Kolej Vokasional Kangar

Call Directions Website

Kolej Vokasional Kangar Facebook Rasmi Kolej Vokasional Kangar

Jadikan kami Kolej Vokasional Pilihan Anda! Ditadbir urus oleh Kolej Vokasional Kangar

TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ“Setinggi-tinggi tahniah kepada En. Redzuan bin Hashim atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Teknologi...
24/09/2026

TAHNIAH & SYABAS! πŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah kepada En. Redzuan bin Hashim atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan serta Ts. Mohd Mahfuz bin Md Nasir sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Profesionalisme, Kolej Vokasional Kangar.

Semoga terus cemerlang menerajui amanah dan memperkukuh kecemerlangan TVET Kolej Vokasional Kangar.

Tahniah atas pelantikan, selamat menjalankan amanah! πŸ‘πŸŽ“

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANGKolej Vokasional Kangar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Mohd Haswandi b...
23/09/2026

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG

Kolej Vokasional Kangar merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Mohd Haswandi bin Hashim, Pensyarah Teknologi Elektrik, atas pencapaian membanggakan dalam Seminar Karya 2026 – Persidangan Kebangsaan Kajian Tindakan dan Karya Akademik.

Beliau telah menerima Anugerah Emas serta meraih Tempat Kedua, Anugerah Kertas Penyelidikan Terbaik, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi terhadap budaya penyelidikan, penghasilan karya akademik berkualiti dan pengembangan inovasi dalam pendidikan TVET.

Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap hasil penyelidikan, malah menjadi manifestasi kesungguhan warga pendidik dalam memperkukuh amalan akademik dan penyelidikan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan vokasional.

Tahniah dan syabas, Ts. Mohd Haswandi bin Hashim.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, menyelidik dan menyumbang kepada pemerkasaan TVET di peringkat yang lebih tinggi.

Kolej Vokasional Kangar
Memperkasa TVET melalui ilmu, inovasi dan kecemerlangan.

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! πŸŽ‰Sekalung tahniah diucapkan kepada tiga orang pensyarah Kolej Vokasional Kangar ata...
22/09/2026

πŸ† TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! πŸŽ‰

Sekalung tahniah diucapkan kepada tiga orang pensyarah Kolej Vokasional Kangar atas kejayaan meraih Tempat Ketiga (Pingat Gangsa), Kategori Vokasional – Kajian Tindakan dalam Pertandingan Penulisan Kertas Kajian Berkaitan PdPC/Projek Inovasi TVET Peringkat Zon Kedah Perlis.

πŸ‘©β€πŸ« Peserta:

1. Puan Suzila binti Othman
2. Dr. Isnormaniza binti Ithnain
3. Puan Yussyahira binti Abu Bakar

Pencapaian ini membuktikan komitmen dan kesungguhan warga pendidik KV Kangar dalam memperkasa kajian tindakan, inovasi PdPC serta amalan terbaik pendidikan TVET.

Tahniah dan syabas atas kejayaan yang membanggakan! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus menghasilkan kajian dan inovasi yang memberi impak kepada pendidikan TVET. 🌟

Karya Berilmu, Inspirasi Baharu.
Inovasi β€’ Idea β€’ Amalan β€’ Impak









🌷 Selamat Datang ke Kolej Vokasional KangarSetinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada P...
22/09/2026

🌷 Selamat Datang ke Kolej Vokasional Kangar

Setinggi-tinggi ucapan selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Puan Noorbizura Binti Baharom atas perpindahan dan penempatan sebagai Ketua Pembantu Tadbir di Kolej Vokasional Kangar.

Semoga kehadiran puan membawa pengalaman, semangat dan sinergi baharu dalam memperkukuh kecemerlangan warga kolej.

Selamat datang ke keluarga besar KV Kangar! 🌷

Ikhlas daripada seluruh warga Kolej Vokasional Kangar.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KOLEJ KOMUNITI ARAU KE KOLEJ VOKASIONAL KANGARJumaat,18 September 2026Kolej Vokasional Kangar ber...
19/09/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT KOLEJ KOMUNITI ARAU KE KOLEJ VOKASIONAL KANGAR
Jumaat,18 September 2026

Kolej Vokasional Kangar berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Kolej Komuniti Arau sebagai usaha memperkukuh jalinan silaturrahim dan kerjasama strategik antara institusi TVET.

Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan kedua-dua institusi. Encik Zazlan bin Darus, Pengarah Kolej Vokasional Kangar turut hadir bersama Pengarah Kolej Komuniti Arau, Haji Rosnizam bin Kamis. Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta meneroka peluang kolaborasi dalam memperkasakan agenda TVET.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Arau atas kunjungan dan kesudian menjalinkan kerjasama bersama.

Bersama Memperkukuh Jalinan, Memacu Kecemerlangan TVET.

RAKAN STRATEGIKSabtu,19 September 2026Kolej Vokasional Kangar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah ...
19/09/2026

RAKAN STRATEGIK
Sabtu,19 September 2026

Kolej Vokasional Kangar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada The Bridge Business Alliance Sdn. Bhd. atas penganjuran Pertandingan Bowling yang telah berlangsung di Kangar Lite Bowl.

Program ini berjaya menghimpunkan warga industri dan pendidikan dalam suasana santai namun bermakna, sekali gus mengukuhkan silaturrahim serta memperkasakan kerjasama strategik ke arah memajukan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Zazlan bin Darus, Pengarah Kolej Vokasional Kangar, dan Puan Nor Zihan binti Saad, CEO The Bridge Business Alliance Sdn. Bhd., sebagai tanda komitmen bersama dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri.

Tahniah dan syabas kepada The Bridge Business Alliance Sdn. Bhd. atas kejayaan menganjurkan program yang penuh bermakna ini.



πŸ“š PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 & 3 | DIPLOMA KV KANGARWarga Kolej Vokasional Kangar merakamkan ucapan selamat menduduki Pe...
17/09/2026

πŸ“š PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 & 3 | DIPLOMA KV KANGAR

Warga Kolej Vokasional Kangar merakamkan ucapan selamat menduduki Penilaian Akhir Semester 1 dan 3 kepada semua calon yang terlibat.

Semoga para pelajar dapat menghadapi setiap kertas penilaian dengan tenang, yakin dan penuh persediaan, serta memberikan komitmen terbaik sepanjang tempoh peperiksaan.

πŸ”Ή Hadir lebih awal dan patuhi arahan peperiksaan.
πŸ”Ή Pastikan kad pengenalan dibawa bersama.
πŸ”Ή Patuhi segala peraturan dan etika sepanjang peperiksaan.
πŸ”Ή Berikan tumpuan sepenuhnya dan jawab dengan sebaik mungkin.

Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan hari ini merupakan sebahagian daripada perjalanan menuju kecemerlangan akademik dan profesional.

✨ Selamat menduduki peperiksaan dan semoga dipermudahkan segala urusan serta memperoleh keputusan yang membanggakan.

β€œBerilmu, Berkemahiran, Berintegriti.”








16/09/2026
πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS WARGA KOLEJ VOKASIONAL KANGAR! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Kolej Vokasio...
16/09/2026

πŸ† TAHNIAH DAN SYABAS WARGA KOLEJ VOKASIONAL KANGAR! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Kolej Vokasional Kangar atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan KV Skills Kebangsaan 2026 serta kejayaan mewakili Zon Kedah–Perlis di peringkat kebangsaan.

Antara pencapaian yang diraih:

✨ Johan – Refrigeration and Air Conditioning
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Muhammad Amirun Syakir bin Mahmad Zulkefli

πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Fashion Technology
πŸ‘©β€πŸŽ“ Noor Marsya Elusa binti Abdul Aziz

πŸ’™ Peserta – Beauty Therapy
πŸ‘©β€πŸŽ“ Nur Aleesya binti Ahmad Powab

πŸ’™ Peserta – Mechanical CAD
πŸ‘©β€πŸŽ“ Nur Alina binti Mohd Nazimudin

πŸ’™ Peserta – Electrical Installation
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Muhammad Ammar Rizky bin Razuwan

πŸ’™ Peserta – Wall and Floor Tiling
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Muhammad Raif Zarif bin Mohd Nordin

πŸ’™ Peserta – CNC Milling
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Muhammad Iskandar bin Mohd Hashim

Pencapaian ini mencerminkan kompetensi, ketekunan, disiplin dan komitmen tinggi para peserta dalam menguasai kemahiran teknikal serta profesional yang menjadi teras pendidikan dan latihan TVET.

Sekalung penghargaan turut dirakamkan kepada barisan pensyarah, jurulatih, pembimbing, pengurusan serta seluruh warga Kolej Vokasional Kangar yang sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang persiapan pertandingan.

Teruskan melangkah dengan keyakinan. Setiap pengalaman adalah proses membina kemahiran, karakter dan masa depan.

Anda Fighter! πŸ’™πŸ’›
Bakat β€’ Kemahiran β€’ Kejayaan β€’ Masa Depan










πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“… 16 September 2026Hari Malaysia menjadi ruang untuk kita menghayati erti perpaduan, keb...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“… 16 September 2026

Hari Malaysia menjadi ruang untuk kita menghayati erti perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada tanah air. 🀝

Semoga semangat ini terus subur dalam diri seluruh warga Kolej Vokasional Kangar, dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan bersedia menyumbang kepada kemajuan negara. πŸŽ“βš™οΈ

✨ Perpaduan Membina Negara, Kemahiran Memacu Masa Depan.

Ikhlas daripada,
YBrs. Tuan Zazlan Bin Darus
πŸ‘€ Pengarah
🏫 Kolej Vokasional Kangar

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia 2026.
Semoga Malaysia terus maju, harmoni dan sejahtera. β€οΈπŸ’™πŸ’›

Address

Jalan Sekolah Derma
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+6049760471

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kangar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share