ESSOC FKJ UMS

ESSOC FKJ UMS 𝐄𝐒𝐒𝐨𝐜 𝐔𝐌𝐒
𝗘𝗺𝗽𝗼𝘄𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗿𝗲𝗮𝗺𝘀, 𝗘𝗺𝗯𝗿𝗮𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗵𝗮𝗻𝗴𝗲

Shalom, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.| 05 APRIL 2026 |*[SALAM  _HAPPY EASTER_]*Pada h...
05/04/2026

Shalom, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.

| 05 APRIL 2026 |

*[SALAM _HAPPY EASTER_]*

Pada hari yang penuh sukacita ini, marilah kita bersama-sama merayakan kebangkitan Yesus Kristus sebagai lambang kemenangan atas dosa dan maut, serta tanda harapan dan kehidupan yang baharu bagi seluruh umat manusia.

Semoga perayaan suci ini menguatkan iman kita, menyemai kasih dan pengharapan dalam hati, serta mendorong kita untuk terus menyebarkan kebaikan dalam kehidupan seharian.

_*“REFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKAN”*_

Yang ikhlas,

*PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)*
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.| 03 APRIL 2026 |[SALAM JUMAAT |...
03/04/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.

| 03 APRIL 2026 |

[SALAM JUMAAT | 15 SYAWAL 1447]

Allah SWT berfirman:

وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًۭا

Maksudnya:
"Dan bertawakallah kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai pemelihara (yang menguruskan urusanmu)"

_(Surah Al-Ahzab: Ayat 3)_

Sekian.

“REFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKAN”

Yang ikhlas,

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.| 03 APRIL 2026 |*[HEBAHAN SENAR...
03/04/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.

| 03 APRIL 2026 |

*[HEBAHAN SENARAI NOMBOR TELEFON KECEMASAN UNTUK MAHASISWA FKJ]*

Dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (PMFKJ) ingin berkongsi senarai Nombor Telefon Kecemasan yang melibatkan agensi dalaman UMS dan agensi luar bagi rujukan semua pelajar.

Sehubungan itu, perkongsian maklumat ini bertujuan untuk memastikan semua mahasiswa dapat bertindak dengan pantas dan efisien sekiranya berlaku sebarang kecemasan di dalam atau di luar kawasan kampus. Antara agensi utama yang terlibat adalah:

Agensi Dalaman UMS: Pejabat COSH, Bahagian Keselamatan, dan Pusat Rawatan Warga.

Agensi Luar UMS: Balai Polis, Hospital, Bomba, dan Pertahanan Awam.

Oleh yang demikian, semua pelajar diminta untuk menyimpan nombor-nombor penting ini di dalam peranti masing-masing serta berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan yang lain demi keselamatan bersama.

Sekian.

_*"REFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKAN"*_

Yang ikhlas,

*PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)*
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

03/04/2026
Shalom, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.| 31 MAC 2026 |[MINGGU KUDUS UMAT KRISTEN]Minggu...
03/04/2026

Shalom, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.

| 31 MAC 2026 |

[MINGGU KUDUS UMAT KRISTEN]

Minggu Kudus adalah minggu paling suci dalam kalendar gereja Kristian. Ia merupakan waktu bagi umat beriman untuk mengenang kembali hari-hari terakhir Yesus Kristus di dunia, bermula dari kemasukan-Nya ke Yerusalem sehinggalah peristiwa Kebangkitan.

​Hari-Hari Penting dalam Minggu Kudus:
- ​Ahad Palma (Palm Sunday): Meraikan kemasukan Yesus ke Yerusalem dengan penuh kemenangan.

- ​Khamis Putih (Maundy Thursday): Mengenang Perjamuan Terakhir dan perintah Yesus untuk saling melayani (upacara membasuh kaki).

- ​Jumaat Agung (Good Friday): Hari penuh kesedihan dan renungan untuk memperingati penderitaan serta kematian Yesus di salib demi menebus dosa manusia.

- ​Sabtu Suci (Holy Saturday): Waktu untuk menunggu dalam kesunyian dan doa sebelum kebangkitan.

- Ahad Paskah (Easter Sunday): Puncak kemenangan! Meraikan kebangkitan Yesus daripada kematian, membawa harapan dan kehidupan baru.

​Selamat menjalani Minggu Kudus bagi semua yang menyambutnya.

“REFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKAN”

Yang ikhlas,

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.| 31 April 2026 |[DIRGAHAYU TUAN...
03/04/2026

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Keluarga FKJ, Inspirasi Kecemerlangan.

| 31 April 2026 |

[DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA NEGERI SABAH]

Sembah Tahniah dan Ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi yang ke-75 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman.

Mendoakan semoga TYT Tun dilanjutkan usia dalam kesihatan yang walafiat, sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT, dan kekal sejahtera memayungi rakyat Negeri Di Bawah Bayu.

“REFORMASI KEPIMPINAN, PENCETUS TINDAKAN”

Yang ikhlas,

PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI KEJURUTERAAN (PMFKJ)
SESI 2025/2026
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Address

Faculty Of Engineering, Universiti Malaysia
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ESSOC FKJ UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to ESSOC FKJ UMS:

Share