05/08/2024
Ogos ini, genaplah 25 tahun penaiktarafan ITM ke sebuah universiti yg dinamakan UiTM. Seharusnya kita berbangga dengan hal bersejarah ini.
UiTM Kelantan Tanah Serendah Sekebun Bunga dan seluruh sistem UiTM seMalaysia telah merancang satu majlis bagi mengenang peristiwa ini.
Bertemakan songket, UiTM Kelantan mengalu-ngalukan semua alumni, para pelajar,staf dan juga pihak-pihak yang menjadi pemegang taruh kepada Universiti keramat ini.
Mari semua kita semua berbusana songket dan sama-sama hadir di majlis ini yang bakal diadakan di Grand Riverview Kota Bharu.
Tiket sedang dijual dan sudah terjual sebanyak yang mungkin. Mari semua.
____________________________________________
JEMPUTAN GALA DINNER 25 TAHUN KHUSUS BUAT SEMUA ALUMNI DAN WARGA UiTM:
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan
Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik.
Sempena sambutan UiTM ke 25 tahun, seluruh sistem UiTM se-Malaysia bakal mengadakan sambutan Jubli Perak ke 25 tahun.
Bagi UiTM Kelantan, Gala Dinner 25 Tahun UiTM akan dibuat pada ketetapan yang berikut
Tarikh: 24 Ogos 2024
Hari: Sabtu
Tempat: Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
Waktu: 7 - 11.30 malam
Tema: Busana Songket
Oleh itu, kami mengalu-ngalukan para alumni untuk sama-sama menyertai warga UiTM Kelantan untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan mengisi pautan dibawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSflA9mb-6WZtxGJo4jcny_Y1_OciVHpTjPA6N_PAWtEe0m6IQ/viewform?usp=pp_url
Bayaran hendaklah dibuat di ketetapan berikut:
Nama akaun : Universiti Teknologi MARA
Nama Bank : Bank Islam (M) Berhad Cawangan Machang
No. Akaun Bank : 03045010004053
Rujukan : Nama peserta/GALA Dinner 25 Tahun*
(Adalah digalakkan untuk bayaran melalui Finepay)
Marilah sama-sama kita berkumpul bagi meraikan hari bersejarah ini.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
Puan Nor Farizah (Biro Promosi dan Publisiti)
-013 655 2908
Puan Arina (Biro Pendaftaran)
-017 962 0049