13/10/2026
π©Ί KPT PRIHATIN MADANI: MEMPERLUAS PENDIDIKAN KANSER KEPADA KOMUNITI DEWASA DAN WARGA EMAS
π Kesinambungan usaha, memperluas kesedaran, memperkukuh pencegahan.
Meneruskan usaha daripada Fasa 1, Program KPT Prihatin MADANI: Pengesanan Awal dan Pendidikan Pencegahan Kanser Utama Dalam Kalangan Dewasa diteruskan bagi memperluaskan lagi pendidikan tentang kesihatan kepada komuniti dewasa dan warga emas.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), dengan penekanan terhadap peningkatan pengetahuan mengenai faktor risiko kanser, pengenalpastian tanda dan gejala awal serta kepentingan saringan dan pemeriksaan kesihatan. Program ini turut menyediakan platform perkongsian ilmu dan interaksi bersama profesional kesihatan melalui ceramah, sesi soal jawab dan aktiviti pembelajaran interaktif.
β¨Kenali kanser, kesan lebih awal, bertindak demi kesihatan.
Semoga kesinambungan program ini terus memberi manfaat kepada komuniti serta memupuk budaya peka kesihatan melalui pendidikan dan kesedaran yang berterusan.
π Baca berita penuh di sini:
https://news.kk.usm.my/aktiviti/lensa-peristiwa/spices-perluas-pendidikan-kanser-kepada-komuniti-dewasa-dan-warga-emas.html