Bendahari UMS

Directions Website

Bendahari UMS Page rasmi berkaitan dengan aktiviti rasmi yang melibatkan Bendahari Universiti Malaysia Sabah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR!Selamat menyambut hari kelahiran kepada semua warga jabatan yang dilahirkan pada bulan Okto...
01/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR!

Selamat menyambut hari kelahiran kepada semua warga jabatan yang dilahirkan pada bulan Oktober. Semoga pertambahan usia membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang luas serta kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya. Teruslah memberikan yang terbaik dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Menariknya, saya juga berkongsi bulan kelahiran yang sama dengan anda semua. Semoga kita semua yang lahir pada bulan Oktober sentiasa diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang di sekeliling.

Selamat Hari Lahir dan Happy Birthday Oktober! Semoga hari istimewa ini membawa seribu satu kenangan yang indah.





Tarikh: 1 Oktober 2026

23/09/2026



23/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026Tanggal 16 September menjadi detik yang penuh makna dalam sejarah negara kita, mempe...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Tanggal 16 September menjadi detik yang penuh makna dalam sejarah negara kita, memperingati pembentukan Malaysia serta menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan tradisi. Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa perpaduan merupakan kekuatan utama dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera. Dalam kepelbagaian, kita berkongsi satu identiti dan satu tanah air yang sama — Malaysia.

Marilah kita terus menyemai semangat toleransi, saling menghormati, bekerjasama dan prihatin dalam setiap aspek kehidupan. Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh dalam kalangan masyarakat dan menjadi asas kepada usaha kita membangunkan negara yang lebih maju serta berdaya saing. Semoga Malaysia terus melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, dipelihara keamanan dan keharmoniannya, serta dikurniakan kemakmuran yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾 Malaysia MADANI, Rakyat Bersatu, Negara Maju. 🇲🇾





Tarikh: 16 September 2026

TAHNIAH DAN SYABAS! Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bendahari dan CIEW...
08/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bendahari dan CIEW atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Terpuji (APT), Anugerah Jasamu Dikenang (Pesara), Anugerah Jasa Bakti (10 Tahun) dan Anugerah Mutiara (20 Tahun) sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Universiti Malaysia Sabah (AKU) 2026 yang telah berlangsung pada 27 Ogos 2026 di Ballroom Klagan Hotel, 1Borneo.

Pencapaian ini amat bermakna buat Jabatan Bendahari dan CIEW, dan menjadi satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen, kesetiaan serta sumbangan berterusan warga jabatan dalam melaksanakan amanah dan mencurahkan khidmat bakti demi kecemerlangan UMS. Sesungguhnya, kejayaan ini bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi merupakan penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan.

Syabas dan tahniah kepada semua penerima! Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus memberikan yang terbaik, saling menyokong dan melangkah bersama dalam mencapai kecemerlangan. Teruskan berbakti dengan penuh integriti, dedikasi dan komitmen.

Kepada En. Jipin Bin Helion, terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan amanah dan tanggungjawab di Jabatan Bendahari, UMS. Segala jasa dan khidmat bakti yang diberikan amat kami hargai dan pastinya akan sentiasa dikenang.

Selamat bersara, En. Jipin. Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan dan masa yang lebih bermakna bersama keluarga tercinta.





Tarikh: 8 September 2026

08/09/2026



KURSUS PEMANTAPAN KOMPETENSI PEGAWAI PEMERIKSA JABATAN BENDAHARI BAGI AKTIVITI PEMERIKSAAN MENGEJUT PENGURUSAN KEWANGAN DI PTJ, UMS TAHUN 2026

Imbasan semula Kursus Pemantapan Kompetensi Pegawai Pemeriksa Jabatan Bendahari Bagi Aktiviti Pemeriksaan Mengejut Pengurusan Kewangan Di PTJ, UMS Tahun 2026 yang telah diadakan pada 26 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori.

Kursus ini telah dihadiri oleh 50 orang pegawai pemeriksa daripada Jabatan Bendahari. Seramai 9 orang pemilik modul kewangan telah menyampaikan pengisian berkaitan modul kewangan serta aktiviti simulasi bagi meningkatkan kefahaman dan kompetensi pegawai pemeriksa dalam melaksanakan pemeriksaan.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab kepada semua pegawai pemeriksa.

Pemakluman Daripada
Sektor Pemantauan dan Pematuhan
Jabatan Bendahari



Tarikh: 3 September 2026

SELAMAT HARI LAHIRSelamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada warga jabatan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada ...
01/09/2026

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada warga jabatan yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan September. Semoga terus cemerlang dalam setiap tugas yang diamanahkan dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Selamat Menyambut Hari Lahir diucapkan kepada warga Jabatan Bendahari dan CIEW yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan September. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta terus diberikan kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan.

Semoga sentiasa bersemangat dalam menjalankan amanah dan terus memberikan yang terbaik kepada jabatan.

Selamat Hari Jadi dan semoga segala impian menjadi kenyataan!





Tarikh: 1 September 2026

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi ...
30/08/2026

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi terdahulu. Menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara nikmat ini dan mewariskan sebuah negara yang lebih baik kepada generasi akan datang.

Kepada seluruh warga Jabatan Bendahari dan CIEW, marilah kita terus melangkah bersama, melaksanakan amanah dengan integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada universiti dan masyarakat.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyuburkan rasa cinta kepada tanah air dan menyatukan kita dalam kepelbagaian.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026.
🇲🇾 Malaysia Tanah Airku, terus maju dan gemilang!





Tarikh: 30 Ogos 2026

🎉 SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS 🎉Terbang tinggi si burung helang,Hinggap sebentar di pohon jati; Tahniah atas prestasi cem...
27/08/2026

🎉 SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS 🎉

Terbang tinggi si burung helang,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Tahniah atas prestasi cemerlang,
Tanda kerja ikhlas di hati.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan Jabatan Bendahari yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) atas komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.

Tahniah juga diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bendahari dan Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) atas kejayaan memperoleh markah 90 dan ke atas serta penarafan 5 bintang bagi Tadbir Urus Baik dalam Anugerah Pengurusan Organisasi Terbaik.

Lebih membanggakan, Jabatan Bendahari juga dinobatkan sebagai Johan Anugerah Transformasi Digital yang menjadi bukti kejayaan usaha berterusan jabatan dalam memperkasa pendigitalan, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menerapkan inovasi dalam pengurusan organisasi.

Semoga segala pengiktirafan yang diterima menjadi pemangkin dan pembakar semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

🏆 Tahniah dan syabas kepada seluruh warga Jabatan Bendahari dan CIEW atas pencapaian yang membanggakan ini!✨





SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M, marilah kita bersama-sama memperin...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H / 2026M, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh rasa syukur dan kecintaan kepada Baginda.

Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik dalam membentuk peribadi, memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai kasih sayang, amanah, kesederhanaan dan ihsan dalam kehidupan. Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta menghayati sunnah dan akhlak Baginda sebagai panduan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kita.

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” — Surah Al-Ahzab, 33:56

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh silaturahim dan membudayakan akhlak mulia dalam kehidupan serta perkhidmatan.

“MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”





Tarikh: 24 Ogos 2026

Address

UNIVERSITI MALAYSIA
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bendahari UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share