27/09/2026
PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KOKURIKULUM Smk Binjai Kemaman 2026
🗓 : 24 September 2026 (Khamis)
⏰ : 8.30 pagi - 2.30 petang
🏛 : Dewan Terbuka SMK Binjai
Petugas promosi:
Pn. Rozanazirah binti Che Yahaya
Pn. Farina Ayu binti Mahmud
Kolej Komuniti Kemaman (KKKMM) telah menyertai Pameran Pendidikan Kerjaya di SMK Binjai 2026 sebagai salah satu usaha mempromosi dan memperkenalkan KKKMM serta peluang pendidikan berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada para pelajar sekolah.
Melalui sesi promosi ini, para pelajar khususnya yang bakal menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi telah diberikan pendedahan mengenai program pengajian, laluan pendidikan serta peluang melanjutkan pengajian yang ditawarkan di KKKMM.
Diharapkan program ini dapat membantu para pelajar mendapatkan maklumat dan membuat pilihan yang tepat dalam menentukan hala tuju pendidikan serta kerjaya selepas tamat persekolahan.
Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Smk Binjai Kemaman yang sudi menjemput dan berkolaborasi dengan Kolej Komuniti Kemaman. Semoga kerjasama ini akan terus berkekalan demi masa depan para pelajar.
-------------------------------------------
Kolej Komuniti Kemaman menawarkan program (pengajian sepenuh masa):-
🖥 Sijil Teknologi Maklumat
Untuk info lanjut, jom whatsapp Pegawai pengambilan kami: -
📲http://www.wasap.my/60192699878
--------------------------------------
Follow kami di media sosial :
TikTok
https://www.tiktok.com/
Instagram
https://www.instagram.com/kkolejkomunitikemaman
Facebook
https://www.facebook.com/KolejKomunitiKemamanRasmi
YouTube: https://www.youtube.com/
dan laman web rasmi 🌐 https://kkkemaman.mypolycc.edu.my