22/05/2026
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง๐๐ง & ๐๐ซ๐ญ๐ข๐๐ข๐๐ข๐๐ฅ ๐๐ง๐ญ๐๐ฅ๐ฅ๐ข๐ ๐๐ง๐๐ (๐๐)
22 Mei 2026 - Pihak Kolej Komuniti Tangga Batu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Mastura binti Mustaffa dan Pn. Nur Shuhadah Mahadi atas dedikasi serta kepakaran yang dicurahkan sepanjang kursus pada 21 dan 22 Mei 2026. Pendedahan menyeluruh yang diberikan telah membuka ruang pembelajaran baharu kepada para peserta, merangkumi aspek teknikal dan aplikasi AI dalam keusahawanan.
Dengan sokongan dan tunjuk ajar kedua-dua penceramah, kursus ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran teknikal peserta, malah turut memperkenalkan strategi keusahawanan yang mampu melonjakkan potensi mereka. Segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan diharap menjadi inspirasi serta memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti, selaras dengan aspirasi TVET dalam melahirkan tenaga berkemahiran dan berdaya saing.