01/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih diucapkan kepada YBrs. Profesor Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri.
Segala sumbangan keringat, idea, dan dedikasi yang telah Prof. curahkan dalam memperkukuh jaringan industri telah meninggalkan impak yang sangat bermakna kepada pusat ini secara khususnya dan kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) secara menyeluruh.
Komitmen Profesor dalam memacu kolaborasi strategik sentiasa menjadi inspirasi.
Selamat Maju Jaya Prof. 🌟👏