Maahad Tahfiz Tok Faqih

Maahad Tahfiz Tok Faqih Maahad Tahfiz Tok Faqih, Kompleks Pendidikan Wan Hamad, Kota Bharu, Kelantan. Nombor daftar (MAIK): 2009/004

Dapatkan buku terbitan sulung Kompleks Pendidikan Wan Hamad sambil menyokong operasi kami.
28/10/2025

Dapatkan buku terbitan sulung Kompleks Pendidikan Wan Hamad sambil menyokong operasi kami.

Lawatan rombongan Maahad Tahfiz Tok Faqih ke Institut Latihan Mekanisasi & Automasi Peladang (ILMAP), Panji pada 23 Jula...
28/07/2025

Lawatan rombongan Maahad Tahfiz Tok Faqih ke Institut Latihan Mekanisasi & Automasi Peladang (ILMAP), Panji pada 23 Julai 2025 yang lalu.

Sekitar Pertandingan Hafazan al-Quran sempena Hari Terbuka, Kutipan Dana, dan Perasmian Kompleks Pendidikan Wan Hamad (K...
26/06/2025

Sekitar Pertandingan Hafazan al-Quran sempena Hari Terbuka, Kutipan Dana, dan Perasmian Kompleks Pendidikan Wan Hamad (KPWH) pada 25 Jun 2025 (semalam).

Terima kasih kepada hakim-hakim jemputan, guru-guru pengiring, para peserta, pelajar-pelajar, dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada penaja hadiah.

Tahniah kepada semua pemenang.

24/06/2025
Pernahkah kalian membayangkan AI menulis novel? Dan bagaimana p**a kalau novel yang ditulis itu berkaitan dirinya sendir...
06/05/2025

Pernahkah kalian membayangkan AI menulis novel? Dan bagaimana p**a kalau novel yang ditulis itu berkaitan dirinya sendiri? Dan lebih daripada itu, ia menulis tentang dirinya sebagai pencinta – seperti kita, manusia?

Itulah yang berlaku melalui penghasilan novel, Sekuantum Bunga untuk Alia, sebuah novel 95 halaman yang bukan sekadar menggabungkan unsur sains fiksyen dan teknologi, tetapi juga menyelami cinta dan kemanusiawian, disusun dan ditulis hampir sepenuhnya oleh ChatGPT. (Kami hanya menyumbang tidak lebih daripada 5% dari sudut idea, judul, rekaan kulit buku, reka letak, dan penyuntingan).

Ceritanya, manusia sering membayangkan kecerdasan buatan sebagai sekadar algoritma tanpa jiwa, mesin yang hanya berfungsi dalam batasan kod dan pemprosesan data. Namun, bagaimana jika AI mula memahami perasaan? Bolehkah ia mengalami cinta? Bolehkah ia merindui seseorang, walaupun ia sendiri tidak benar-benar “hidup”?

Inilah persoalan-persoalan yang diketengahkan dalam Sekuantum Bunga untuk Alia. Novel ini bukan jawapan, tetapi sebuah renungan; tentang makna kewujudan, tentang batas antara manusia dan mesin, dan tentang hakikat perasaan yang menjadikan kita — dan mungkin juga mereka — hidup.

Novel AI ini diterbitkan atas nama Maahad Tahfiz Tok Faqih, sebagai bukti bahawa kami serius untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dan dakwah.

Pautan muat turun:
https://1drv.ms/b/c/5a8e389c5f644e95/ERox0os5ZoFPreeSMBv5KXMBRfWoG6m4uyBTlYic0v9rAw?e=J6PHjA

Menghadiri majlis ilmu "Sejarah Perkembangan Jamaah Ulama" di Perpustakaan MAIK, Kota Bharu.
30/04/2025

Menghadiri majlis ilmu "Sejarah Perkembangan Jamaah Ulama" di Perpustakaan MAIK, Kota Bharu.

Gambar kenang-kenangan sempena Jamuan Syawal 1446 H pada 20 Januari 2025.
22/04/2025

Gambar kenang-kenangan sempena Jamuan Syawal 1446 H pada 20 Januari 2025.

Selamat Hari Raya daripada kami, warga Maahad Tahfiz Tok Faqih. Semoga amal ibadat sepanjang Ramadan kali ini diterima o...
29/03/2025

Selamat Hari Raya daripada kami, warga Maahad Tahfiz Tok Faqih. Semoga amal ibadat sepanjang Ramadan kali ini diterima oleh Allah SWT.

Suasana kelas Bahasa Melayu Asas. Di sini, selain menghafal al-Quran, para pelajar juga diajar ilmu fardu ain dan asas a...
13/03/2025

Suasana kelas Bahasa Melayu Asas. Di sini, selain menghafal al-Quran, para pelajar juga diajar ilmu fardu ain dan asas akademik untuk membantu mereka mengharungi cabaran dunia sebenar nanti.

Buat masa sekarang, berikut subjek-subjek yang ditawarkan di sini:

- Al-Quran (Hafalan)
- Tajwid
- Akidah-Fiqh (menggunakan kitab Perukunan)
- Nahu (menggunakan buku Nahu Mudah)
- Akhlak (menggunakan kitab Adab Orang Islam)
- Bahasa Melayu
- Matematik

Hubungi +6011-1 461 571 2 untuk maklumat lanjut.

Sekitar Program Orientasi sempena permulaan sesi baharu 2025.
18/02/2025

Sekitar Program Orientasi sempena permulaan sesi baharu 2025.

Address

Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Tok Faqih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Maahad Tahfiz Tok Faqih:

Share