16/01/2024
Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera & Salam Aspirasi Mahasiswa.
|16 JANUARI 2023|
*[UCAPAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN MAJORITI WAKIL ASPIRASI MAHASISWA]*
Aspirasi Mahasiswa Sesi 2023/2024, Universiti Malaysia Sabah, ingin menzahirkan rasa syukur kerana telah memenangi 16 kerusi daripada 26 buah kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Malaysia Sabah sesi 2023/2024 dan membolehkan panji merah membentuk kerusi majoriti.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah bertanding bagi yang telah terpilih diharapkan dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.Terima kasih juga diucapkan kepada semua pengundi-pengundi atas kepercayaan yang diberikan kepada kami dalam mewakili aspirasi mereka untuk terus disuarakan dengan lantang demi menjaga kebajikan mahasiswa.
Wejangan kami kepada semua wakil yang terpilih “ingatlah Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalan, melewati jalan tersebut, dan menunjukkan jalan itu untuk orang lain.” - John C. Mazwell
Sekian.
“MEREALISASI ASPIRASI MAHASISWA”
Yang Ikhlas,
ASPIRASI MAHASISWA,
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH