22/10/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐จ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐ง๐๐ก๐๐ก ๐ง๐ฅ๐ข๐ฃ๐๐๐ (๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฎ) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ณ
18 Oktober 2026: Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika (PMFPT) sesi 2025/2026 telah menganjurkan Program Kem Keluarga Fakulti Perhutanan Tropika (Sesi 2) bagi tahun akademik 2026/2027 bertempat di Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Program ini melibatkan seramai 246 orang pelajar tahun kedua ambilan sesi 2025/2026, termasuk tiga orang pelajar antarabangsa dari Jerman, Vietnam dan China. Program ini bertujuan memberikan pengalaman berkhemah kepada para peserta, di samping memupuk kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa FPT.
Pelbagai aktiviti berasaskan kemahiran asas rimbawan dan sukaneka telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah menyalakan api dengan menggunakan tiga batang mancis, mempelajari asas ikatan tali serta mendirikan dan mengemas khemah dalam tempoh yang ditetapkan. Pada hari kedua, para peserta turut menyertai aktiviti sukaneka seperti menyusun menara cawan, war game dan sarung bergerak.
Majlis perasmian dan penutupan program telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Perhutanan Tropika, Prof. Dr. Normah Awang Besar@Raffie. Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan eksekutif fakulti, penyelaras program, ketua-ketua program serta para pensyarah.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman praktikal serta memperkukuh kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa FPT sebagai persediaan menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian di UMS.