20/08/2026
14 Ogos 2026-Pelajar Latihan Industri PIPS Berjaya Hasilkan Video Promosi Alat Makmal High-End
Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) — Seramai 5 orang pelajar latihan industri telah menunjukkan komitmen serta kebolehan yang amat membanggakan sepanjang tempoh latihan mereka di PIPS apabila berjaya menyelesaikan tugasan khas penghasilan media digital.
Dalam tempoh 3 minggu sahaja, mereka telah diamanahkan untuk menghasilkan 6 buah video pembentangan promosi yang memfokuskan kepada keupayaan serta fungsi pelbagai instrumen makmal termaju (high-end) yang terdapat di pusat ini.
Antara alat makmal analisis berteknologi tinggi yang diketengahkan dalam video promosi tersebut merangkumi:
- Fat Extraction System
- Fiber Analyzer
- Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (ICP-MS)
- Fourier Transform Infrared Spectroscopy (FTIR)
- Gas Chromatography-Mass Spectrometry (GC-MS)
- X-Ray Diffraction (XRD)
Tujuan utama pembuatan video ini adalah untuk menyebarluaskan maklumat berkaitan perkhidmatan dan instrumen yang menawarkan analisis berketepatan tinggi di PIPS kepada penyelidik, pelajar, mahupun rakan industri. Selain itu, koleksi video ini turut dijadikan sebagai bahan promosi rasmi baharu yang akan digunakan bagi memperkasakan aktiviti pemasaran dan penyampaian maklumat di PIPS.
Pihak pengurusan dan seluruh warga Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas usaha (effort), kreativiti, serta dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh kelima-lima pelajar latihan industri ini. Sumbangan ini bukan sahaja memberikan pengalaman berharga kepada mereka, malah memberi impak positif yang berpanjangan kepada keterlihatan fasiliti PIPS.
Next posting, kami akan kongsikan satu-persatu video promosi PIPS kepada anda semua!