Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Taiping

Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Taiping Page ini memberikan info terkini tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (Akademik, Kerjaya, Pengurusan Emosi, Potensi Diri).

Mari bersama-sama membantu diri dan berkongsi maklumat dengan ketik butang like.TQ!

22/04/2026

"Budak ni memang degil sikit. Kalau tak jerkah, memang dia takkan dengar cakap."

Berapa kerap kita dengar ayat ni keluar dari mulut mak ayah atau pengasuh? Ramai yang rasa menengking, mencubit, atau memukul anak kecil ni sekadar cara pantas untuk mengajar disiplin.

Dari luar, badan budak tu nampak sihat. Paling teruk pun ada kesan lebam di betis. Tapi sedar tak apa yang sedang hancur kat dalam kepala dia?

Trauma awal kanak-kanak (Adverse Childhood Experiences) bukan sekadar buat anak tu menangis sejam dua. Ia sebenarnya mengubah BENTUK fizikal otak mereka seumur hidup.

Bila budak membesar dalam persekitaran yang penuh dengan jeritan, ugutan dan pukulan, badan dia akan sentiasa berada dalam mod 'survival'. Otak dia akan rembeskan hormon stres (kortisol) secara melampau setiap masa.

Apa jadi bila otak kecil yang tengah membesar ni asyik berendam dalam asid stres?

Pusat memori dan pembelajaran dalam otak (Hippocampus) akan terbantut dan mula mengecut. Manakala pusat ketakutan dan emosi (Amygdala) p**a jadi bengkak dan terlalu aktif.

Patutlah anak yang selalu kena tengking ni selalunya lambat tangkap bila diajar, susah nak fokus, dan bila besar sikit dia senang bertukar jadi budak yang panas baran atau terlampau penakut.

Rupa-rupanya otak dia dah di-"wiring" untuk sentiasa bersedia menerima ancaman. Dia bukan tak pandai, tapi otaknya rosak sebab selalu sangat ketakutan.

Luka kat lutut boleh sembuh dalam seminggu sapu ubat, tapi kerosakan litar otak sebab penderaan emosi dan fizikal ni akan dibawa sampai ke tua.

Tolonglah, membesarkan anak kecil ni bukan macam latih rekrut komando. Jangan hantar anak pada pengasuh yang kita tak selidik latar belakang kesihatan mentalnya. Dan kalau kita sendiri tengah stres melampau lepas balik kerja, jarakkan diri sekejap. Jangan jadikan budak kecil yang tak mampu melawan tu sebagai 'punching bag' lepaskan baran.

11/02/2026

JANGAN KETINGGALAN UNTUK HADIR KE KARNIVAL TEKNOLOGI DAN KREATIVITI JTM 2026

๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™– ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ



Follow Us at
Facebook | Instagram | Youtube | Tiktok : ADTEC JTM Kampus Taiping

26/12/2025
26/12/2025

Tanya Dulu, Baru Tahu

Otak kita ini licik, dia akan simpan rasa โ€˜nikmat palsuโ€™ tu dan mula rasa nak ulang lagi tapi tak pernah berhenti di situ. Dadah masuk dan merosakkan perlahan-lahan. Macam bekas kekasih awak yang toksik tu.

Dadah takkan minta izin untuk mengawal hidup. Ia datang, mengikat, dan merosakkan masa depan anda.

Min kongsi fakta Pil Kuda : Yaba 'tablet kecil & berwarna merah ni bukan ubat biasa. Ia adalah campuran bahan kimia berbahaya yang akan merentungkan sel otak korang sampai jadi kerosakan kekal. Jantung korang akan dipaksa bekerja beratus kali ganda lebih laju daripada biasa, yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung mengejut.

Jika ada soalan tentang dadah, atau perlu bantuan sebelum terlambat, cepat-cepat contact AADK.

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut



15/12/2025

PENDAFTARAN MUET SESI 1 TAHUN 2026

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM telah dibuka.Permohonan adalah secara atas talian bermula 15 Dis 2025 hingga 15 Fe...
15/12/2025

Pengambilan Perajurit Muda Udara TUDM telah dibuka.Permohonan adalah secara atas talian bermula 15 Dis 2025 hingga 15 Feb 2026.

14/12/2025

๐Ÿ“š TINGGALKAN KEPERCAYAAN โ€œLEARNING STYLESโ€ โ€” VISUAL, AUDITORI & KINESTATIK

โ“Siapa yang masih percaya dengan mitos ini?

Harap pihak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah-sekolah, kaunselor-kaunselor, PIBG, ibu bapa, dan mana-mana penganjur berhenti mengaplikasi serta berhenti menyokong program motivasi belajar yang berasaskan learning styles. Sudah terlalu lama saintis dan ahli psikologi menunjukkan bahawa pendekatan ini tidak efektif, malah boleh menjejaskan potensi sebenar pelajar. Jangan bazirkan amanah duit ibu bapa, duit sekolah, dan duit kementerian.

๐Ÿง  1. Learning styles ialah neuromyth

Idea bahawa pelajar mesti diajar ikut โ€œgayaโ€ (visual, auditori, kinestetik) tidak disokong bukti kukuh. Pengajaran mengikut gaya tidak meningkatkan prestasi akademik.

๐Ÿ“Š 2. Pop**ar, tetapi tidak saintifik

Walaupun ramai guru mempercayainya, kajian konsisten menunjukkan tiada kaitan stabil antara gaya pembelajaran dan keberkesanan belajar.

๐Ÿ” 3. Tidak konsisten antara guru & pelajar
Apa yang guru anggap sebagai โ€œgaya pelajarโ€ sering tidak sejajar dengan persepsi pelajar sendiri โ€” menjadikan konsep ini tidak boleh dijadikan asas pedagogi.

๐Ÿ“‰ 4. Kesan negatif kepada pelajar
Mitos ini menggalakkan fixed mindset: pelajar mengelak kemahiran tertentu kerana merasakan ia โ€œbukan gaya merekaโ€.

๐ŸŒˆ 5. Apakah alternatif saintifik?
Pembelajaran berkesan berlaku apabila pelajar menggunakan pelbagai modaliti, bukan dikurung dalam satu kategori tetap.

โœจ Poin penting tambahan: Neurodivergen perlukan adaptasi sebenar โ€” bukan โ€œlearning stylesโ€
๐Ÿ‘ฆ ADHD
๐Ÿงฉ Autisme spektrum
๐Ÿ”ก Disleksia
๐Ÿง  Discalculia

Pelajar neurodivergen memang perlu akomodasi khusus seperti struktur rutin, sokongan visual, teknik multisensori, waktu tambahan โ€” tetapi ini berdasarkan keperluan neuropsikologi, bukan โ€œgaya pembelajaranโ€.

Perspektif Islam:

Nabi Muhammad SAW menggunakan pelbagai teknik auditori (penyampaian lisan), visual (melukis di tanah atau guna perumpamaan visual) dan kinestatik (demonstrasi solat dan haji) kepada semua Sahabat RA dan mempermudahkan cara pengajaran kepada golongan yang berbeza tahap kognitif seperti golongan Badwi dan kanak-kanak.

๐Ÿ“Œ Kesimp**an
โžก๏ธ Learning styles = tidak berkesan, tidak saintifik.
โžก๏ธ Pembelajaran efektif = guna pelbagai modaliti.
โžก๏ธ Pelajar neurodivergen = perlukan adaptasi benar, bukan mitos.

๐Ÿ“Œ Punchline: "Pelajar berkembang bukan dengan mengehadkan diri kepada satu gaya, tetapi dengan menggunakan semua cara pembelajaran yang memperkukuh minda.โ€


11/12/2025

Tahun 2026 ni, jom kita set niat baru.
Kita masih perlu bekerja, masih ada bil, masih ada tanggungjawab.

Tapi kita tak mahu kerja jadi beban mental sampai setiap malam rasa sesak, setiap pagi rasa takut nak pergi pejabat. Kita mahu bekerja dengan lebih tenang, lebih seronok, dan lebih seimbang.

6 tips keseronokan bekerja untuk 2026

1. Tukar cara pandang tentang kerja
Setiap hari tanya diri
โ€œHari ini aku mudahkan hidup siapa?โ€
Bila anda nampak kerja sebagai cara membantu orang, bukan sekadar ikut arahan, tugasan yang sama pun rasa lebih hidup.

2. Letak sempadan yang sihat
Bukannya tak komited, tapi anda juga manusia.
Belajar hadkan kerja dibawa balik ke rumah, hormati waktu rehat, dan berani bincang beban tugas dengan cara baik.

3. Raikan kemenangan kecil
Siapkan laporan on time, berjaya urus pelanggan yang rumit, selesai audit tanpa teguran besar.
Semua ini adalah kemenangan kecil.
Tulis dalam buku nota atau jurnal pendek. Bila down, buka balik dan baca apa yang anda sudah capai.


4. Cari geng yang baik di tempat kerja
Seorang pun sudah cukup.
Kawan yang boleh tegur dengan lembut, boleh ketawa sekali, dan boleh dengar luahan anda tanpa menghakimi.

Kadang-kadang kerja itu biasa, yang buat kita rasa kuat ialah manusia di sekeliling kita.

5. Upgrade diri, walaupun satu perkara
Pilih satu kemahiran untuk difokuskan sepanjang 2026.
Contohnya: komunikasi, pengurusan masa, Excel, public speaking, atau kemahiran teknikal dalam bidang anda.

Bila anda rasa diri semakin berkembang, rasa โ€œstuckโ€ di tempat kerja akan berkurang.

6. Ada rutin mula dan rutin habis kerja
Mula hari: tulis tiga tugasan paling penting.
Akhir hari: semak apa yang sudah dibuat, susun apa yang perlu disambung esok.
Otak rasa lebih teratur, hati kurang serabut, dan anda boleh โ€œtutupโ€ mode kerja dengan lebih tenang.

Kita tidak boleh elak semua stres di tempat kerja, tetapi kita boleh kurangkan bagaimana ia mencuri ketenangan hidup kita.

Pelan untuk 2026: kita masih bekerja kuat, tapi bukan sampai hati sendiri rosak. Kita jaga tugasan, pada masa yang sama kita jaga jiwa.

10/12/2025

Address

Kolej Vokasional Taiping
Kamunting
34600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:00

Telephone

+60167875417

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Taiping posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Taiping:

Share