23/09/2012
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bermula sahaja tarikh 25 September 2012 nanti, kami, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan(UMK), sesi 2011/2012, akan meletakkan jawatan, yang disandang kami iaitu Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, yg juga merupakan kepimpinan tertinggi mahasiswa bagi seluruh kampus UMK.
Diharap segala masalah berkenaan kebajikan mahasiswa, hendaklah dirujuk kepada para MPP baru yg akan dipilih pada tanggal 25 September 2012 nt, kerana segala kuasa pengurusan hal ehwal kebajikan mahasiswa, akan diserahkan kepada mereka.
Kami ingin memohon maaf secara rasmi, atas segala kesilapan, kelewatan melakukan tugasan, tersalah perkataan, dan keterlanjuran sepanjang kami menjadi Ahli MPP UMK. Minta dihalalkan manifesto atau janji kami yg tidak tertunai atau tidak berjalan seperti yg dirancang. Terima kasih atas segala sokongan, undian, dan nasihat dari semua mahasiswa UMK pada kami, bantuan kakitangan UMK, dan pihak pentadbiran Universiti selama ini.
Selamat bertanding, selamat bertugas, selamat berjuang kepada semua calon Majlis Perwakilan Pelajar UMK. Kami doakan segala urusan anda dipermudahkan dan berjaya dalam apa yg anda perjuangkan. Ikhlaskan hati kerana Allah, InsyaAllah, Allah swt akan bersama kita dalam setiap urusan.
Terima Kasih semua. Semestinya kami akan merindui dan menghargai pengalaman dan peluang yg anda berikan kpd kami.