20/05/2026
๐๐๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ค๐ฎ ๐๐๐ค๐ฌ ๐ค๐ ๐๐๐ค๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐๐๐ง๐๐ซ โ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ ๐๐ข๐ญ๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฃ๐ ๐๐ข ๐๐๐
KOTA KINABALU, 12 Mei 2026 โ Seramai 40 pelajar Tingkatan 3 dari SMK Pitas bersama empat guru pengiring berpeluang merasai pengalaman seperti saintis sebenar menerusi lawatan edukasi ke Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Lawatan ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar yang sedang dalam proses menentukan hala tuju pengajian mereka di peringkat menengah atas, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Sepanjang lawatan, para pelajar dibawa meneroka empat makmal utama iaitu Makmal Genomik, Instrumentasi, Fermentasi dan Loji Pandu sambil melihat sendiri pelbagai teknologi dan peralatan moden yang digunakan dalam penyelidikan bioteknologi.
Rombongan turut dialu-alukan oleh ๐๐ข๐ฆ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ก (๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฅ๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐ง๐จ๐ฏ๐๐ฌ๐ข) ๐๐๐, ๐๐ซ๐จ๐. ๐๐๐๐ฒ๐ ๐๐ฌ. ๐๐ซ. ๐๐ข๐ฅ๐ฌ๐จ๐ง ๐๐จ๐ง๐ .
Suasana lawatan menjadi lebih meriah dengan sesi kuiz interaktif berkaitan penerangan makmal yang berjaya mencetuskan keterujaan pelajar untuk aktif menjawab soalan bagi memenangi hadiah menarik.
Menutup sesi lawatan, Timbalan Pengarah (Akademik) IPB, ๐๐ซ๐จ๐. ๐๐๐๐ฒ๐ ๐๐ฌ. ๐๐ซ. ๐๐๐ข๐ฅ๐ข๐ง ๐๐ข๐ฌ๐ฌ๐จ๐ง turut menyuntik semangat kepada para pelajar agar terus rajin belajar dan berani mengejar impian dalam bidang sains dan bioteknologi.
Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada pelajar, malah membuka minda mereka terhadap peluang masa depan dalam dunia STEM dan penyelidikan.
https://www.ums.edu.my/ipb/