Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Official page for Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (The Centre for the Promotion of Knowledge

PPIB was established at the end of 1994 with the aim of offering core courses for students from the various faculties in UMS. In addition, we also Masters and PhD programmes in the fields of English Language Studies, Linguistics, and in Islamic Studies.

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada, YBRS. DR. MASYELLA MASBAKA 💐💐atas pelantikan sebagai,AI CHAMPIONPUSAT PENATARAN I...
11/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan Tahniah kepada,

YBRS. DR. MASYELLA MASBAKA 💐💐

atas pelantikan sebagai,

AI CHAMPION
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Ikhlas daripada:
Dekan dan Seluruh Warga
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah

PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 45001:2018 SPKKP TAHUN 2026 DI PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB), UMS5 Ogos 2026 (...
06/08/2026

PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 45001:2018 SPKKP TAHUN 2026 DI PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA (PPIB), UMS

5 Ogos 2026 (Rabu) – Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) MS ISO 45001:2018 bagi Tahun 2026 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sesi pengauditan pada kali ini telah dikendalikan oleh barisan juruaudit yang berdedikasi iaitu:

Encik Mohammad Asly Buncho (Ketua / Juruaudit)
Puan Norhafsah Bte Majid (Juruaudit)
Cik Ulrika Dewi Patrick Andau (Juruaudit)

Pihak Pengurusan PPIB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan auditor serta seluruh warga PPIB atas komitmen, keterbukaan, kerjasama dan kesiapsiagaan yang amat tinggi sepanjang sesi audit berlangsung.

Sesi pengauditan ini bukan sahaja bertujuan untuk memastikan pematuhan piawaian keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, malah menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan (continuous improvement). Diharapkan agar hasil audit ini dapat terus memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat, dan berkualiti di persekitaran PPIB UMS.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PPIB serta barisan juruaudit atas kejayaan pelaksanaan audit ini!

ISO45001

Kota Kinabalu: English Language Unit, PPIB have organised English Language Retreat from 3-4 August 2026 at Smartspace, P...
05/08/2026

Kota Kinabalu: English Language Unit, PPIB have organised English Language Retreat from 3-4 August 2026 at Smartspace, PPIB. This retreat has been a platform for the unit members either from Kota Kinabalu, Sandakan or Labuan campus to discuss any development regarding the unit itself and also PPIB in general. The session has been initiated with the presentation by respective English subjects’ charpersons in terms of changes and suggestion regarding the respective subjects’ implementation. The following session was marks endorsement for each English subject, again presented by the respective subjects’ chairpersons. The final session was the overall reporting of the English Language Unit by the coordinator, Dr. Anna Lynn Abu Bakar. The reporting has covered aspects such as the unit’s activities, governance improvement and future unit planning. All in all, this retreat has been a starting point for all English Language Unit members to recall the previous achievement, making necessary changes and plan for the better implementation in the future.

PPIB Anjur Program Jom Sihat & Selamat: Ke Arah Kampus Sihat 2026 Bersempena Hari Hepatitis SeduniaJawatankuasa Keselama...
29/07/2026

PPIB Anjur Program Jom Sihat & Selamat: Ke Arah Kampus Sihat 2026 Bersempena Hari Hepatitis Sedunia

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya menganjurkan sebuah inisiatif kesejahteraan yang komprehensif iaitu Program Jom Sihat & Selamat Ke Arah Kampus Sihat 2026 yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik pada 28 Julai 2026, hari Selasa. Program ini bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang di PPIB. Penganjuran program ini turut diselaraskan dengan kempen sambutan Hari Hepatitis Sedunia bagi mendidik warga kampus tentang kepentingan saringan awal serta penjagaan kesihatan hati yang optimum.

Program ini dibuka secara rasmi pada jam 8:30 pagi melalui Majlis Perasmian yang berlangsung di ruang BMAA, PPIB. Sejurus selepas majlis tersebut, para peserta akan disajikan dengan siri ceramah kesihatan yang sangat informatif, di mana kehadiran ke sesi-sesi ini turut melayakkan para peserta mengumpul mata IDP. Sesi perkongsian ilmu yang pertama akan bermula pada jam 10 pagi oleh Dr. Zuliana Bacho dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPPS). Beliau mengupas isu berkaitan ketidakseimbangan otot yang sering menjadi punca tersembunyi kepada masalah sakit leher, bahu, dan pinggang di tempat kerja. Seterusnya, menjelang jam 11 pagi, Pasukan Jabatan Kecemasan yang diketuai oleh Dr. Abdullah Lutfi Ismail mewakili Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menyampaikan taklimat penting mengenai kesiapsiagaan dan peranan sebagai pemberi pertolongan cemas.

Beralih ke sesi petang, fokus program tertumpu kepada aspek penjagaan psikologi. Tepat jam dua petang di lokasi yang sama, Dr. Noor Hassline Mohamed dari FPSK akan mengendalikan sesi kecergasan mental dan mindfulness yang bertajuk "Beyond the Busy: Practical Strategies to Protect your Mental Health". Keunikan sesi ini adalah ia turut menyelitkan aktiviti amali yang dijangka dapat memberikan panduan praktikal kepada warga kampus tentang kaedah menguruskan tekanan dan memelihara kesihatan minda ketika mendepani jadual harian yang padat.

Di samping siri ceramah di BMAA, pengunjung juga berpeluang untuk meneroka pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di sekitar kawasan PPIB sepanjang hari. Reruai jualan makanan bertemakan kesihatan, pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Psikologi, serta perkhidmatan saringan kesihatan asas telah diaturkan di kawasan Foyer PPIB. Bagi kemudahan mereka yang ingin membuat saringan kesihatan mental secara khusus, perkhidmatan tersebut disediakan secara tertutup di bilik BB4, PPIB. Tidak ketinggalan, pihak penganjur turut menyediakan sesi urutan terapi oleh pengurut orang buta bagi membantu para pengunjung melegakan ketegangan dan menyegarkan kembali tubuh badan. Demi menjaga privasi dan keselesaan, perkhidmatan urutan ini diasingkan lokasinya mengikut jantina iaitu di bilik BK2, CI khusus untuk peserta lelaki dan bilik BK4, CI untuk peserta wanita.

Secara keseluruhannya, Program Jom Sihat & Selamat ini membuktikan komitmen berterusan pihak universiti dalam melahirkan ekosistem kampus yang sejahtera dan produktif.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN KURSUS ASAS PEMBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN (APK) DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN
20/07/2026

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN KURSUS ASAS PEMBUDAYAAN DAN KEUSAHAWANAN (APK) DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN

Delegasi PPIB UMS dalam Kunjungan Hormat ke AKYBMS dan Suara Sarawak/Sarawak Tribune, Eratkan Jalinan Akademik-Komuniti-...
20/07/2026

Delegasi PPIB UMS dalam Kunjungan Hormat ke AKYBMS dan Suara Sarawak/Sarawak Tribune, Eratkan Jalinan Akademik-Komuniti-Media di Sarawak

Delegasi dari Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sohaimi Esa mewakili Dekan PPIB, Prof. Datuk Dr. Ismail Ali bersama Prof. Madya Dr. Romzi Ationg dan Dr. Abang Mohd. Razif Abang Muis telah mengadakan dua siri kunjungan hormat di Kuching pada 15 Julai 2026, bagi mengukuhkan jaringan dengan institusi kebudayaan dan media utama negeri Sarawak iaitu ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan ke pejabat Suara Sarawak/Sarawak Tribune.

Kunjungan Pertama: Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

Delegasi disambut oleh Pengurus Besar AKYBMS, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, seorang tokoh sejarawan terkemuka Sarawak yang telah lama menerajui usaha pemuliharaan warisan dan identiti masyarakat Melayu Sarawak. Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PPIB UMS untuk mengeratkan hubungan dengan badan-badan kebudayaan tempatan.

Kunjungan Kedua: Suara Sarawak/Sarawak Tribune

Delegasi turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Suara Sarawak/New Sarawak Tribune, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media tersebut, YBhg. Datuk Dr. Jeniri Amir, yang turut menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group (SMG) dan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN).

Kepentingan Lawatan
Kunjungan-kunjungan ini melambangkan komitmen berterusan PPIB UMS, dalam mengukuhkan jaringan strategik merentasi institusi akademik, badan kebudayaan, dan industri media di Sarawak selari dengan usaha memperluaskan skop penyelidikan dan penglibatan komuniti dalam pelbagai bidang berkaitan di Borneo.

Salam Sejahtera dan Salam PPIB.📢 PROGRAM JOM SIHAT DAN SELAMAT: Ke Arah Kampus Sihat 💚💙Jangan lepaskan peluang untuk men...
17/07/2026

Salam Sejahtera dan Salam PPIB.

📢 PROGRAM JOM SIHAT DAN SELAMAT: Ke Arah Kampus Sihat 💚💙

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Jom Sihat & Selamat 2026 bersempena World Hepatitis Day!

📅 28 Julai 2026 (Selasa)
🕗 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 PPIB, UMS

✨ 9.00 pagi | Majlis Perasmian + Siri Ceramah Kesihatan
✅ Setiap ceramah melayakkan peserta menerima IDP.
📍 Bilik Mesyuarat Ahmad Adam (BMAA), PPIB

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan seperti pameran kesihatan, saringan kesihatan mental, reruai makanan, urutan terapi dan banyak lagi.
📍 Foyer, PPIB dan Bilik Kuliah, Confucius Institute

📌 Untuk maklumat lanjut mengenai jadual ceramah dan aktiviti, sila rujuk poster di atas.

🌟 Jumpa anda esok di PPIB! Ayuh bersama-sama ke arah Kampus Sihat!

JOM SIHAT & SELAMAT: HIDUP LEBIH SIHAT, MINDA LEBIH SEJAHTERA
,

17/07/2026

PPIB UMS Perkasa Pembelajaran Bahasa Inggeris Murid Menerusi Program CSR di Sekolah Rendah Advent Tenghilan

TUARAN, 15 Julai – Gugusan Bahasa Inggeris, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya menganjurkan Program Khidmat Masyarakat bertajuk "SMALL ACTIONS, BIG SMILES: A University–School Corporate Social Responsibility Engagement Programme" di Sekolah Rendah Advent Tenghilan, Tuaran, pada Rabu.

Program yang diketuai oleh Dr. Anna Lynn Abu Bakar selaku Ketua Projek dan diselaraskan oleh Puan Bernadette Tobi selaku Pengarah Program itu melibatkan penyertaan 16 orang pensyarah dan guru bahasa daripada Gugusan Bahasa Inggeris, PPIB sebagai sukarelawan. Program tersebut turut mendapat kerjasama erat daripada Guru Besar Sekolah Rendah Advent Tenghilan, Cik Lenliy Misik, bersama barisan guru sekolah dalam memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Seramai 40 orang murid sekolah rendah dan 19 orang murid prasekolah telah mengambil bahagian dalam program ini yang menampilkan pelbagai aktiviti pembelajaran Bahasa Inggeris secara interaktif dan menyeronokkan.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk tiga stesen pembelajaran, iaitu Show & Tell, Draw Together!, dan Act the Words, serta aktiviti Reading and Colouring Activity with the Preschoolers yang memberi peluang kepada murid-murid prasekolah menikmati sesi pembacaan cerita dan aktiviti mewarna secara interaktif. Murid-murid sekolah rendah p**a dibahagikan kepada beberapa kump**an dan bergerak secara bergilir ke setiap stesen pembelajaran sepanjang program berlangsung.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr. Anna Lynn Abu Bakar menekankan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris bukan sekadar untuk menguasai tatabahasa atau menghadapi peperiksaan, tetapi juga merupakan medium untuk membina keyakinan diri, menggalakkan keberanian mencuba perkara baharu serta belajar daripada kesilapan. Beliau turut menggalakkan murid-murid agar tidak takut untuk bertanya, mencuba dan menikmati proses pembelajaran kerana setiap pengalaman merupakan satu langkah ke arah perkembangan diri. Beliau berharap program seperti ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara Universiti Malaysia Sabah dengan Sekolah Rendah Advent Tenghilan, di samping memberi inspirasi kepada murid-murid untuk terus belajar dan berusaha mencapai cita-cita mereka.

Guru Besar Sekolah Rendah Advent Tenghilan, Cik Lenliy Misik, turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan PPIB, UMS serta merakamkan penghargaan atas kesudian pihak universiti melaksanakan program khidmat masyarakat di sekolah tersebut. Beliau berharap jalinan kerjasama yang terjalin antara Sekolah Rendah Advent Tenghilan dan Universiti Malaysia Sabah dapat diteruskan pada masa hadapan demi manfaat murid-murid dan seluruh warga sekolah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata penghargaan kepada pihak Sekolah Rendah Advent Tenghilan sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan, diikuti dengan sesi bergambar bersama para sukarelawan, guru-guru dan murid-murid yang terlibat.

Melalui penganjuran program ini, PPIB, UMS terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial universiti melalui perkongsian ilmu dan kepakaran bersama komuniti. Inisiatif seperti ini bukan sahaja memberi impak positif kepada pembangunan pendidikan, malah memperkukuh hubungan kerjasama antara universiti dan sekolah, sekali gus mencerminkan peranan UMS sebagai rakan strategik dalam pembangunan komuniti dan modal insan.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN BAHASA MANDARIN DAN BAHASA SULUK DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN
15/07/2026

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN BAHASA MANDARIN DAN BAHASA SULUK DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN BAHASA INGGERIS DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN
15/07/2026

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAJAR SAMBILAN BAHASA INGGERIS DI PPIB, UMS KAMPUS SANDAKAN

Address

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa:

Shortcuts

Share