27/09/2026
PROGRAM AKTIVITI HIJAU: PENANAMAN KELAPA MATAG
TVET AGROAKUA COLLABORATION HUB (TCH) 2026
โSetia Berbakti, Bumi Lestari, Generasi Bestariโ
๐
Tarikh: 23 September 2026
๐ Lokasi: Sekitar Kolam Takungan Politeknik Jeli Kelantan
Dalam usaha memperkukuh budaya kelestarian kampus dan semangat kesukarelawanan, seramai 36 orang pelajar RELASIS 1 Politeknik Jeli Kelantan (PJK) telah menyertai Program Aktiviti Hijau: Penanaman Kelapa Matag bersempena dengan TVET AgroAkua Collaboration Hub (TCH) 2026.
Program ini diketuai oleh Penguasa RELA (PgR) Bersekutu Amir Afuan bin Nordin, selaku Timbalan Komander RELASIS (Operasi) PJK.
๐ด Sebanyak 50 pokok kelapa varieti Matag berjaya ditanam di sekitar kawasan kolam takungan PJK sebagai sebahagian daripada inisiatif penghijauan kampus dan pemanfaatan kawasan terbiar secara produktif.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi pendedahan secara praktikal kepada anggota RELASIS dalam bidang pertanian lestari, malah turut memupuk nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan, disiplin dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Melalui pendekatan TVET berasaskan pengalaman sebenar, program ini menjadi platform untuk mengintegrasikan elemen pertanian, kelestarian alam sekitar dan kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.
Semoga usaha kecil ini menjadi sumbangan bermakna kepada pembentukan kampus yang lebih hijau, produktif dan mampan untuk generasi akan datang.
Setia Berbakti, Bumi Lestari, Generasi Bestari. ๐