Kolej Komuniti Kluang

Call Directions Website

Kolej Komuniti Kluang Kolej Komuniti Kluang Official Page Kolej Komuniti Kluang menawarkan Sijil Kolej Komuniti (SKK) secara sepenuh masa.

Kolej Komuniti Kluang telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan salah satu Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Terdapat dua (2) kursus yang ditawarkan iaitu :
a) Sijil Teknologi Aitomotif
b) Sijil Terapi Kecantikan dan Spa

Kolej Komuniti Kluang turut menawar peluang Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) iaitu Kursus Pendek seperti jahitan, masakan, komputer, solekan, automotif dan pelbagai lagi.

๐Ÿ“ข HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN PROGRAM BERTEMU DUGA / PORTFOLIO SESI II 2026/2027 KINI DIBUKA!๐Ÿ“… Tarikh Semakan: 12 Oktober ...
12/10/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN SEMAKAN PANGGILAN PROGRAM BERTEMU DUGA / PORTFOLIO SESI II 2026/2027 KINI DIBUKA!

๐Ÿ“… Tarikh Semakan: 12 Oktober 2026
๐Ÿ—“๏ธ Sesi Bertemu Duga / Portfolio: 12 โ€“ 22 Oktober 2026

Pastikan anda menyemak status panggilan dan membuat persediaan awal untuk sesi yang ditetapkan.

๐ŸŒ Semakan melalui Portal Ambilan POLYCC:
https://ambilan.mypolycc.edu.myโ 

Kolej Komuniti Simpang Renggam mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Sebutharga Membekal, Mengha...
10/10/2026

Kolej Komuniti Simpang Renggam mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menyertai Sebutharga Membekal, Menghantar dan Memasang Papan Tanda di Kolej Komuniti Simpang Renggam.

Tarikh Mula Tawaran : 10.10.2026
Taklimat & Lawatan Tapak : 14.10.2026 (10.30 pagi) di Kolej Komuniti Simpang Renggam
Tarikh Tutup : 21.10.2026

๐„๐๐“๐‘๐„๐๐‘๐„๐๐„๐”๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐๐‹๐”๐„๐๐‘๐ˆ๐๐“ ๐–๐Ž๐‘๐Š๐’๐‡๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€œFrom Raw Idea to Real Marketโ€30 September - 2 Oktober 2026: Kolej Komuniti Klua...
05/10/2026

๐„๐๐“๐‘๐„๐๐‘๐„๐๐„๐”๐‘๐’๐‡๐ˆ๐ ๐๐‹๐”๐„๐๐‘๐ˆ๐๐“ ๐–๐Ž๐‘๐Š๐’๐‡๐Ž๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
โ€œFrom Raw Idea to Real Marketโ€

30 September - 2 Oktober 2026: Kolej Komuniti Kluang telah berjaya melaksanakan Entrepreneurship Blueprint Workshop (From Raw Idea to Real Market) POLYCC Zon Johor Tahun 2026 yang berlangsung di Kolej Komuniti Kluang.

Program ini dianjurkan oleh Unit Keusahawanan, Kolej Komuniti Kluang dengan kerjasama Unit Keusahawanan POLYCC Zon Johor serta Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Sepanjang program, peserta telah didedahkan dengan lima modul utama iaitu:
1๏ธโƒฃ Business Profiling
2๏ธโƒฃ Business Model Canvas (BMC)
3๏ธโƒฃ Business Costing
4๏ธโƒฃ Cost & Break-Even Analysis
5๏ธโƒฃ Digital Marketing

Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk memahami asas membangunkan perniagaan, merancang model perniagaan yang berdaya maju, mengurus kos serta meneroka strategi pemasaran digital bagi membawa sesuatu idea daripada konsep kepada pasaran sebenar.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam membentuk lebih ramai usahawan muda yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. ๐Ÿ’ผ๐Ÿš€







๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐‰๐๐) ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”27 โ€“ 29 September 2026...
02/10/2026

๐’๐ˆ๐Œ๐๐Ž๐’๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐‰๐๐) ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

27 โ€“ 29 September 2026 : Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Kolej Komuniti Negeri Johor telah berjaya melaksanakan Program Simposium Pemantapan Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Malaysia 2026 yang bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka.

Program ini telah menghimpunkan seramai 75 orang wakil JPP Kolej Komuniti Malaysia dalam usaha memperkukuh pembangunan kepimpinan pelajar serta meningkatkan kemahiran dalam aspek kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi dan pembentukan sahsiah diri.

Pelbagai pengisian yang dilaksanakan sepanjang program turut memberi peluang kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta memperkukuh peranan JPP sebagai wadah kepimpinan dan perwakilan pelajar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan sepanjang program berlangsung.

Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar serta menyumbang kepada kecemerlangan komuniti Kolej Komuniti Malaysia.







๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐’๐‡๐Ÿ’๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘26 September 2026: Kolej Komuniti Kluang telah menyertai Karnival PSH4K...
26/09/2026

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐’๐‡๐Ÿ’๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

26 September 2026: Kolej Komuniti Kluang telah menyertai Karnival PSH4KOMUNITI dengan penglibatan dalam pelaksanaan kursus pendek serta promosi pengambilan pelajar kepada komuniti setempat yang berlangsung di Masjid Al-Faizin, Parit Semerah, Pontian, Johor.

Lebih bermakna, reruai Kolej Komuniti Negeri Johor turut menerima kunjungan hormat daripada YB Puan Hajah Hasrunizah binti Haji Hassan, ADUN Pulai Sebatang, yang diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Piai serta wakil-wakil penghulu dan ketua kampung.

Program ini menjadi platform yang bermakna dalam menyebarluaskan informasi berkaitan Kolej Komuniti Negeri Johor kepada komuniti, di samping memberi peluang kepada masyarakat untuk merasai sendiri pengalaman pembelajaran melalui kursus pendek secara percuma.

Pada masa yang sama, pengunjung turut berpeluang mendapatkan informasi berkaitan pengambilan pelajar sepenuh masa, sekali gus membuka ruang kepada generasi muda untuk menyambung pengajian dalam bidang berasaskan kemahiran.

๐ŸŽ“โœจ JOM REBUT PELUANG BERSAMA KOLEJ KOMUNITI! โœจ๐ŸŽ“

Sama ada ingin menambah kemahiran melalui kursus pendek percuma atau melanjutkan pengajian secara sepenuh masa, Kolej Komuniti menyediakan peluang untuk anda belajar, membina kemahiran dan melangkah lebih yakin ke masa hadapan.



๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐’๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐™๐Ž๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jom meriahkan Karnival PSH 4 Komuniti Zon Johor 2026!Ayuh bersama-sama memeriahkan...
25/09/2026

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐’๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐™๐Ž๐ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Jom meriahkan Karnival PSH 4 Komuniti Zon Johor 2026!

Ayuh bersama-sama memeriahkan program yang mengetengahkan ilmu, kemahiran dan peluang masa depan melalui pameran agensi serta promosi pengambilan pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor (KKJDT).

๐Ÿ“… 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Masjid Al-Faizin, Parit Semerah, Pontian

Antara pengisian menarik:
โœจ Pameran agensi dan perkhidmatan komuniti
๐ŸŽ“ Pameran pengambilan pelajar Kolej Komuniti
๐Ÿ“š Pelbagai sijil dan diploma untuk lepasan SPM
๐Ÿ’ก Peluang mendapatkan informasi berkaitan pendidikan, kemahiran dan kerjaya

๐Ÿ’™ Kolej Komuniti Kluang turut serta dalam Pameran Pengambilan KKJDT bersama Kolej Komuniti yang lain.

๐ŸŒŸ Jom sertai! Ilmu hari ini, kesejahteraan masa depan.
๐Ÿค Membangun Komuniti Berkemahiran








๐ŸŽ“โœจ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐‹๐”๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐’๐Œ๐Š ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐€๐‹๐Ž๐‡ โœจ๐ŸŽ“23 September 2026: Kolej Komuniti Kluang terus mende...
24/09/2026

๐ŸŽ“โœจ ๐๐‘๐Ž๐Œ๐Ž๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Š๐‹๐”๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ ๐’๐Œ๐Š ๐’๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐€๐‹๐Ž๐‡ โœจ๐ŸŽ“

23 September 2026: Kolej Komuniti Kluang terus mendekati bakal pelajar melalui sesi promosi kemasukan di SMK Seri Kota Paloh!

Pelbagai informasi berkaitan program pengajian, peluang melanjutkan pendidikan, kemahiran TVET serta laluan kerjaya telah dikongsikan kepada para pelajar.

Nak sambung belajar? Nak kuasai kemahiran?
Jom pilih laluan TVET bersama Kolej Komuniti Kluang!

๐Ÿ“š Belajar kemahiran
๐Ÿ› ๏ธ Tingkatkan kompetensi
๐Ÿ’ผ Bina masa depan

Kolej Komuniti Kluang โ€” Jom Jadi Juara TVET!

๐ŸŽ‰ ๐—๐—ข๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฆ๐—›๐Ÿฐ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐ŸŽ‰๐ŸŒŸ ILMU โ€ข KEMAHIRAN โ€ข PELUANG โ€ข MASA DEPAN ๐ŸŒŸNak belajar kemahiran ...
21/09/2026

๐ŸŽ‰ ๐—๐—ข๐—  ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—ฆ๐—›๐Ÿฐ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ญ๐—ข๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! ๐ŸŽ‰

๐ŸŒŸ ILMU โ€ข KEMAHIRAN โ€ข PELUANG โ€ข MASA DEPAN ๐ŸŒŸ

Nak belajar kemahiran baharu? Nak cuba sesuatu yang menarik? Atau nak tambah kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan? ๐Ÿ’ชโœจ

Jangan lepaskan peluang menyertai pelbagai Kursus Pendek Menarik sempena Karnival PSH4Komuniti Zon Johor 2026!

๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป :
๐Ÿ› ๏ธ Penukaran Minyak Motorsikal
๐Ÿ’‡ ~Gunting Rambut Lelaki~ Penuh
๐Ÿงผ Pembuatan Sabun
๐ŸŽ Gift Aesthetic Arrangement
๐ŸŒธ Gubahan Bunga Dawai
๐ŸŒฟ DIY Terrarium
๐Ÿ’† Urutan Refleksologi Tangan Wanita
๐Ÿ’… Asas Manicure
๐Ÿ•ฏ๏ธ Lilin Aromaterapi
๐Ÿ‘œ Decorative Tote Bag
๐Ÿ‰ Ukiran Buah dan Sayur

๐Ÿ“… 26 September 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Masjid Al-Faizin, Parit Semerah, Pontian

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Terbuka kepada komuniti!
Datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Pilih kursus yang diminati, belajar kemahiran baharu dan manfaatkan peluang yang ada!

๐Ÿ’™ RM5 SAHAJA!
๐ŸŽฏ Tempat adalah terhad!

๐Ÿ“ฒ Imbas QR Code pada poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe2uaH_udXfTsOemAn64bjUAySQululm81Y7QwA3qUOc0ihlg/viewform?pli=1

โ€œMembangun Komuniti Berkemahiranโ€
๐ŸŒŸ Bersama Komuniti, Melangkah Lebih Jauh! ๐ŸŒŸ

Jangan tunggu lama โ€” pilih kemahiran yang anda minati dan sertai kami! ๐Ÿš€

๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐‹๐“๐€๐“ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ (๐Šยฒ๐“)19 September 2026: Kolej Komuniti Kluang turut ...
20/09/2026

๐‰๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‡ ๐ˆ๐๐ˆ๐’๐ˆ๐€๐“๐ˆ๐… ๐˜๐€๐˜๐€๐’๐€๐ ๐‹๐“๐€๐“ & ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ (๐Šยฒ๐“)

19 September 2026: Kolej Komuniti Kluang turut sama memeriahkan program Jelajah Inisiatif Yayasan LTAT dan Program Kemahiran Keluarga Tentera (KยฒT) yang berlangsung di Kem Mahkota, Kluang, Johor.

Bagi menjayakan program ini, Kolej Komuniti Kluang telah diwakili oleh Pn. Nurul Nadiah binti Tukirin (memangku Timbalan Pengarah), En. Ahmad bin Abu Samah (Penyelaras PSH), Pn. Shaheela binti Abu Bakar (Pegawai Perhubungan Awam), Pn. Farah Diana binti Isa (Ketua Program STK), Pn. Siti Nur Adzliyana binti Azahari (Pensyarah STK) dan dibantu oleh 3 orang pelajar Terapi Kecantikan & Spa.

Dalam program ini, Kolej Komuniti Kluang menawarkan perkhidmatan Express Manicure kepada para pengunjung. Selain itu, warga Kolej Komuniti Kluang turut mengambil peluang untuk mempromosikan Kolej Komuniti Kluang, termasuk memperkenalkan peluang pendidikan, kursus dan kemahiran yang ditawarkan kepada komuniti.

Kolej Komuniti Kluang sentiasa komited untuk mendekati komuniti melalui pendidikan, kemahiran dan khidmat masyarakat.








๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆWarga Kolej Komuniti Kluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah...
19/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐€๐Œ๐€๐“๐Š๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ

Warga Kolej Komuniti Kluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada:

๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Zarith Sofea Binti Kamarul Azwan
๐Ÿซ Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok, Sungai Petani
๐Ÿ“– Diploma Informatik Perpustakaan

Beliau telah selesai menjalani latihan industri selama 2 bulan di Unit Perpustakaan, Kolej Komuniti Kluang.

Sepanjang tempoh latihan, pelbagai pengalaman, ilmu dan kemahiran telah ditimba khususnya dalam pengurusan serta pengendalian perpustakaan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya kelak. ๐ŸŒŸ

Terima kasih atas segala komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang berada di Kolej Komuniti Kluang. ๐Ÿค๐Ÿป

Selamat maju jaya, Zarith Sofea! Semoga terus melangkah dengan yakin dan cemerlang dalam perjalanan seterusnya. ๐Ÿ’โœจ

Address

Jalan 7, Taman Delima
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077733505

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share