Majlis Perwakilan Pelajar KIAS

Call Directions Contact the university

Majlis Perwakilan Pelajar KIAS “PIMPINAN BERJIWA RABBANI, MAHASISWA BERAKHLAK ISLAMI"

⁨ 🔖 UCAPAN SALAM TAKZIAHAssalamualaikum wbt, *إِنَّا للهِ وَإِنَّأ إِلَيْهِ رَجِعُوْن*  *اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَم...
08/05/2026

⁨ 🔖 UCAPAN SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum wbt,

*إِنَّا للهِ وَإِنَّأ إِلَيْهِ رَجِعُوْن*

*اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ*

Maksudnya :
Ya Allah, Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dengan dukacitanya, kami dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPPKIAS) sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham En. Radzuan bin Jafar selaku bekas Pemandu Kenderaan KIAS yang telah pulang ke rahmatullah pada 19 Zulkaedah 1447H bersamaan 7 Mei 2026M, hari Khamis.

Semoga ahli keluarga dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi ujian.

Semoga Allah SWT memberi rahmat dan pengampunan-Nya serta kedudukan yang tinggi dan mulia kepada Allahyarham.

Al- Fatihah.

🔰“Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani”

🔰“Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani”

LAJNAH KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN (KBK) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027⁩

🔖🤲🏻 TITIPAN DOA MOHON KESEMBUHAN🤲🏻🔖Assalamualaikum wbt. Dukacita dimaklumkan bahawa Al-Akh Ahmad Fariqin bin Ahmad Musta...
03/05/2026

🔖🤲🏻 TITIPAN DOA MOHON KESEMBUHAN🤲🏻🔖

Assalamualaikum wbt. Dukacita dimaklumkan bahawa Al-Akh Ahmad Fariqin bin Ahmad Mustaman daripada Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pengurusan (Kepujian) Semester 7 akan menjalani rawatan (Operation Appendix).

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan buat beliau. Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, menghapuskan segala kesakitan, serta mempermudahkan segala urusan beliau serta keluarga.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan lain-lain, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya sebagaimana pohon menggugurkan daunnya”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga segala doa dan keprihatinan kita menjadi asbab kesembuhan buat beliau.

Terima kasih atas sokongan dan doa kalian.

”Disini Lahirnya Generasi Rabbani”

”Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani”

LAJNAH KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN (KBK) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA(MPPKIAS) SESI 2026/2027

🎗️TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN MAHASISWA KIAS🎗️ السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMajlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Isl...
02/05/2026

🎗️TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN MAHASISWA KIAS🎗️

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (MPPKIAS) ingin mengucapkan tahniah kepada Al-Akh Wan Huzaifah Asraf Alimi bin Wan Mohammad dari kos Sarjana Muda Bahasa Arab Tujuan Khusus Semester 6 diatas kejayaan cemerlang dalam kejohanan yang disertai.

✨Penerima Anugerah:
🏅Pencapaian:
*Pingat Emas* – Acara Rejam Lembing
*Pingat Emas* – Acara Lontar Peluru
*Pingat Gangsa* – Acara Lempar Cakera

📍Kejohanan Sirkit 1 Para Olahraga Kebangsaan ALLIANZ-MSN-POPM 2026
📍Tempat: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bukan sahaja kepada individu, bahkan kepada seluruh warga KIAS. Ia mencerminkan kesungguhan, disiplin serta semangat juang tinggi dalam mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada Mahasiswa lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

🔰 “Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani”
🔰 “Pimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027

📹HARI KEDUA KEM GENERASI RABBANI📹📍09 Zulkaedah 1447H | 25 April 2026MTelah berlangsung Program Kem Generasi Rabbani (G-R...
28/04/2026

📹HARI KEDUA KEM GENERASI RABBANI📹

📍09 Zulkaedah 1447H | 25 April 2026M

Telah berlangsung Program Kem Generasi Rabbani (G-RABB) hari ke 2 bermula dengan sesi/slot :

- Qiamullail & Solat Subuh
- Tazkirah Subuh : لا إله إلا الله منهج حياة
- Riadah Bermodul-Tema: Ukhuwwah
- Ceramah 2: Kepimpinan dan berorganisasi
- Ceramah 3- Islam Sebagai Addin

🔰"Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani"

🔰"Pimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani"

🎬 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗙𝗕:

📸 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗜𝗚:

🎵 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞:

📣 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027

📹HARI PERTAMA KEM GENERASI RABBANI📹📍08 Zulkaedah 1447H | 24 April 2026MTelah berlangsung Program Kem Generasi Rabbani (G...
28/04/2026

📹HARI PERTAMA KEM GENERASI RABBANI📹

📍08 Zulkaedah 1447H | 24 April 2026M

Telah berlangsung Program Kem Generasi Rabbani (G-RABB) yang bermula dengan sesi/slot :
- Pendaftaran & Sarapan
- Slot DPRK
- Majlis Perasmian
- Kehadiran peserta di tapak Program
- Latihan dalam Kumpulan (LDK): Peranan Mahasiswa menghadapi Isu-isu semasa
- Riadhah Bermodul-Tema: Ukhuwwah
- Tazkirah Maghrib: Persiapan dan Bekalan Para Daie'
- Forum: Sharing Moment AI-KIAS: Halatuju Mahasiswa Islam

🔰 "Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani"

🔰"Pimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027

SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER II SESI 2025/2026✨بسم الله الرحمن الرحيمDengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pi...
24/04/2026

SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER II SESI 2025/2026

✨بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (MPPKIAS) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh Mahasiswa kerana telah berjaya menamatkan Semester II Sesi 2025/2026.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada semua Mahasiswa. Gunakanlah masa cuti ini dengan sebaiknya, sama ada bersama keluarga, menambah ilmu, atau memperbaiki diri.

Sabda Rasulullah SAW:
“Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya (lalai) iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”
(Riwayat al-Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa memanfaatkan nikmat kesihatan dan masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Akhir kata, kami mendoakan agar semua Mahasiswa selamat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke kampus dengan semangat yang baharu.

في أمان اللّه
Semoga dalam peliharaan Allah

*🔰“Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani”*
*🔰“Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani”*

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (MPPKIAS) Sesi 2026/2027

[[ ZIARAH KEBAJIKAN ]]✨بسم الله الرحمن الرحيم✨Assalamualaikum wbt kepada seluruh Mahasiswa KIAS ✨Salam Ukhuwah & Salam K...
19/04/2026

[[ ZIARAH KEBAJIKAN ]]

✨بسم الله الرحمن الرحيم✨

Assalamualaikum wbt kepada seluruh Mahasiswa KIAS ✨

Salam Ukhuwah & Salam Kebajikan

Alhamdulillah, wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPPKIAS) telah berkesempatan menziarahi Al-Akh Ahmad Nabil bin Azhar daripada Diploma Pengajian Islam Semester 5 dan Al-Ukht Nur Adila Syahirah Binti Azhar daripada Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Untuk Tujuan khusus Semester 4 atas pemergian ayahanda tercinta baru-baru ini.

Oleh itu, kami dengan penuh rasa dukacita mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga waris. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.✨

“DI SINI LAHIRNYA GENERASI RABBANI”

“KEPIMPINAN QUDWAH HASANAH , MEMBENTUK MAHASISWA RABBANI”

LAJNAH KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN (KBK) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027

🔰 KEM GENERASI RABBANI (G-RABB)🔰Assalamualaikum w.b.t,Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ...
15/04/2026

🔰 KEM GENERASI RABBANI (G-RABB)🔰

Assalamualaikum w.b.t,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan menganjurkan Kem Generasi Rabbani (G-RABB) khas untuk mahasiswa dan mahasiswi baharu sesi November 2025/2026.

Program ini WAJIB dihadiri oleh semua mahasiswa baharu sesi November dan akan dilaksanakan pada setiap semester.

📌 PERINGATAN PENTING
📍 DIWAJIBKAN KEPADA SEMUA MAHASISWA BAHARU SESI NOVEMBER 2025/2026

📋 Maklumat Program:

📆 Tarikh : 24 & 25 April 2026
🗓️ Hari : Jumaat & Sabtu
🏖️ Tempat : Sri Pantai Beach Resort, Bachok
💸 Yuran : RM30

📝 Pendaftaran:
Sila daftar melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/ikQrdRieKofReh4X9

📞Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
👳Al-Akh Alif Hakim : https://www.wasap.my/+60199429901/pendaftarangrabbnov
🧕Al Ukht Rahmah : https://www.wasap.my/+60135998912/pendaftarangrabbnov

✨ Kerjasama dan perhatian daripada semua amat dihargai.

🔖Sumber:
Unit Pembangunan Pelajar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

🔰”Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani”
🔰”Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani”

ANJURAN UNIT PEMBANGUNAN PELAJAR, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI DENGAN KERJASAMA REHLAH DAN MUKHAYYAM (RHM) MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS) SESI 2026/2027

UCAPAN SALAM TAKZIAHAssalamualaikum wbt,إِنَّا للهِ وَإِنَّأ إِلَيْهِ رَجِعُوْنأَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَا...
13/04/2026

UCAPAN SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum wbt,

إِنَّا للهِ وَإِنَّأ إِلَيْهِ رَجِعُوْن

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Maksudnya :
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Dengan dukacitanya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPPKIAS) sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Salam Takziah buat Al Ukh Nur Adila Syahirah Binti Azhar daripada Sarjana Muda Bahasa Arab Semester 4 dan Al-Akh Ahmad Nabil Bin Azhar daripada Diploma Pengajian Islam Semester 5, diatas pemergian bapa ke rahmatullah pada 24 Syawal 1447H bersamaan Ahad, 12 April 2026M. Semoga mereka sekeluarga dipermudahkan urusan dan tabah menghadapi ujian.

Semoga Allah SWT memberi rahmat dan pengampunan-Nya serta kedudukan yang tinggi dan mulia kepada Allahyarham.

Al- Fatihah.

"Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani"

"Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani"

𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗜𝗚 :

𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞 :

𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗙𝗕:

𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟 :

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (MPPKIAS)

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SESI 2025/2026✨بسم الله الرحمن الرحيم✨Dimaklumkan kepada seluruh Mahasiswa ...
11/04/2026

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SESI 2025/2026

✨بسم الله الرحمن الرحيم✨

Dimaklumkan kepada seluruh Mahasiswa dan Mahasiswi (KIAS), pihak Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (MPPKIAS) Sesi 2026/2027 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester sesi 2025/2026 (2.1) kepada semua Mahasiswa KIAS.

Semoga seluruh Mahasiswa diberikan ketenangan, kemudahan serta kejayaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung. Diharapkan para Mahasiswa membuat persediaan yang rapi, mengurus masa dengan baik serta sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT dalam setiap usaha yang dilakukan.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (dalam menghadapi cabaran), maka hendaklah kamu tetap teguh dan banyakkanlah mengingati Allah SWT supaya kamu berjaya."
(Surah Al-Anfal: 45)

Sehubungan dengan itu, para Mahasiswa juga diingatkan untuk memastikan perkara berikut tersedia sebelum memasuki dewan peperiksaan:

• Slip Peperiksaan
• Kad Matrik Pelajar
• Alat Tulis yang mencukupi

Semoga segala usaha yang dilakukan diberkati Allah SWT serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang dihadapi.

بالتوفيق والنجاح

🔰"Di Sini Lahirnya Generasi Rabbani"
🔰"Kepimpinan Qudwah Hasanah, Membentuk Mahasiswa Rabbani"

🎬 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗙𝗕:

📸 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗜𝗚:

🎵 𝗣𝗔𝗚𝗘 𝗧𝗜𝗞𝗧𝗢𝗞:

📣 𝗪𝗛𝗔𝗧𝗦𝗔𝗣𝗣 𝗖𝗛𝗔𝗡𝗡𝗘𝗟:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS) SESI 2026/2027

Address

Kota Bharu
15730

Telephone

+601156449098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar KIAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Perwakilan Pelajar KIAS:

Shortcuts

Share