28/09/2026
PERSIDANGAN PUSTAKAWAN BORNEO 2026
🌟 1 Hari Lagi! 🌟
Persidangan Pustakawan Borneo 2026 bakal berlangsung pada 29–30 September 2026 bertempat di Ruang Majlis, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Mengangkat tema:
“AI dalam Inovasi, Literasi dan Transformasi Maklumat: Navigasi Pustakawan Masa Depan”
Persidangan ini menjadi wadah untuk menghimpunkan para pustakawan dan penggiat bidang kepustakawanan bagi berkongsi ilmu, pengalaman serta idea dalam menghadapi perkembangan teknologi dan transformasi maklumat, khususnya dalam era Kecerdasan Buatan (AI).
🤝 Jom bersama-sama menyemarakkan Persidangan Pustakawan Borneo 2026!
📅 29–30 September 2026
📍 Ruang Majlis, Perpustakaan UMS
Nantikan perkongsian, ilmu dan inspirasi daripada para profesional perpustakaan di Borneo!