SRITI Al Hawariyyun

SRITI Al Hawariyyun Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam SRITI Al-Hawariyyun dibawah DPPK. Memberi pendidikan peringka

INFAQ DANA PENDINGIN HAWA SRITI AL-HAWARIYYUNPihak SRITI Al-Hawariyyun sedang mengumpulkan dana bagi pembelian 5 unit pe...
19/08/2026

INFAQ DANA PENDINGIN HAWA SRITI AL-HAWARIYYUN

Pihak SRITI Al-Hawariyyun sedang mengumpulkan dana bagi pembelian 5 unit penghawa dingin baharu (2.5HP) untuk menggantikan unit-unit lama yang telah rosak dan tidak lagi boleh dibaiki.

Anggaran kos keseluruhan
RM 12,500

Lokasi pemasangan
- Bilik Guru Perempuan
- Kelas-kelas
- Bilik Perbekalan

Mengapa dana ini diperlukan?

Unit penghawa dingin sedia ada telah usang, mengalami kerosakan yang serius dan disahkan tidak ekonomik untuk dibaiki. Pembelian unit baharu amat diperlukan bagi memastikan suasana pembelajaran dan persekitaran kerja yang lebih selesa serta kondusif.

Infaq dan Sumbangan boleh dilakukan melalui:

BANK ISLAM
SRITI al-Hawariyyun (Pembangunan)
1201 0010 1110 58

Sebarang pertanyaan hubungi :
013 292 8055 (Syahirul)
018 387 0418 (Ikmal)

“Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya.”

Jika terdapat lebihan dana, akan dimasukkan ke dalam Akaun Pembangunan bagi tujuan pembangunan dan naik taraf SRITI

RAPTAI & LATIHAN HARI SUKAN Alhamdulillah, selesai sudah sesi latihan dan raptai untuk Hari Sukan Tahunan bagi tahun ini...
05/08/2026

RAPTAI & LATIHAN HARI SUKAN

Alhamdulillah, selesai sudah sesi latihan dan raptai untuk Hari Sukan Tahunan bagi tahun ini!

Dari keringat yang menitis di padang hingga ke sorakan semangat yang membakar jiwa semua warga sekolah,Semuanya kini sedia untuk Hari Kemuncak!

🟡 RUMAH KUNING - Harimau menyala, menerkam juara
🔴 RUMAH MERAH - Naga membara, menguasai takhta
🔵 RUMAH BIRU - Tsunami dan jerung, menenggelamkan persaingan
🟢 RUMAH HIJAU - Helang tinggi, menggoncang kejohanan

Rumah sukan mana yang bakal menjulang gelaran JUARA KESELURUHAN bagi tahun ini!

"Menuntut ilmu itu satu perjalanan, dan setiap langkah kecil hari ini adalah jawapan untuk kejayaan esok hari." Hari ini...
02/08/2026

"Menuntut ilmu itu satu perjalanan, dan setiap langkah kecil hari ini adalah jawapan untuk kejayaan esok hari."

Hari ini barisan anak-anak SRITI Al-Hawariyyun berkumpul menimba ilmu di Bengkel PSRA. Bukan sekadar mengulang suji, tapi menyemai azam dan keyakinan dalam diri.

Terima kasih kepada para mualim & mualimah, dan ibu bapa yang tak jemu menyokong perjalanan mereka. Moga Allah merahmati setiap usaha, mempermudahkan hafalan serta kefahaman anak-anak ini.

Berjuanglah dengan ilmu, melangkah dengan tawakal. 🎓✨

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN, PENGURUSAN DAN PEMBELIAN KOMPLEKS TARBIYYAH AL-HAWARIYYUNSumbangan yang dihulurkan akan digu...
02/08/2026

SUMBANGAN DANA PEMBANGUNAN, PENGURUSAN DAN PEMBELIAN KOMPLEKS TARBIYYAH AL-HAWARIYYUN

Sumbangan yang dihulurkan akan digunakan bagi menampung kos pengurusan, kerja-kerja renovasi, pembaikan, penambahbaikan fasiliti serta pembelian bangunan yang menempatkan SRITI Al-Hawariyyun dan PASTI Al-Hawariyyun, Pelabuhan Klang.

Kompleks Tarbiyyah Al-Hawariyyun ini dihasratkan menjadi sebuah pusat ilmu dan pembangunan ummah yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat melalui penganjuran:

* Kuliah dan pengajian ilmu secara berkala
* Program usrah dan tarbiyyah masyarakat
* Bengkel kemahiran dan pembangunan diri anak muda
* Program pendidikan dan pembinaan sahsiah generasi masa hadapan

Sumbangan boleh melalui QR code atau link di bawah👇🏻

https://app.herepay.org/sriti-al-hawariyyun/infaqdanabangunan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
- Syahirul 013 292 8055
- Fauzan 018 230 6806
- Ikmal 018 387 0418

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham akhirat yang berpanjangan serta menyumbang kepada lahirnya generasi rabbani yang berilmu, beramal dan berbakti kepada agama, masyarakat dan negara.

📚✨ DOAKAN ANAK-ANAK SRITI AL-HAWARIYYUN ✨📚Bermula 27 Julai sehingga 31 Julai 2026, soleh solehah SRITI Al-Hawariyyun aka...
27/07/2026

📚✨ DOAKAN ANAK-ANAK SRITI AL-HAWARIYYUN ✨📚

Bermula 27 Julai sehingga 31 Julai 2026, soleh solehah SRITI Al-Hawariyyun akan menduduki peperiksaan percubaan PSRA 1.

Di sebalik kertas peperiksaan itu...
ada usaha, ulangkaji, doa dan harapan yang mereka bawa bersama.
Mungkin ada yang gugup, mungkin ada yang berdebar, namun kami yakin setiap anak ini telah berusaha sebaiknya.

Sebagai muallim muallimah dan ibu bapa, kita hanya mampu:
🤲 Mendoakan ketenangan mereka
🤲 Memohon Allah beri kefahaman
🤲 Agar ilmu yang dipelajari diberkati

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga."
(HR Muslim)

🌱 Semoga soleh solehah SRITI Al-Hawariyyun membesar menjadi generasi Rabbani Murabbi yang berilmu, berakhlak dan bermanfaat untuk ummah.

💚 Mari sama-sama kita doakan mereka.
Tinggalkan doa dan kata semangat anda di ruangan komen untuk soleh solehah SRITI Al-Hawariyyun.



20/07/2026

📢 JOM DAFTAR SRITI AL-HAWARIYYUN 📢

PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 SRITI AL-HAWARIYYUN SESI 2027 KINI DIBUKA

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) adalah pusat pendidikan yang menawarkan :

1️⃣ Pendidikan di peringkat rendah yang berteraskan Agama Islam.

2️⃣ Pendidikan bersepadu yang menggabungkan 4 Kurikulum UTAMA :

✅ Halaqah & Tahfiz [Bacaan Nurul Quran/Al-Quran & Hafalan Bertahap]
✅ Akademik [Pendidikan berteraskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah - KSSR]
✅ Diniyah - KAFA [Pendidikan berteraskan kurikulum JAIS & JAKIM]
✅ KAFFAH [Kurikulum Fardu Ain & Fardu Kifayah yang berteraskan Al-Quran & As-Sunnah]

Kelebihan SRITI :

🔖 Menggabungkan elemen pendidikan arus perdana, agama & tahfiz.
🔖 Aktiviti pembelajaran bersifat Integrasi bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
🔖 Bilik darjah yang dilengkapi penyaman udara.
🔖 Amali solat : Rutin solat harian termasuk solat Dhuha, Zuhur & Asar secara berjemaah
🔖 Qailulah : Tidur sejenak sebelum Zuhur sebagai amalan sunnah untuk kesegaran tubuh badan.

******************

CARA UNTUK MENDAFTAR

📌 Syarat-syarat utama adalah:
1. Berumur 7 tahun pada 2027
2. Beragama Islam
3. Lulus ujian kemasukan (temuduga)

🔖 Sesi temuduga semua permohonan akan dijalankan pada Bulan September 2026 di SRITI Al-Hawariyyun.

Klik link dibawah untuk pendaftaran pelajar👇🏻:

https://forms.gle/m7ArTTJkkgcLtZ5X8

📞 Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian 013-5230132 (Pembantu Tadbir)
https://wa.me/60135230132

‼️Tempat adalah TERHAD‼️

DISKUSI DAY ❤️Alhamdulillah, selesai Hari Diskusi.Terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas komitmen dan kerjasama ...
17/07/2026

DISKUSI DAY ❤️

Alhamdulillah, selesai Hari Diskusi.
Terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang sesi berlangsung. Semoga setiap perancangan yang telah dibincangkan menjadi panduan dalam memperkukuh kualiti pengurusan dan akademik sekolah. Bersama kita melangkah ke arah kecemerlangan. 🌹📖

[BUKAN TENTANG TROFI, TAPI TENTANG USAHA : PROGRAM KESUGA LABUH TIRAI]Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjat...
10/07/2026

[BUKAN TENTANG TROFI, TAPI TENTANG USAHA : PROGRAM KESUGA LABUH TIRAI]

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Program Kejohanan Sukan & Olahraga telah selamat berlabuh tirainya pada semalam, 9 Julai 2026.

Walaupun rezeki kemenangan tidak berpihak kepada kita dalam kejohanan kali ini, pihak pengurusan dan guru-guru ingin merakamkan rasa bangga atas semangat juang dan kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan oleh anak-anak. Kemenangan sebenar adalah apabila mereka berani melangkah, bangkit berjuang, dan memberikan sehabis baik di medan perlawanan.

Segala pengalaman dan pengajaran yang ditimba semalam adalah guru terbaik untuk kita bangkit dengan lebih yakin pada masa hadapan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada:

Guru Besar dan guru pengiring atas komitmen jitu, bimbingan tanpa jemu, dan sokongan moral kepada anak-anak dari awal hingga akhir.

Tidak lupa juga kepada Ibubapa atas kepercayaan, doa, serta sokongan padu yang tidak pernah putus buat kontinjen sekolah.

Insya-Allah, kalah menang adat pertandingan. Perjalanan kita masih jauh dan usaha tidak akan berhenti di sini. Syabas anak-anak!

Address

No 117 Lorong Berembang, Jalan Kem
Klang

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al Hawariyyun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to SRITI Al Hawariyyun:

Shortcuts

Share