09/10/2026
๐ข BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM DINAIKKAN KEPADA RM2,000! ๐ฒ๐พ
Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan, berkuat kuasa mulai Jun 2027.
๐ฐ ANTARA INTIPATI UTAMA:
โ
Kenaikan RM300 sebulan daripada kadar gaji minimum semasa.
๐ท Lebih 4 juta pekerja dijangka menerima manfaat daripada pelaksanaan kenaikan ini.
๐ข Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta diberikan pengecualian bagi membolehkan penyesuaian perniagaan dilaksanakan.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan pekerja, meningkatkan pendapatan serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih inklusif.
Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI, langkah ini turut mendukung nilai Kesejahteraan dan Ihsan dalam membina ekosistem pekerjaan yang lebih adil dan mampan.
Pekerja Sejahtera, Ekonomi Negara Perkasa! ๐ฒ๐พ