FSMP_Official

FSMP_Official Faculty of Food Science and Nutrition
Universiti Malaysia Sabah

BOGOR, INDONESIA โ€“ Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus melakar kecemerlang...
18/08/2026

BOGOR, INDONESIA โ€“ Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus melakar kecemerlangan apabila dua orang wakil pelajar Tahun 3 dari Program Pemakanan berjaya merangkul anugerah utama di program berprestij antarabangsa, 9th IPB International Nutrition Summer Course. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya bermula 10 hingga 14 Ogos 2026 bertempat di IPB University Bogor, Indonesia.

Pihak fakulti merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar berikut atas pencapaian luar biasa yang mengharumkan nama universiti:

Shafikah Azman โ€“ Pemenang Tempat Pertama (Kategori Best Essay)

Nur Ain Mohamed Shariff โ€“ Pemenang Tempat Kedua (Kategori Best Infographic)

Pencapaian ini membuktikan keupayaan, daya saing, dan kualiti pemikiran kritis pelajar FSMP di pentas global, sekaligus menonjolkan kecemerlangan akademik mahasiswa UMS.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga, bimbingan, serta sokongan moral sepanjang tempoh penyertaan ini.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat seluruh warga mahasiswa FSMP untuk terus berani ke hadapan dan meraih lebih banyak kejayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Syabas diucapkan!

KERJASAMA STRATEGIK AKADEMIA-INDUSTRI: FSMP UMS X B PROJECT ACADEMYFakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS telah...
14/08/2026

KERJASAMA STRATEGIK AKADEMIA-INDUSTRI: FSMP UMS X B PROJECT ACADEMY

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS telah menerima lawatan daripada delegasi B Project Academy Holding Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Cik Sally Lee, bersama barisan jurulatih kecergasan syarikat berkenaan.

Perbincangan strategik ini diadakan bagi merangka kolaborasi usahasama antara akademia dan industri kecergasan tempatan. Menerusi projek ini, FSMP UMS bakal bekerjasama dengan B Project Academy dalam membangunkan modul serta bahan pendidikan pemakanan. Inisiatif ini bertujuan membimbing dan membantu klien B Project mencapai sasaran pengurusan berat badan serta kecergasan secara selamat, berkesan, dan mampan! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pensyarah yang terlibat atas usaha memperkasakan jaringan kerjasama industri ini.

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor...
13/08/2026

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Madya Ts. Dr. Nor Qhairul Izzreen Mohd Noor atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, FSMP.

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 14 Ogos 2026 sehingga 13 Ogos 2028.

Pihak fakulti mendoakan agar kepimpinan beliau akan terus memacu kecemerlangan agenda penyelidikan dan inovasi FSMP ke tahap yang lebih tinggi. Selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada,
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH BUAT DR. SYLVESTER MANTIHAL ๐Ÿ’๐ŸŽ“Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) merakamkan setin...
13/08/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN & TAHNIAH BUAT DR. SYLVESTER MANTIHAL ๐Ÿ’๐ŸŽ“

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Sylvester Mantihal atas segala sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, FSMP.

Dalam masa yang sama, seluruh warga fakulti mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, FSMP yang baharu.

Berikut adalah butiran pelantikan beliau:

Jawatan Baharu: Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa

Tarikh Kuat Kuasa: 14 Ogos 2026 sehingga 13 Ogos 2028

Semoga Dr. Sylvester terus cemerlang dalam menggalas tanggungjawab ini dan seterusnya memacu kecemerlangan akademik serta jaringan antarabangsa fakulti kita ke tahap yang lebih tinggi. Selamat maju jaya!

Ikhlas daripada,
Dekan, Pengurusan dan Seluruh Warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Khor Ban H...
10/08/2026

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dr. Khor Ban Hock atas kejayaan merangkul Anugerah Perak (Silver Award)! ๐Ÿฅˆ๐Ÿ‘

Kejayaan yang membanggakan ini diraih menerusi pertandingan eLEAD'26 (E-Learning, Learnovation, Empowerment, Accessibility, and Digitalisation Competition).

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi buat seluruh warga fakulti untuk terus berinovasi. Syabas Dr. Khor! ๐ŸŒŸ

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Wolyna binti Pi...
10/08/2026

Seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), UMS mengucapkan tahniah kepada Prof. Madya Dr. Wolyna binti Pindi atas jemputan sebagai Pensyarah Jemputan (Guest Lecture) di Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia! ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Butiran program adalah seperti berikut:

๐Ÿ“š Program: Summer Course 2026 (Tema: Innovations in Agro-Industrial System: Technology, Supply Chain and Sustainability)
๐Ÿ“ Institusi: Fakulti Teknologi Industri, ITB, Indonesia
๐Ÿ“… Tarikh: 20 - 26 Julai 2026

Semoga perkongsian kepakaran ini terus melonjakkan kecemerlangan akademik FSMP dan UMS di persada global. Syabas! ๐Ÿ‘

โœจ๐ŸŽ‰ TAHNIAH DARIPADA SELURUH WARGA FSMP UMS! ๐ŸŽ‰โœจFakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS...
10/08/2026

โœจ๐ŸŽ‰ TAHNIAH DARIPADA SELURUH WARGA FSMP UMS! ๐ŸŽ‰โœจ

Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan bangganya mengumumkan pelantikan tiga orang pensyarah fakulti bagi menyertai Program Pensyarah Pelawat (Visiting Lecturer Program - VLP) di institusi pengajian tinggi terkemuka di Indonesia. ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Pencapaian ini membuktikan bahawa kepakaran staf akademik FSMP terus diiktiraf di persada global. Hal ini juga selari dengan komitmen berterusan pihak fakulti untuk memperkukuh jalinan kerjasama akademik bersama-sama institusi rakan strategik antarabangsa.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada:

๐ŸŽ“ Dr. Norliyana binti Aris & Dr. Khadidja Chekima
๐Ÿ“ Universitas Brawijaya, Indonesia
๐Ÿ“… Semester 2, Sesi Akademik 2025/2026

๐ŸŽ“ Dr. Noor Atiqah Aizan binti Abdul Kadir
๐Ÿ“ Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia
๐Ÿ“… 7 hingga 11 Julai 2026

Pihak pengurusan dan seluruh warga FSMP mendoakan agar perkongsian ilmu dan kepakaran ini memberikan manfaat yang besar serta impak positif kepada semua pihak yang terlibat.

Sampaikan ucapan tahniah dan sokongan anda di ruangan komen! ๐Ÿ‘‡

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIHPengurusan Fakulti dan seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FS...
31/07/2026

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pengurusan Fakulti dan seluruh warga Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Ts. Dr. Hasmadi bin Mamat.

Penghargaan ini didedikasikan atas segala sumbangan, kepimpinan cemerlang, dan jasa bakti beliau sepanjang memegang amanah sebagai DEKAN Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan.

Segala usaha, cetusan idea, dan dedikasi beliau telah banyak membawa kemajuan serta impak positif kepada pembangunan fakulti. Kami mendoakan agar Prof. Ts. Dr. Hasmadi terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kejayaan yang berterusan pada masa hadapan.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAHSekalung tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Wolyna binti Pindi atas pelantikan beliau se...
31/07/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Sekalung tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Wolyna binti Pindi atas pelantikan beliau sebagai Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan ini berkuat kuasa bermula 1 Ogos 2026.

๐Ÿ–๏ธ SELAMAT BERCUTI SEMESTER 2025/2026! ๐Ÿš™๐Ÿ’จKepada semua Mahasiswa/i Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP),Kini tiba m...
28/07/2026

๐Ÿ–๏ธ SELAMAT BERCUTI SEMESTER 2025/2026! ๐Ÿš™๐Ÿ’จ

Kepada semua Mahasiswa/i Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP),

Kini tiba masanya untuk anda berehat dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga serta insan tersayang setelah penat lelah mengharungi sesi akademik.

Semoga cuti ini memberi kesegaran baharu buat anda semua. Berhati-hati memandu jika pulang ke kampung halaman dan sentiasa walau di mana jua anda berada!

Ikhlas daripada:
Dekan, Pengurusan, dan Seluruh Warga FSMP
Universiti Malaysia Sabah

๐ŸŒ Laman Web: http://www.ums.edu.my/fsmp
๐Ÿ“ฑ Facebook: FSMP_official
๐Ÿ“ธ Instagram: admin_fsmp

Address

UNIVERSITI MALAYSIA
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FSMP_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share