Kolej Yayasan Islam Terengganu - Kyit

Kolej Yayasan Islam Terengganu - Kyit Laman rasmi pihak Pengurusan Kolej Yayasan Islam Terengganu - KYIT

Utk makluman
30/07/2026

Utk makluman

📚 Kepada pelajar yang meneruskan pengajian ke menara gading, kalian berpeluang untuk dapat Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK).

Min percaya, setiap anak Malaysia berhak mendapat peluang untuk mengejar cita-cita.

Melalui BAeK PTPTN, pelajar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih berpeluang menerima biasiswa bagi membantu menampung keperluan pengajian sepanjang tempoh belajar.

Kadang-kadang, bantuan yang nampak kecil di mata orang lain mampu menjadi harapan yang besar buat seseorang.

Kalau kalian kenal adik, anak, saudara atau rakan yang sedang melanjutkan pengajian, kongsikan info ini kepada mereka ya! Mungkin inilah peluang yang sedang mereka nantikan. 💙

Info lanjut:​
https://bit.ly/InfoLanjutBAeKPTPTN




Pukul 4.30 petang telah selesai audit penarafan SETARA secara online. Semua penilaian dapat dibuktikan dengan baik. Krit...
29/07/2026

Pukul 4.30 petang telah selesai audit penarafan SETARA secara online. Semua penilaian dapat dibuktikan dengan baik. Kriteria yang diaudiit meliputi umum, pengajaran & pembelajaran dan perkhidmtan & pendapatan. Walaubagaimana pun penambahbaikan juga perlu dibuat ke atas proses2 yang tertentu. Semua AJK SETARA memberi komitmen yang baik. Suasana audit memberi kekuatan team SETARA untuk bekerja secara berpasukan.

Audit penarafan SETARA merupakan sistem penilaian dan penarafan IPT. Penilaian ini sangat penting untuk menilai kualiti ...
29/07/2026

Audit penarafan SETARA merupakan sistem penilaian dan penarafan IPT. Penilaian ini sangat penting untuk menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semoga KYIT berupaya menyedia sistem kualiti yang baik deni membangun pendidikan tunggi negara.

Pertemuan Ketua Eksekutif Ts Dr Ahmad Nasser Mohd Rose dan Nor Bismillah Asy-Syakur Bin Nor Yami, Alumni Kohort ke 2 dal...
15/07/2026

Pertemuan Ketua Eksekutif Ts Dr Ahmad Nasser Mohd Rose dan Nor Bismillah Asy-Syakur Bin Nor Yami, Alumni Kohort ke 2 dalam bidang Diploma Pengajian Islam. Sekarang saudara Nor Bismillah Asy-Syakur berada di tahun akhir di Unisza, peringkat Ijazah muda bidang Usuluddin dengan Kaunseling. Bermula di KYIT, beliau sangat aktif dalam persatuan pelajar dengan menjawat jawatan Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa KYIT 2021/2022. Semasa di Unisza, beliau menjawat jawatan Yang Di Pertua Persatuan Mahsiswa Anak Terengganu Peringkat Kebangsaan 2024/2025, Ahli Parlimen Mahasiswa Unisza 2024/2025 dan beberapa lagi jawatan tertinggi di dalam persatuan persatuan lain. Kejayaan beliau dalam bidang akademik dan kepimpinan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk berusaha lebih gigih lagi.

Hari ini pelajar baharu telah diberi taklimat PTPTN oleh pegawaI PTPTN . Mereka diterangkan proses pinjaman dan cara pen...
14/07/2026

Hari ini pelajar baharu telah diberi taklimat PTPTN oleh pegawaI PTPTN . Mereka diterangkan proses pinjaman dan cara pengisian sistem yang perlu dibuat oleh setiap pelajar. Pinjaman PTPTN ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuhnya atau sebahagian yuran pengajian. Taklimat ini dianjur oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni.

Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 3 telah mengadakan Program Ceramah Pendidikan Keibubapaan yang bert...
13/07/2026

Pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Semester 3 telah mengadakan Program Ceramah Pendidikan Keibubapaan yang bertempat di Dewan Serbaguna. Program ini diadakan sebagai tugasan bagi kursus Penglibatan Keluarga Dan Komuniti Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECE 3103). Program ini telah berlangsung pada 13 Jun 2026 (Sabtu). Seramai 29 orang pelajar dan 36 orang peserta luar serta 26 orang kanak-kanak telah hadir ke program ini. Penceramah jemputan Encik Mohd Zulkifli bin Sulong telah berkongsi pelbagai panduan serta tips membentuk tingkah laku mengikut kacamata islam yang perlu diamalkan oleh ibu bapa. Secara keseluruhan program ini telah berjaya memberi panduan dan kaedah yang betul dalam pendidikan awal kanak kanak.

Pihak Maybank Kemaman telah hadir hari ini untuk memberi taklimat dan membantu pelajar baharu untuk buka akaun simpanan.
13/07/2026

Pihak Maybank Kemaman telah hadir hari ini untuk memberi taklimat dan membantu pelajar baharu untuk buka akaun simpanan.

Suasana hari pendaftaran pelajar baharu Sesi Julai 2026/2027. Dua program ditawarkan 1. Diploma in Early Childhood Educa...
07/07/2026

Suasana hari pendaftaran pelajar baharu Sesi Julai 2026/2027. Dua program ditawarkan
1. Diploma in Early Childhood Education
2. Diploma Pengajian Islam

Pendaftaran berjalan lancar dari proses pengesahan maklumat sehingga pendaftaran asrama. Tahniah kepada semua pelajar yang terpilih menyertai KYIT semoga permulaan destinasi di sini membawa kecemerlangan di masa hadapan. Gunalah peluang yang ada sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Selamat datang Pelajar Baharu Sesi Julai 2026/2027 ke KYIT.  Hari ini merupakan permulaan perjalanan yang sangat bermakn...
07/07/2026

Selamat datang Pelajar Baharu Sesi Julai 2026/2027 ke KYIT. Hari ini merupakan permulaan perjalanan yang sangat bermakna. Di sinilah anda sebagai pelajar akan menimba ilmu, membina sahsiah, mengembangkan potensi diri serta menjalin persahabatan yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

Sebagai pelajar, jadikanlah disiplin, amanah, integriti dan semangat menuntut ilmu sebagai pegangan. Hormatilah pensyarah, kakitangan dan rakan-rakan, serta manfaatkan setiap peluang yang disediakan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan kepimpinan. Gunalah peluang yang ada untuk mengasah bakat, kemahiran, ilmu dan kepimpinan ke arah yang lebih cemerlang.

Kepada para pensyarah dan warga KYIT, marilah kita bersama-sama membimbing serta memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar. Kejayaan mereka adalah kejayaan kita bersama.

Persiapan menyambut palajar baharu sesi Julai 2026. Gabungan MPM KYIT, pelajar INSPI serta staf KYIT & INSPI menjalani t...
06/07/2026

Persiapan menyambut palajar baharu sesi Julai 2026. Gabungan MPM KYIT, pelajar INSPI serta staf KYIT & INSPI menjalani tugas masing masing bergotong royong membersih ruangan bilik kuliah. Persekitaran yang bersih, kemas dan ceria mencerminkan imej institusi, malah menjadi tanda penghargaan dan sambutan terbaik buat pelajar baharu yang bakal memulakan perjalanan ilmu mereka di sini. Kerjasama di antara satu lain memberi kekuatan kepada KYIT untuk menuju ke hadapan demi memenuhi visi dan misi. 2 program yang ditawarkan
1. Diploma in Early Childhood Education
2. Diploma Pengajian Islam

Address

Kolej Yayasan Islam Terengganu/KYIT, Kampus Binjai, Jalan Air Putih
Kemaman
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098503560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Yayasan Islam Terengganu - Kyit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Yayasan Islam Terengganu - Kyit:

Shortcuts

Share