MPP MTQN MAIK Kelantan

MPP MTQN MAIK Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPP MTQN MAIK Kelantan, College & University, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji, Kota Bharu.

MPPMTQ, merupakan sayap kanan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, menyalurkan info-info berkaitan MTQ, khususnya kegiatan siswa-siswa di sini

Ikuti perkembangan MPP MTQN MAIK di Instagram
���
https://www.instagram.com/

Jangan lupa amalkan membaca surah alkahfi sebagai rutin mingguan kita.“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’...
23/09/2021

Jangan lupa amalkan membaca surah alkahfi sebagai rutin mingguan kita.

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.”

(HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-64Merdeka , Merdeka,MerdekaSlogan ini dilaungkan dengan penuh lantang oleh Bapa Ke...
31/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-64

Merdeka , Merdeka,Merdeka

Slogan ini dilaungkan dengan penuh lantang oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika hari kemerdekaan negara yang bertarikh pada 31 Ogos 1957

Hari Merdeka merupakan hari yang cukup bersejarah bagi negara Malaysia kerana ia menandakan bebasnya negara kita dari penjajahan dan takluk kuasa asing

Nikmat Kemerdekaan yang kita sedang nikmati ini adalah berkat perjuangan golongan terdahulu yang terdiri daripada kalangan alim ulamak ,pemimpin Melayu ,para sasterawan dan cendikiawan negara yang sentiasa membanting keringat serta permikiran agar anak bangsa mampu bernafas dengan selesa.Jasa mereka dalam membina nusa bangsa yang bebas berdaulat tidak mampu dibayar dengan emas mahupun permata

Sehubungan dengan itu , generasi pada hari ini mestilah mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan menghayati sejarah kemerdekaan agar semangat patriotisme dapat dipupuk di benak hati masing-masing

Disamping itu ,generasi muda hari ini juga perlu berjuang untuk "memerdekakan" diri daripada pengaruh budaya barat ,unsur hiburan melampau"hedonisme" yang terbukti akan menjerumuskan mereka dalam kancah maksiat serta murka Allah SWT

Aspek kemurnian dan keluhuran akhlak juga merupakan suatu garis penilaian penting dalam mengukur sejauh mana bangsa itu benar benar merdeka selaras tuntutan agama tercinta

Hakikat kemerdekaan bukan hanya bermakna kebebasan daripada penjajahan ke atas sesuatu bangsa, fikiran atau kebudayaan seperti difahami kebanyakan, sebaliknya menurut kacamata Islam, ianya bermaksud kebebasan manusia untuk dapat menikmati kehidupan sesuai fitrah penciptaannya yang menjadi sifat asasi manusia selaras matlamat sebenar penciptaan manusia oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Al-Dzariyat: 56)

PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1443HDi antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharr...
18/08/2021

PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1443H

Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharram adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.Berdasarkan satu riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

Riwayat Abu Daud (2429)

18/07/2021

🌹9 Dzulhijjah 1442🌹

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Isnin ini 19hb Julai 2021. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

/22
×multimediaMPP

💎{PERUTUSAN MPP :AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN} 💎 _29 Dzulkaedah 1442h_  _9 July 2021_ Assalammualaikum warahmatullahi waba...
09/07/2021

💎{PERUTUSAN MPP :AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN} 💎

_29 Dzulkaedah 1442h_
_9 July 2021_

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah , Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah kepada Mahasiswa baharu Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat bagi sesi pengajian 2021/2024.

Moga dengan Pertambahan keluarga baharu pelajar MTQ(MAIK) dapat merancakkan lagi daya ukhuwah serta persaingan sihat antara pelajar dalam usaha menjadi Huffaz yang berkualiti pada era yang cukup mencabar ini.

Pihak Barisan Majlis Perwakilan pelajar berharap agar para mahasiswa baharu dapat mengikuti segala ketetapan yang ditetapkan pihak Maahad serta memberi kerjasama kepada pihak MPP agar dapat bersama-sama menjunjung visi dan misi Darul Quran,Jakim.

"Huffaz Proaktif,Pemangkin Ummah Kreatif"

Yang benar,

Barisan MPP 2020/2021



/22

🕌 𝟏𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟏 \ 𝟐𝟕 𝐫𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟐𝐇Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Isra' dan Mikraj :-1) Cabaran keim...
10/03/2021

🕌 𝟏𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟏 \ 𝟐𝟕 𝐫𝐞𝐣𝐚𝐛 𝟏𝟒𝟒𝟐𝐇

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Isra' dan Mikraj :-

1) Cabaran keimanan orang Islam pada masa kini dalam mempercayai Isra' dan Mikraj, kerana ia berlaku tanpa menggunakan peralatan canggih, dan tiada lagi kemampuan manusia yang berbuat perjalanan secepat itu.

2) Mentauhidkan Allah S.W.T serta menyifatkan-Nya dengan segala sifat kesempurnaan dan mensucikan-Nya dari segala sifat kekurangan.

3) Institusi Masjid merupakan sebagai markas utama umat Islam untuk mengembangkan dakwah, ia terbukti bahawa Rasul diperjalankan bermula dari masjid (Masjidil Haram) dan berakhir juga di masjid (Masjidil Aqsa).

/21

🔮TAZKIRAH ROCALL PERDANA👳🏻‍♀Pentazkirah: 1) Anas bin Azmi @⁨Anas Mtqn⁩ 2) Muhammad Irfan bin Abdul Rahim @⁨Ipan⁩        ...
12/01/2021

🔮TAZKIRAH ROCALL PERDANA

👳🏻‍♀Pentazkirah:
1) Anas bin Azmi @⁨Anas Mtqn⁩

2) Muhammad Irfan bin Abdul Rahim @⁨Ipan⁩


📌TAJUK:
1) Siapakah orang yang zuhud ?

2) Perbezaan antara sifat merendah diri dengan pura-pura tawadduk

👳🏻‍♂Pengerusi :
Ahmad Al-Qardhawi bin Rosdi @⁨Qardhawi Mtqn⁩

📆Hari :Ahad Malam Isnin

⏰Masa :10.30 malam.

🏬Tempat : Ruang Lobi Asrama.

&Thaqafah19/20
/20

Assalamualaikum wbt✨Berikut adalah calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kampus MTQN MAIK bagi sesi 2020/2...
07/01/2021

Assalamualaikum wbt✨

Berikut adalah calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kampus MTQN MAIK bagi sesi 2020/2021.

✨ASSALAMUALAIKUM WBT✨3 Januari 2021Insya allah Pilihan Raya Kampus akan diadakan dalam masa terdekat,nama nama calon yan...
03/01/2021

✨ASSALAMUALAIKUM WBT✨

3 Januari 2021

Insya allah Pilihan Raya Kampus akan diadakan dalam masa terdekat,nama nama calon yang akan bertanding juga sudah diumumkan,moga-moga semua mahasiswa MTQN MAIK dapat memilih dengan sebaik mungkin demi masa depan MTQN MAIK.💫

Saban tahun, 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad ...
29/10/2020

Saban tahun, 12 Rabiulawal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kelahiran Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Selain memperbanyakkan selawat, pastinya ada di antara kita yang ingin memberi ucapan Salam Maulidur Rasul buat rakan-rakan, ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Di kesempatan ini, kami seluruh warga MTQNMAIK ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Rabiul awal menjelma lagi,
Bulan kelahiran nabi kita;
Banyakkan selawat ke atas nabi,
Tanda bukti sayang dan cinta.

Dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”, pastinya ia membawa seribu erti buat kita semua dalam menghadapi tahun 2020 yang amat mencabar dari segenap sudut ini. Marilah kita sama- sama mendoakan agar wabak pandemik covid19 yang melanda negara ini akan segera berakhir.


/20
&THAQAFAH

Address

Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji
Kota Bharu
16100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP MTQN MAIK Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to MPP MTQN MAIK Kelantan:

Share