27/11/2023
Majlis Perasmian Penutupan Karnival Syabab 4.0
27 November 2023 (Isnin)
Keningau - Majlis Perasmian Penutupan Karnival Syabab telah berlangsung pada hari jumaat lalu sempena sambutan Karnival Syabab yang telah diadakan pada 19 hingga 24 November 2023.
Karnival ini mempertandingkan sebanyak 21 pertandingan yang melibatkan mahasiswa dan kakitangan IPDAS. Penyampaian anugerah turut disampaikan semasa majlis ini antaranya, Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum, Anugerah Kecemerlangan Latihan Keusahawanan Muslim siri 3 dan pemenang pertandingan Karnival Syabab 4.0. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dan Kompang oleh para pemenang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Kecemerlangan Mahasiswa, Encik Abdul Aziz bin Mokhtar. Turut hadir Pendaftar IPDAS, Encik Datu Mohd Sallehin bin Moksan, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akademik, Puan Sitti Aisha binti Monib dan para pensyarah IPDAS.
/23