Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang

Directions

Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang Merupakan laman laporan aktiviti anak-anak istimewa dan juga penghubung kepada masyarakat yang ingin turut sama memantapkan pendidikan untuk anak istimewa.

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2026
08/09/2026

MAJLIS PENUTUP BULAN KEBANGSAAN 2026

🏆🥇 TAHNIAH ANAK-ANAK PPKI SK HASHIM AWANG! TEMPAT PERTAMA BATTLE BOAT STEMX🥇🏆Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak mu...
08/09/2026

🏆🥇 TAHNIAH ANAK-ANAK PPKI SK HASHIM AWANG! TEMPAT PERTAMA BATTLE BOAT STEMX🥇🏆

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak murid PPKI yang telah berjaya

🥇SULAIMAN
🥇MAWARDI

mengharumkan nama sekolah dengan meraih JOHAN 🥇 dalam STEAX Boat Challenge Peringkat Negeri! 🚤🏆

Satu pencapaian yang sangat membanggakan! 💙
Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak PPKI juga mampu bersaing, berkarya, mencipta dan mencapai kejayaan luar biasa apabila diberi peluang, bimbingan dan sokongan.

Tahniah buat semua anak murid yang terlibat, guru pembimbing serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sehingga kejayaan ini dapat dicapai. 👏🏻✨
Teruskan melakar kejayaan dan jangan pernah takut untuk bermimpi besar! 🌟

💙 PPKI Hebat!
💙 Anak-anak Istimewa, Pencapaian Luar Biasa!
🏆 STEMX Boat Challenge – JOHAN PERINGKAT NEGERI 🥇








Sambutan Hari Lahir Murid PPKI SK Hashim AwangBagi Murid Lahir Januari hingga Jun 2026🥳🥳Selamat Hari Lahir diucapkan kep...
30/06/2026

Sambutan Hari Lahir Murid PPKI SK Hashim Awang
Bagi Murid Lahir Januari hingga Jun 2026🥳🥳

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada semua murid PPKI SK Hashim Awang yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Januari hingga Jun.

Semoga hari istimewa ini membawa kegembiraan, kebahagiaan dan kenangan yang indah bersama rakan-rakan, guru-guru serta keluarga tersayang. Didoakan agar kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam pembelajaran, menjadi anak yang soleh dan solehah, serta terus membesar dengan penuh kasih sayang, keyakinan dan semangat.

Ingatlah bahawa setiap daripada kalian adalah insan yang istimewa, mempunyai kelebihan dan potensi yang tersendiri. Teruslah berusaha, belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan pernah berhenti mengejar impian.
Selamat Hari Lahir!

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kalian. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan sentiasa berjaya di dunia serta akhirat.

Ikhlas daripada:
Warga PPKI SK Hashim Awang

"Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang mencurahkan ilmu, membimbing, dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi...
17/05/2026

"Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang mencurahkan ilmu, membimbing, dan mendidik anak bangsa dengan penuh dedikasi. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai".

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Hari : Isnin
Tarikh : 18/5/2026

Latihan Sukaneka Tahap 1 & Tahap 2..
06/05/2026

Latihan Sukaneka Tahap 1 & Tahap 2..

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Akil Danial bin Jemirudini atas kejayaan meraih NAIB JOHAN serta NurSyarah Sofia ata...
30/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Akil Danial bin Jemirudini atas kejayaan meraih NAIB JOHAN serta NurSyarah Sofia atas penyertaan Anugerah NILAM PPKI peringkat Negeri Pulau Pinang.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sehingga kejayaan ini dapat dicapai…Syukur Alhamdulillah 🥰🤲🏻

Terima kasih atas doa semua..

“Majlis pada hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk kita terus menyokong dan menghargai individu AUTISME dala...
30/04/2026

“Majlis pada hari ini bukanlah penamat, tetapi permulaan untuk kita terus menyokong dan menghargai individu AUTISME dalam kehidupan seharian.”

Terima kasih pihak pentadbir, guru-guru, AKP dam semua murid yang terlibat memberi sokongan dan dorongan Program yang dijalankan Minggu ini..

Lokasi : Dewan Harmoni SK Hashim Awang
Sempena MINGGU AUTISME 2026

💙Minggu ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu usaha berterusan untuk membuka mata dan hati masyarakat bahawa individu ...
27/04/2026

💙Minggu ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu usaha berterusan untuk membuka mata dan hati masyarakat bahawa individu autisme memiliki keunikan, potensi, dan hak yang sama untuk dihargai.

💙Pelancaran Minggu Autisme SK Hashim Awang

Address

Jalan SEKOLAH
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Pendidikan Khas Intergrasi SK Hashim Awang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share