Pondok Muhammadiah

Pondok Muhammadiah Pusat pengajian Islam berteraskan kitab turath dan tahfiz. Beroperasi sejak 1980 di Beta Hilir, Kota Bharu. Terbuka untuk lelaki dan perempuan.

Ikuti perkembangan kuliah, program ummah & sumbangan wakaf.

Alhamdulillah, thummalhamdulillah!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Muhammad Solehuddin bin Md...
20/08/2026

Alhamdulillah, thummalhamdulillah!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Muhammad Solehuddin bin Md. Azman atas kejayaan menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran Al-Karim di Pondok Muhammadiah pada 29 Julai baru-baru ini.

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (HR Bukhari)

Semoga kejayaan ini menjadi permulaan untuk terus istiqamah memelihara kalam Allah, beramal dengan akhlak Qurani, serta menjadi penyuluh kebaikan buat keluarga, masyarakat, dan ummah.

Terima kasih juga diucapkan kepada para guru, ibu bapa, dan seluruh penderma yang sentiasa mendoakan serta menyokong perjalanan suci ini.

Mari kita sama-sama mendoakan agar Saudara Solehuddin sentiasa diberikan ketetapan hati untuk sentiasa muraja'ah dan menjaga mahkota hafazan ini. 🤲

20/08/2026
20/08/2026

Sedikit demi sedikit, dengan izin Allah dan sokongan anda semua, pembinaan Darus Suffah di Pondok Muhammadiah kini makin berkembang.
Setiap batu bata yang disusun di sini bakal menjadi saksi penuntut ilmu menimba agama. Boleh jadi, ini saham akhirat yang bakal menolong kita di sana nanti.
Sama-sama kita doakan agar urusan pembinaan ini dipermudahkan dan diberkati.
Bagi yang ingin menyumbang / bertanyakan maklumat lanjut:
Klik pautan di bio kami atau hubungi pejabat pondok.
Bantu kami dengan Like, Komen, dan Share video ini!

ALHAMDULILLAH, PROGRESS PEMBANGUNAN DARUS SUFFAHSedikit perkongsian foto keadaan semasa di tapak binaan Darus Suffah. Pa...
20/08/2026

ALHAMDULILLAH, PROGRESS PEMBANGUNAN DARUS SUFFAH

Sedikit perkongsian foto keadaan semasa di tapak binaan Darus Suffah. Para tukang sedang tekun menyiapkan bahagian rangka bumbung dan awning koridor.

Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan dan setiap sumbangan yang dihulurkan diberkati Allah SWT.

Bagi yang berhasrat untuk menyumbang infaq jariah untuk fasa seterusnya, boleh hubungi pejabat pondok.

Jazakumullahu Khairan Kathiran atas sokongan dan doa kalian. Boleh bantu kami like dan share hantaran ini ya! ❤️

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PONDOK MUHAMMADIAH RABI'ULAWAL 1448HMohon semua pelajar menyemak subjek masing-masing dan menja...
20/08/2026

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PONDOK MUHAMMADIAH RABI'ULAWAL 1448H

Mohon semua pelajar menyemak subjek masing-masing dan menjaga kesihatan sepanjang minggu peperiksaan. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan menjawab soalan dan mengurniakan kefahaman yang mendalam.

Bit taufiq wan najah!

Siapa kenal insan istimewa dalam gambar ni? Ambo rasa ramai anak-anak pondok lama yang cam sangat dengan wajah ni.Inilah...
19/08/2026

Siapa kenal insan istimewa dalam gambar ni? Ambo rasa ramai anak-anak pondok lama yang cam sangat dengan wajah ni.

Inilah Zulkifli, tapi kita semua lebih mesra panggil beliau "Abe Jaki". Beliau ni legend Pondok Muhammadiah!

Abe Jaki ni antara pelajar terawal pondok kita, zaman arwah Tok Guru Paksu Mat (pengasas pondok) lagi. Bayangkan, dari zaman belajar sampailah sekarang, khidmat beliau pada pondok tak pernah putus.

Orang kuat maintenance pondok. Kalau tengok bangunan-bangunan kayu lama, surau, atau pondok-pondok kecil kat sini, banyak yang Abe Jaki 'air tangan' dia. Daripada bina baru sampailah kerja-kerja repair, semuanye Abe Jaki boleh buat.

Hidup Abe Jaki sangatlah simple. Walaupun dah usia 60-an, beliau masih gigih berbakti. Beliau tinggal je dekat pondok kecil berdekatan dengan kawasan pondok kita ni.

Sama-sama kita doakan semoga Abe Jaki sentiasa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dan diberkati Allah SWT atas segala jasa baik beliau pada pondok tercinta. Jazakallahu khairan, Abe Jaki! 🤲

19/08/2026

🔴 Live Streaming
Rabu | 19/08/2026
Kitab : Tafsir Jalalain | Nurul Yaqin | Fathul Muin/ Ia’nah Tholibin
Disampaikan Oleh: Baba Sayuti
Tempat : Masjid Pondok Muhammadiah

BUKAN SEKADAR BELAJAR, PENGURUSAN DAN DISIPLIN JUGA KITA JAGAAlhamdulillah, selesai Perjumpaan (Liqa') Mingguan Pengurus...
18/08/2026

BUKAN SEKADAR BELAJAR, PENGURUSAN DAN DISIPLIN JUGA KITA JAGA

Alhamdulillah, selesai Perjumpaan (Liqa') Mingguan Pengurusan Pondok Muhammadiah yang diadakan dua minggu sekali pada malam tadi.

​Bagi memastikan persekitaran pembelajaran berjalan lancar, liqa' ini menjadi platform penting untuk kita sentiasa memperkemas pengurusan pondok dan memantapkan disiplin para pelajar.

​Sesi malam ini diteruskan dengan perkongsian serta nasihat daripada wakil guru-guru dan seterusnya amanat khas daripada Tuan Mudir Pondok Muhammadiah. Banyak cadangan dan penambahbaikan yang telah dibincangkan demi kebaikan bersama.

​Mohon doakan agar Pondok Muhammadiah terus berkembang dan mampu melahirkan generasi pelajaar yang berilmu serta berdisiplin tinggi.

16/08/2026

🔴 Live Streaming
Ahad | 16/08/2026
Kitab : Sairus Salikin Juz 1&3 | Bughyah At-Tullab
Disampaikan Oleh: Baba Sayuti
Tempat : Masjid Pondok Muhammadiah

12/08/2026

🔴 Live Streaming
Rabu | 12/08/2026
Kitab : Tafsir Jalalain | Nurul Yaqin | Fathul Muin/ Ia’nah Tholibin
Disampaikan Oleh: Baba Sayuti
Tempat : Masjid Pondok Muhammadiah

Address

Pondok Muhammadiah Kg. Beta Hilir
Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60134427096

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Muhammadiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pondok Muhammadiah:

Shortcuts

Share