hasan Ashari (Pegawai Pertanian Wilayah Gua Musang), serta Pengurus-Pengurus Rancangan FELDA iaitu En. Nor Aswadi Zakaria (Chiku 01), En. Mohd Nur Faiz bin Dasar (Chiku 02), En. Mat Nazri Mat Nayi (Chiku 03), En. Hishamuddin Mohammad Saud (Chiku 06), En. Shauki Abd. Nasir (Aring 01) dan En. Wan Azwady Wan Zin (Perasu).
Pihak Fakulti Sains Bumi p**a diwakili oleh Prof. Madya Dr. Zulhazman Hamzah (Dekan), Prof. Madya Dr. Kamarul Ariffin Hambali dan Gs. Dr. Amal Najihah Muhamad Nor.
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dekan Fakulti Sains Bumi yang memperkenalkan fakulti serta kepakaran penyelidikan dalam bidang geosains, alam sekitar dan pengurusan sumber semula jadi. Seterusnya, En. Sani bin Abd. Rahman telah memperkenalkan Jabatan Tanam Semula FELDA serta berkongsi pengalaman pelaksanaan projek Bank Makanan Gajah di Johor sebagai salah satu inisiatif mengurangkan konflik manusia dan gajah.
Prof. Madya Dr. Kamarul Ariffin Hambali kemudiannya membentangkan projek Koridor Gajah, yang memberi penekanan kepada kepentingan penyediaan laluan habitat yang lestari bagi memastikan kelangsungan pop**asi gajah di samping mengurangkan konflik dengan komuniti setempat.
Melalui perbincangan yang berlangsung, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan Projek Koridor Gajah di Negeri Kelantan, khususnya di kawasan-kawasan rancangan FELDA yang sering berhadapan dengan konflik manusia dan gajah. Kolaborasi ini juga mempunyai matlamat yang selari dengan kerjasama yang telah dijalinkan bersama PERHILITAN dan MPOGCF, sekali gus memperkukuh usaha konservasi gajah secara bersepadu melalui penyelidikan, perkongsian kepakaran dan pelaksanaan projek di lapangan.
Semoga jalinan kerjasama antara FELDA, Fakulti Sains Bumi UMK, PERHILITAN dan MPOGCF ini menjadi pemangkin kepada usaha pemuliharaan gajah yang lebih mampan demi keseimbangan ekosistem serta kesejahteraan komuniti setempat.