Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Mas

Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Mas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Mas, Community College, kota bharu, Kota Bharu.

Kursus Pendek Komuniti Pasir Mas menganjurkan pelbagai kursus pendek untuk komuniti setempat bagi meningkatkan ilmu dan pengetahuan dengan kos yuran yang serendah RM1/jam sahaja

JOM SERTAI KURSUS PENGHASILAN POSTER MENGGUNAKAN CANVA πŸ“’ Sempena National Training Week (NTW) 2026, Kolej Komuniti Pasir...
19/07/2026

JOM SERTAI KURSUS PENGHASILAN POSTER MENGGUNAKAN CANVA

πŸ“’ Sempena National Training Week (NTW) 2026, Kolej Komuniti Pasir Mas dengan bangganya menyertai inisiatif nasional ini melalui penganjuran kursus-kursus kemahiran PERCUMA bagi memberi peluang kepada masyarakat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan agenda pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi anda yang ingin menghasilkan poster yang menarik, kreatif dan profesional, jangan lepaskan peluang menyertai kursus ini!
πŸ—“ Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Kolej Komuniti Pasir Mas
πŸ’° Yuran: PERCUMA

⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD

πŸ“² Imbas kod QR atau tekan pada link berikut untuk pendaftaran:
https://www.nationaltrainingweek.gov.my/courseDetails?courseId=32304

Pelaksanaan KURSUS SENI PENYEDIAAN MAKANAN JEPUN & KOREA kepada Pelajar PPKI SMK KotaπŸ“… Tarikh: 24 Jun 2026πŸ“ Tempat: Bili...
24/06/2026

Pelaksanaan KURSUS SENI PENYEDIAAN MAKANAN JEPUN & KOREA kepada Pelajar PPKI SMK Kota

πŸ“… Tarikh: 24 Jun 2026
πŸ“ Tempat: Bilik Masakan, SMK Kota
πŸ‘₯ Peserta: Pelajar PPKI, SMK Kota
πŸ‘©β€πŸ« Tenaga Pengajar: Puan Norazlinun (Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas)
πŸ“‹ Penyelaras Kursus: Puan Nurul Zulaikha

Kolej Komuniti Pasir Mas telah melaksanakan Kursus Seni Penyediaan Makanan Jepun & Korea yang melibatkan penyertaan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), SMK Kota.

Sepanjang kursus berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan teknik dan kaedah penyediaan makanan popular Jepun dan Korea iaitu Kimbap dan Sushi. Dengan bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar, para peserta berjaya menghasilkan hidangan masing-masing dengan baik dan mengikut langkah-langkah yang telah dipelajari.

Para pelajar kelihatan sangat teruja dan bersemangat sepanjang aktiviti dijalankan. Penglibatan aktif serta kesungguhan mereka dalam menyiapkan tugasan membuktikan bahawa program berbentuk kemahiran seperti ini mampu meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti peserta.

Kolej Komuniti Pasir Mas sentiasa komited dalam memperluaskan akses pendidikan dan latihan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar berkeperluan khas, selaras dengan aspirasi pembelajaran sepanjang hayat dan TVET untuk komuniti.

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT HRD Corp KELANTAN KE KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS23 Jun 2026 | Kolej Komuniti Pasir MasKolej Komuni...
23/06/2026

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT HRD Corp KELANTAN KE KOLEJ KOMUNITI PASIR MAS

23 Jun 2026 | Kolej Komuniti Pasir Mas

Kolej Komuniti Pasir Mas telah menerima kunjungan hormat daripada wakil HRD Corp Cawangan Kelantan, Cik Adibah Nabihah, Eksekutif Client Advisor Unit, bagi membincangkan pelaksanaan National Training Week (NTW) 2026.

Sesi perbincangan ini memberi penerangan mengenai fokus dan bidang utama NTW 2026 yang merangkumi Kemahiran Insaniah, Kemahiran Masa Depan, Kreativiti dan Inovasi, Kewangan serta Pembangunan Mampan. Turut dikongsikan tarikh penting pelaksanaan program iaitu 20 hingga 26 Julai 2026 di seluruh negara, manakala Majlis Kemuncak NTW 2026 akan berlangsung pada 25 hingga 26 Julai 2026.

Kolej Komuniti Pasir Mas komited untuk menyokong dan menjayakan inisiatif ini melalui perancangan serta pelaksanaan program-program latihan yang bersesuaian, selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Semoga kerjasama strategik antara Kolej Komuniti Pasir Mas dan HRD Corp terus diperkukuhkan demi manfaat komuniti dan pembangunan bakat negara.

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS PENGHASILAN ANEKA PES & SAMBAL!Ingin belajar menghasilkan pelbagai jenis pes dan sambal yang lazat s...
13/06/2026

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS PENGHASILAN ANEKA PES & SAMBAL!

Ingin belajar menghasilkan pelbagai jenis pes dan sambal yang lazat serta berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan?

KURSUS PENGHASILAN ANEKA PES & SAMBAL
(Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026)

Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan kepada:
βœ… Teknik penyediaan pelbagai jenis pes dan sambal
βœ… Kaedah pemilihan bahan yang berkualiti
βœ… Tips penyimpanan dan pembungkusan produk
βœ… Asas penjanaan pendapatan melalui produk makanan

πŸ“Œ Tempat adalah terhad. Daftar segera!!!
Imbas Kod QR pada poster atau tekan pada pautan di bawah untuk pendaftaran:
https://linktr.ee/PSH.KKPMAS
https://linktr.ee/PSH.KKPMAS

Syarat utama Warganegara dan BOLEH hadir semua tarikh kursus (rujuk poster).
Pemilihan peserta adalah Muktamad. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia.

Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat,
Kolej Komuniti Pasir Mas.

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS ASAS RAWATAN MUKA & SOLEKAN! Ingin tampil lebih yakin dan mempelajari kemahiran asas dalam bidang ke...
12/06/2026

πŸ“’ JOM SERTAI KURSUS ASAS RAWATAN MUKA & SOLEKAN!

Ingin tampil lebih yakin dan mempelajari kemahiran asas dalam bidang kecantikan? Sertai kursus yang memberi pendedahan kepada teknik rawatan muka dan solekan secara praktikal.

KURSUS ASAS RAWATAN MUKA & SOLEKAN
(Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026)

Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari:
βœ… Asas penjagaan dan rawatan muka
βœ… Teknik pembersihan wajah yang betul
βœ… Pengenalan kepada produk kecantikan
βœ… Teknik solekan asas untuk penampilan harian

🌟 Tingkatkan kemahiran, keyakinan diri dan peluang menjana pendapatan melalui bidang kecantikan.

πŸ“Œ Tempat adalah terhad. Daftar segera sekarang!
Imbas Kod QR pada poster atau tekan pada pautan di bawah untuk pendaftaran:
https://linktr.ee/PSH.KKPMAS
https://linktr.ee/PSH.KKPMAS

Syarat utama Warganegara dan BOLEH hadir semua tarikh kursus (rujuk poster).
Pemilihan peserta adalah Muktamad. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia.

KURSUS PENAMPILAN PROFESIONAL DAN IMEJ KORPORATPada 11 Jun 2026, telah berlangsung Kursus Penampilan Profesional dan Ime...
12/06/2026

KURSUS PENAMPILAN PROFESIONAL DAN IMEJ KORPORAT

Pada 11 Jun 2026, telah berlangsung Kursus Penampilan Profesional dan Imej Korporat bertempat di Dewan Teratai, SUK yang melibatkan seramai 135 orang peserta terdiri daripada ahli Puspanita SUK.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Nazatulshima, Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas yang berpengalaman dalam bidang pembangunan sahsiah, komunikasi dan imej profesional.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan kepada aspek penting penampilan diri, etika berpakaian, komunikasi profesional serta pembentukan imej korporat yang positif dalam persekitaran kerja.

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat meningkatkan keyakinan diri peserta serta memperkukuhkan imej profesional dalam melaksanakan tugasan harian dan berinteraksi dengan pelanggan serta masyarakat.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan penglibatan yang aktif sepanjang kursus berlangsung.

PELAKSANAAN KURSUS SENI PENYEDIAAN MAKANAN JEPUN & KOREAPada 10 dan 11 Jun 2026, Kursus Seni Penyediaan Makanan Jepun & ...
11/06/2026

PELAKSANAAN KURSUS SENI PENYEDIAAN MAKANAN JEPUN & KOREA

Pada 10 dan 11 Jun 2026, Kursus Seni Penyediaan Makanan Jepun & Korea telah berjaya dilaksanakan di Politeknik Kota Bharu dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.

Program ini diadakan sempena Festival Inovasi dan Rekacipta (FIRA) 2026 yang berlangsung di Politeknik Kota Bharu.

Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kemahiran penyediaan makanan antarabangsa yang mempunyai potensi tinggi dalam industri makanan dan keusahawanan.

Kursus ini dikendalikan oleh Puan Norazlinun, Pensyarah Kolej Komuniti Pasir Mas yang berpengalaman dalam bidang kulinari. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik dan kemahiran penyediaan beberapa menu popular dari Jepun dan Korea iaitu Kimbab, Sushi dan Onigiri.

Selain mempelajari kaedah penyediaan makanan, peserta turut menerima perkongsian berkaitan peluang perniagaan dan potensi menjana pendapatan melalui penghasilan makanan berasaskan menu Jepun dan Korea yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

Para peserta menunjukkan minat yang tinggi dan memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang kursus berlangsung. Suasana pembelajaran yang interaktif dan praktikal telah menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada usaha peserta untuk menceburi bidang keusahawanan makanan pada masa hadapan.

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI TAHUN 2026​Hari ini, kami amat berbesar hati menerima k...
05/06/2026

LAWATAN PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI TAHUN 2026

​Hari ini, kami amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan lawatan pemantauan daripada wakil Unit PSH Kolej Komuniti, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK).

β€‹πŸ—“οΈ Butiran Lawatan:
​Tarikh: 5 Jun 2026 (Jumaat)
​Pegawai Pemantau:
1. ​Puan Wan Marina Binti Wan Mohd Nowalid
(Timbalan Pengarah, Unit PSH Kolej Komuniti,
BKIK)
​2. Puan Nur Liyana Binti Che Ibrahim (Penolong
Pengarah, Unit PSH Kolej Komuniti, BKIK)

β€‹πŸ“ Fokus Lawatan & Impak
​Sesi pemantauan ini telah menumpukan kepada aspek pengurusan dokumentasi program. Pihak kami amat menghargai segala teguran membina dan saranan penambahbaikan yang diberikan bagi memastikan sistem rekod dan dokumentasi kami menjadi lebih teratur, sistematik dan cemerlang selepas ini.

​Selain semakan fail, barisan pegawai juga sempat meluangkan masa meninjau secara dekat pelaksanaan Kursus Urutan dan Terapi untuk Lelaki yang sedang rancak berlangsung. Kehadiran pihak jabatan pastinya memberi suntikan semangat buat para peserta kursus!

β€‹πŸ€ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Puan Wan Marina, Puan Nur Liyana, dan seluruh pihak jabatan atas kesudian hadir, bimbingan yang diberikan, serta sokongan berterusan demi memerkasakan bakat komuniti.

KURSUS ASAS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026Alhamdulillah, Kursus Asas Membaiki Telefon Bi...
04/06/2026

KURSUS ASAS MEMBAIKI TELEFON BIMBIT Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026

Alhamdulillah, Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit di bawah Program Pengukuhan Bakat Komuniti 2026 telah berjaya dilaksanakan di Kolej Komuniti Pasir Mas melibatkan seramai 15 orang peserta yang terpilih sepanjang 6 siri pertemuan yang berlangsung pada bulan Mei 2026.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, En. Fadhlullah daripada Syarikat iBahrun. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas membaiki telefon bimbit, termasuk mengenal pasti kerosakan, penggunaan peralatan yang betul serta teknik-teknik asas pembaikan yang diperlukan dalam industri.

Sebagai nilai tambah kepada peserta, program ini turut diselitkan dengan Kursus Asas Keusahawanan dan Kursus Kecerdasan Buatan (AI) bagi membantu peserta meningkatkan pengetahuan dalam bidang perniagaan serta teknologi semasa.

Program ini turut membuktikan bahawa peluang pembelajaran adalah untuk semua apabila seorang peserta kurang upaya, En. Ismail, berjaya mengikuti kursus ini dengan penuh semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Kesungguhan beliau menjadi inspirasi kepada peserta lain untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran diri.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi sumber pendapatan dan peluang kerjaya kepada semua peserta pada masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini.

Program Jelajah Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT)Peringkat 8 Briged Tahun 2026 Tarikh...
04/06/2026

Program Jelajah Inisiatif Pendidikan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT)
Peringkat 8 Briged Tahun 2026

Tarikh : 4 Jun 2026
Lokasi: Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas

Address

Kota Bharu
Kota Bharu
16250

Telephone

+6097185909

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Mas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share