Environmental Sustainability Science, UMK

Directions Website

Environmental Sustainability Science, UMK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Environmental Sustainability Science, UMK, Community College, Kampung Jeli.

Halaman rasmi bagi program Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar), Universiti Malaysia Kelantan
An official page for Bachelor of Applied Science (Environmental Sustainability Science), University of Malaysia Kelantan

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ] 🌱🎓 FIRST STEP BONDING Y1✨ WELCOME TO THE SES FAMILY!Kelab Siner...
30/09/2026

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ] 🌱

🎓 FIRST STEP BONDING Y1

✨ WELCOME TO THE SES FAMILY!

Kelab Sinergi Lestari mengalu-alukan semua pelajar baharu SES ke UMK! 🌱

🤝 Jom berkenalan, beramah mesra dan luangkan masa bersama rakan-rakan SES dalam First Step Bonding Y1!

📅 3 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 8:30 a.m – 12:30 p.m
📍 Parkir FSB
🎽 Baju 3M

🍪 JANGAN RISAU, ADA MAKANAN RINGAN!
💧 Jangan lupa bawa air yang mencukupi!

✨ Datang dengan semangat, balik dengan kenangan! 💚

STAY POSITIVE, BE XTRAORDINARY 💚






BinaLegasiUMKBersama
NewStudents2026
WelcomeToSesFamily

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱👑 DAULAT TUANKUMERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHKelab ...
29/09/2026

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱

👑 DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Kelab Sinergi Lestari (SINLEST), Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli dengan penuh takzim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan Muhammad V
Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim

sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-57.

📅 29 September 2026
🕌 Bersamaan 17 Rabiulakhir 1448 Hijrah

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan serta terus memerintah Negeri Kelantan Darul Naim dengan penuh kedaulatan dan kebijaksanaan.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sembah Takzim Daripada
Kelab Sinergi Lestari (SINLEST)
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli





[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱📚 SELAMAT DATANG KE SEMESTER BAHARUKelab Sinergi Lestari ingin ...
27/09/2026

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱

📚 SELAMAT DATANG KE SEMESTER BAHARU

Kelab Sinergi Lestari ingin mengucapkan selamat datang dan selamat kembali kepada seluruh warga UMK bagi Semester September 2026/2027.

Semoga semester baharu ini menjadi ruang untuk kita terus menimba ilmu, membina pengalaman, memperkukuh ukhuwah serta mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Semoga setiap langkah yang diambil sepanjang semester ini dipermudahkan dan membuahkan hasil yang membanggakan.

“Stay Positive, Be Extraordinary.”

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Kelab Sinergi Lestari(SINLEST)
Universiti Malaysia Kelantan






BinaLegasiUMKBersama

26/09/2026

Fakulti Sains Bumi (FSB), UMK telah menyertai Jeli District Community-Based Disaster Risk Management Workshop pada 25–26 September 2026 di Dewan Seri Jeli, IPD Jeli. Program ini menghimpunkan komuniti dan pemegang taruh bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta pengurusan risiko bencana.

Seramai 6 ahli akademik FSB terlibat sebagai Subject Matter Expert bersama 7 pelajar FSB. Penglibatan ini mencerminkan komitmen FSB UMK dalam perkongsian ilmu dan pengukuhan komuniti yang berdaya tahan.

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱🐢 JANGAN GANGGU PENYU YANG SEDANG BERTELURKelab Sinergi Lestari...
25/09/2026

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ]🌱

🐢 JANGAN GANGGU PENYU YANG SEDANG BERTELUR

Kelab Sinergi Lestari (SINLEST), Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli ingin menyeru seluruh warga universiti dan masyarakat agar bersama-sama melindungi penyu yang sedang naik ke pantai untuk bertelur.

Ketika penyu bertelur, elakkan daripada:

🚫 Menyentuh atau mengganggu penyu
🔇 Membuat bunyi bising
📸 Menggunakan flash ketika mengambil gambar
🔦 Menggunakan cahaya terang

Gangguan boleh menyebabkan penyu berasa terancam dan mengganggu proses semula jadinya.

❗️JANGAN SENTUH.
❗️JANGAN GANGGU.
BIARKAN PENYU MENERUSKAN PERJALANAN SEMULA JADINYA.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam memelihara kelangsungan hidup penyu dan menjaga kelestarian ekosistem marin.

Terima kasih kerana bersama-sama melindungi lautan dan hidupan marin.

Sekian, terima kasih.
Kelab Sinergi Lestari (SINLEST)
Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli






BinaLegasiUMKBersama

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ] 🌱🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU!Kelab Sinergi Lestari mengucap...
20/09/2026

[ MEMO KELAB SINERGI LESTARI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 ] 🌱

🎓 SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU!

Kelab Sinergi Lestari mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada semua pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

✨ Ahad, 20 September 2026
merupakan permulaan kepada satu lagi perjalanan dan lembaran baharu dalam kehidupan anda sebagai mahasiswa.

Semoga perjalanan baharu ini dipenuhi dengan pengalaman bermakna, kenalan baharu, ilmu yang bermanfaat serta kejayaan yang membanggakan.

🌱 And just like that, your next chapter starts here!

Selamat menempuh alam universiti dan selamat datang ke keluarga Kelab Sinergi Lestari UMK!





[MEMO KELAB SINERGI LESTARI SESI 2025/2026]UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT DATANGAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.Tahniah da...
17/08/2026

[MEMO KELAB SINERGI LESTARI SESI 2025/2026]

UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan Selamat Datang diucapkan kepada mahasiswa/i yang berjaya terpilih menyertai Program Sains Kelestarian Alam Sekitar (SES) bagi sesi akademik 2026/2027.

Semoga perjalanan anda sebagai mahasiswa/i UMK dipenuhi dengan ilmu, pengalaman dan kejayaan.

Selamat Maju Jaya! 🌱💚

Ikhlas daripada kami,
Kelab Sinergi Lestari (SINLEST)
UMK Kampus Jeli




Peluang pendidikan adalah untuk semua. ❤️Jangan jadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk berhenti mengejar impian....
14/08/2026

Peluang pendidikan adalah untuk semua. ❤️

Jangan jadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk berhenti mengejar impian. Jika ada masalah, jangan pendam—datang dan kita cari jalan bersama.

Selamat datang ke Keluarga Besar UMK! 🎓💚

TAHNIAH BAKAL WARGA FSB UMK!Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sain...
14/08/2026

TAHNIAH BAKAL WARGA FSB UMK!

Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat tawaran ke Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Kelestarian Alam Sekitar) dengan Kepujian, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi Sesi Akademik 2026/2027!

Tawaran dah dapat, jangan lupa klik SETUJU! ✅

Kami menanti anda untuk menjadi sebahagian daripada keluarga FSB UMK.

Bersedia untuk meneroka ilmu dan pengalaman dalam bidang kelestarian alam sekitar bersama kami.

Jumpa anda di UMK Kampus Jeli! 🌿✨

Address

Kampung Jeli

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Environmental Sustainability Science, UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share