11/08/2026
📃BENGKEL & MESYUARAT JAWATANKUASA PORTFOLIO UNIVERSITI AWAM DAN KELAB PEMADAM 2026📃
📍 Pusat Marin, UPNM
📅 10 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 10.00 pagi – 4.00 petang
📍Pengerusi Mesyuarat : Y.Brs. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad - Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPNM
Bengkel dan Mesyuarat Jawatankuasa Portfolio Universiti Awam dan Kelab PEMADAM 2026 menghimpunkan para Penasihat Kelab PEMADAM Universiti Awam bagi memperkukuh jaringan kerjasama serta memperkasa peranan Kelab PEMADAM di institusi masing-masing.
UTM turut diwakili oleh Dr. Nik Rafidah binti Nik Yusoff, Pegawai Psikologi Kanan PPPK merangkap Penasihat Kelab PEMADAM UTM.
Antara fokus utama program adalah:
🔹 Merangka perancangan program PEMADAM di peringkat kebangsaan;
🔹 Memperkasa Kelab PEMADAM Universiti Awam; dan
🔹 Memperkukuh pelaksanaan Agenda PEMADAM Kebangsaan.
Semoga platform ini terus menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik dan pelaksanaan inisiatif yang lebih berimpak dalam usaha membina komuniti mahasiswa yang sihat, sejahtera dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
Bersama Memperkasa Agenda PEMADAM Kebangsaan