05/06/2026
Majlis Perasmian Mahakarya 2026
MAHAKARYA 2026 yang menjadi program tahunan ASTiF adalah bukti komitmen universiti dalam menyediakan ruang pengujian ilmu, di mana teori bertemu praktik dan kreativiti mahasiswa diuji bersama disiplin penyelidikan yang komprehensif.
Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Datuk Dr. Rossita Shapawi mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor.
Dalam ucapannya, beliau berkata setiap karya yang dipersembahkan telah melalui proses panjang dan kompleks, bermula daripada pencarian idea, pembentukan konsep, penyelidikan bahan rujukan, pembangunan struktur karya, eksplorasi teknik dan estetika, sehinggalah kepada proses produksi dan refleksi artistik.
Justeru itu, katanya MAHAKARYA menjadi manifestasi kepada kemampuan mahasiswa menghubungkan ilmu dengan realiti masyarakat dan industri kreatif semasa.
Hadir sama pada majlis tersebut Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anwar Md Dawam.
5 Jun 2026 | Theatrette Ahmad Nisfu, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF)