02/12/2019
Pada 29 dan 30 November 2019, satu persidangan antarabangsa "The International Conference on Business & Management, Accounting, Engineering and Humanities (ICIBMAH) 2019" telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT), UniMAP dengan kerjasama Karabuk University, Turkey, Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sabang, Banda Aceh, Aceh, Indonesia dan AiBMA Management. Persidangan selama dua hari tersebut yang diadakan di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP, Kampus Pauh Putra telah berjaya menarik penyertaan seramai 110 peserta dari Malaysia, Turki, Indonesia, Nigeria, Yemen, Jordan dan Somalia. Majlis perasmian pembukaan persidangan telah disempurnakan oleh YBhg Prof Dr Harsh*ta Aini Haroon, Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat dan Pengurusan Kualiti). Ucaptama persidangan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr Md Aminul Islam.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Profesor Emeritus Dr. Kamarudin Hussin yang sudi meluangkan masa untuk turut bersama-sama berbincang berkenaan aktiviti kolaborasi masa hadapan PPIPT, UniMAP, Karabuk University (Turkey) dan Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Sabang, Banda Aceh, Indonesia.
Pemenang anugerah pertandingan persidangan yang diadakan:
1. Six minutes six slides competition: En. Khairul Anuar Rusli (Universiti Tunku Abdul Rahman).
2. Best Poster Presenter Award: Dr. Bibi Noraini. Mohd Yusuf (Universiti Malaysia Perlis).
Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis penutup persidangan ini.
Penganjuran persidangan antarabangsa ini juga turut mendapat liputan media di Karabuk University, Turkey seperti link do bawah:
https://kulliye.karabuk.edu.tr/kbu-ile-malezya-perlis-universitesi-ortak-konferans-duzenledi/
Pihak sekretariat juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung dengan penganjuran persidangan antarabangsa ini.